Followers

Wednesday, September 17, 2008

Haziq da 1 tahun 3 bulan.

Lama da rasanyer tak update pasal perkembangan Haziq. Sekarang ni Haziq memang amat suka berlari sana sini dalam rumah. Berpeluh2 aku tgk dia lari sana lari sini...x penat agaknyer. Pastu mmg tak boleh dengar lagu kat mana2 pun mesti dia siap nari2, goyang2 tangan, pusing2 sampai pening rasanyer...mmg tak boleh duk diam. Padahal tidak nyer aku ngajar dia nari2 nie. Pastu kesukaan dia main phone rumah..pastu konon2 tgh cakap lah. Tapi sebenarnyer picit number pun tidak. Pastu hulur tipon tu kat aku or En Hendra, konon2 suh jawab tiponlah.
Gigi Haziq masih macam dulu, x de tumbuh gigi baru pun.
Haziq masih belum pandai bercakap, dia cuma suka panggil 'Baba'. Kekadang tu sekala sekala ada lah dia panggil 'MAK', tak pun dia panggil cousin dia 'JAD'. Klu dia nak apa2, dia main tunjuk jea..tak pun di tarik nyer lah tangan aku pi tempat yg dia nak benda tu. Kiranyer Haziq da faham banyak benda, cuma dia belum boleh cakap lagi.
Boleh jea En Hendra tu pi ngajar Haziq buat 'HIGH 5' kat tangan tu...so mmg pandai lah dia buat benda tu.
Dulu masa Haziq start boleh berdiri, mmg ktorang kelam kabut beli kipas siling, sebab Haziq da pandai nak pegang2 kipas meja yg tgh berpusing tu....wehhh risau sungguh aku ngan En Hendra masa tu. Sebab tu kipas kat bilik tidor ktorang dan ruang tamu di tukar ke kipas siling. Alhamdulilah juga x de benda buruk berlaku sebelum tu.
Tapi sekarang, Haziq da pandai da, dia tak de kisah pun kat kipas meja nie. Pasang lah, dia wat tak tahu jea...dan mungkin dia da tahu benda tu bahaya.
Haziq juga da pandai tunjuk kat mana gambar datuk dan nenek dia klu aku minta tunjukkan mana gambar diaorang. Picture tu ada di letak didinding. Kiranyer Haziq da kenal betul dengan datuk dan nenek dia. Klu ktorang da nak balik KL dari kg, Haziq boleh x kisah pun datuk dia dukung dia..dan parent dia nak balik KL....hehehe.
Satu aku tahu kesukaan Haziq ialah melihat orang masak. Setiap kali aku nak masak mesti dia merengek minta di dukung supaya dia nampak apa yg aku tgh masak, tgh goreng or what ever aku buat kat dapur. Klu part menumbuk bawang, aduh..mesti dia nak juga tolong menumbuk di lesung tu.
Masih tidak kuat makan...cuma kuat sungguh minum susu. Aku masih teruskan bagi Haziq susu PEDISURE juga susu PROGRESS GOLD dia. Di samping tu kekadang mmg bagi Haziq makan CALSIUM utk kanak2 dan juga VITAGEN.
Biasalah Haziq sama mcm cousin dia juga suka melihat2 apa menda dalam peti ais. Tu yg kekadang ditarik nyer tgn aku semata2 nak tgk jea dalam peti ais tu.
Aku rasalah berat Haziq sekarang mungkin dalam 9.5 - 10.5kg.
Paling lah suka nyer menjerit2...ntah apa yg dijeritkan aku pun tak tahu. Tp itulah salah satu hobby dia..kekadang terkejut aku..ialah takut aper2 benda da jadi. Padahal x de aper2 pun..sajer2 suka dia jea.
Masih tak boleh di lepas kan sendiri berdekatan dengan tangga...semesti nyer di panjat nyer nanti. So tangga kat rumah di kg dan rumah kakak aku mesti di halang dgn aper2 benda klu Haziq ada kat situ. Klu tidak nanti diam2 da sampai mana dia naik tangga tu.

Aku cuma tak sabar nak dengar Haziq bercakap betul2. Ialah anak kakak aku da umur 1 tahun 7 bulan...Aezad mmg da pandai cakap...tp biasalah..belum fully penuh satu perkataan..tp boleh lah dikatakan pandai cakap da.

6 comments:

Our Dreams Of Life said...

dun worry lin...budak2 ni mmg camtuh..since haziq cepat berjalan,maybe sbb tu dia lambat bercakap..akak dah biasa anak2 camnih..ada yg cepat cakap,lambat berjalan..ada yg cepat cakap,cepat ebrjalan,lambat tumbuh gigi..macam2..hehe

haslina said...

tu lah kak, saya biasa gak mmg dengar gitu...tp anak kakak saya semua nyer jalan serentak...
;)

Our Dreams Of Life said...

lin,
akak tag lin tuhhh..gi jenguk

haslina said...

oh kakak ku rajin mengeTAG adik sorang ni ek...
ok saya pi tgk
tqqqq...

green apple said...

masa redza umur 2 tahun dia gila berjoget sampai tersungkur masuk lam pasu head banging punya penangan.

haslina said...

hehehe....tu lah kan Di, aku rasa semua budak2 yg jenis ACTIVE ni mesti ada certain masa mereka akan sukaaaaaa menari2 nie.

redza x de cedera aper2 kea lepas tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails