Followers

Saturday, November 8, 2008

Hari sabtu ni duk umah jea kot.

Ahah, syok kan bila dapat hadiah, wlupun saguhati jea. Tu lah hamper yg aku dapat semalam dari huggies. Haziq sekarang ni mmg da pakai saiz L, tp dapat hadiah huggies ultra tu saiz M. Rugi rasanyer klu Haziq x muat pakai pampers tu, tp lepas dicuba malam td, alhamdulilah masih boleh lagi Haziq pakai huggies ultra saiz M, tp klu pampers yg saiz selalu pakai tu klu pakai saiz M, confirm kecik. Huggies pull up pant tu aku bg beberapa keping kat kakak aku wat testing guna. Ialah mmg dapat pun Haziq juga anak kakak aku pakai pull up pant tu klu utk berjalan2. Lebih mudah penggunaannyer. Klu ok Haziq pakai menda tu, insyallah nanti nak tukar lah pampers utk keluar berjalan2 ke pampers pull up pant nie.

Malam td dalam jam 8 lebih gitu ktorang pi umah kakak kat puchong sebab abang ngah aku ada kat sana. Aku tak pasti lah naper abang aku tu datang KL. Bila da sampai sana rupanyer ada 2 kereta dari kuala pilah datang. Diaorang family abang aku, mak mentua abang dan family kakak ipar abang nak ngantar kuih dan pi kenduri hari ni kat puchong. Patut pun ramai orang, dan anak2 abang aku juga anak2 kakak ipar abang aku ni mmg peminat Haziq. Punya riuh rendah diaorang duk nak main2 ngan Haziq.
Mak mentua abang aku ni mmg ambil tempahan buat kuih2 melayu nie. Rasanyer tak yah citer lah, mmg sedap. Aku dapat bw balik sikit kuih, kakak ipar aku bagi suh bawa balik utk merasa sekali. Ada kuih lepat ubi, kek sarang semut kukus,ermmm satu lagi tu lupa pulak namanyer. Diaorang semua tido umah kenduri tu kecuali family abang aku tido umah kakak aku. Balik dari umah kenduri menghantar kuih ktorang 2 kereta pi makan satay di awan besar.
Masa dalam kereta, aku tanya anak buah aku camna celebrate birthday abah aku ari tu. Dia citer, mcm2 ada makanan kat umah atok malam tu.
"Wahhh syok nyer ada makan2 nie."aku cakap dalam hati.
Ada kek, mee soto, burger dan apa tah lagi aku tak ingat. Alhamdulilah lah semua happy masa sambut birthday abah wlu pun aku sedih sebb x dapat blk minggu tu. Ialah bukan x aku tak nak balik, tp aku penattttt..aku kerja x cuti2 dekat nak 12 hari rasanyer.

Pastu terus balik umah kakak. Lepak2 dan biar Haziq puas2 main ngan sepupu2 dia. Dalam 12 lebih ktorang balik umah. Mmg abang aku suh tido situ jea, diaorang semua nak memain ngan Haziq. Tapi masalahnyer ktorang x de bawa baju aper2 pun. Klu kakak aku cakap awal2, leh gak bawa baju semua. Hari ni kenduri tu, ktorang x pergi pun sebb nak lepak2 kat umah.
Malam tu bila da sampai umah, agenda utama mesti tidokan Haziq. Dalam 1 lebih gitu baru nak tido sikecik tu. Pastu En Hendra sambung repair printer aku dari opis. Bukan aku x nak anta printer tu kat sevices IT, tp masalahnyer diaorang tu x cukup orang. Aku confirm nyer mesti lambattttt printer aku nak di service. Aku rasa dekat nak sebulan printer aku tu rosak. Memula aku biar je tp since next week class da nak mula. Aku mesti banyak nak guna printer, so aku minta En Henda baik kan. Alhamdulilah da ok da.

Lepas tu, bukan nyer tido pun, ktorang sambung tgk movie dvd MAMMA MIA. Ok lah sekali sekala layan citer musical nie, tp yg pasti nyer ex mr james bond tu mmg kelat jea klu nyanyi..lawak jea.

Hari ni patut nyer aku ada jalankan plan projek kecik aku nie. Insyallah klu rajin nanti nak buat lah. Memandang td breaklunch, En Hendra aku gorengkan nasi goreng + lauk sambal ikan sardin yg kakak ipar aku bagi malam td...sedappp. Aku pulak wat lempeng buh telo masa goreng td. Haziq join breaklunch sesama. Aku ikut jea td bila En Hendra suruh masak nasi goreng, aku masak je lah. So petang222222 nanti baru citer pasal dinner malam nie.

5 comments:

faridmw said...

salam..
best cita mamma mia tu ..
hehehehe

haslina said...

farid da tgk ke citer tu?. oklah..x de lah asik2 nyanyi jea wlu pun citer musical ada dialog mcm biasa.

:: Cikgu Wiween :: said...

whoaaaaaaaa beshnye dpt hamper! ween tadik ptg pi carik hamper baby tuk cikgu skola! huhuk

aryllia said...

hayie...lamakan kita x komen kat blog awak kan..hee..bestnyer dapat hamper...camner ek blye dpt??

haslina said...

ween ~ tu lah..rezeke Haziq..dapat saguhati jea..
wah2..dik ween ni rasanyer mmg da terer part cr hamper baby ek..ari tu pun ween ditugaskan cari hamper baby jugakan..

aryllia ~ tq sbb dtg blog saya lagi. 2 bulan lalu kot, ada masuk beli huggies di kedai manjaku di bangi. pastu hantar je resit dgn nama utk masuk cabutan bertuah. itu jea..hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails