After lunch td ada meeting department until jam 5pm td. So lepas tu br aku tahu dari En Hendra pasal result UPSR adik dia.
Apa yg aku nak cerita kat sini ialah pengalaman aku masa aku nak ambil UPSR, SRP dan SPM dulu. Memang aku bukan student pandai pun. Aku cuma seorang pelajar perempuan yg tak ada rupa + kulit aku pun gelap (sebab dari aku darjah satu until tingkatan 3, aku perlu berjalan pergi dan balik sekolah dalam lingkungan 2 km utk pergi ketepi jalan dari rumah aku utk menaiki bas. so everyday berjalan di bawah sinar matahari demi utk menuntut ilmu) + kurus. Di rumah pula, cuma ada tv dan radio. Takat video player ni mmg x de pernah nyer aku guna nak menengok2 movie ni. Komputer pulak jauh sekali, masuk UTM dulu lah baru aku kenal aper itu komputer. Tapi im so fine with my ordinary life. Wlupun emak seorang surirumah yg amat sibuk dengan kerja2 rumah kerana dulu2 masa abah memula berniaga mmg emak perlu memasak makanan utk pekerja2 abah setiap hari. Abah pula, sibuk sentiasa, aku mmg jarang rasanyer dapat berbual atau duduk tgk tv bersama abah. Jam 9 pm gitu selalunyer abah da duduk kat meja kerja di rumah. Pastu lepas habis dengan kerja atas meja tu dalam 10 pm atau 10 lebih gitu, abah da tido. Esok2 pulak dalam seawal 4 lebih pagi selalu nyer abah da bangun, sambung kerja2 yg x siap di meja nyer.
So camna dgn aku...aku sendiri perlu pandai urus diri aku dengan pelajaran aku. Alhamdulilah rupa aku tak de lawanyer pun. Biasa2 jea..so sepanjang sekolah,aku leh study smart and hard without any love story.
Masa aku tingkatan 5 aku keluar dari asrama sekolah teknik sebab aku rasa aku x boleh study bila duk asrama. Asyik fikir nak main2 jea. So aku duk rumah lah msa tingkatan 5 tu. Tp still sekolah aku nie lagi jauh dr sekolah sebelum nie. Tapi semua tu tidak menjadi masalah.
Yg paling aku tak boleh lupa ialah, setiap kali aku nak menghadapi exam besar nie, kakak aku mesti balik kg bercuti. Dia amat ambil berat dengan persiapan aku. Masa aku nak UPSR dan SRP, masa tu kakak bersekolah boarding di KL. Dia mesti sentiasa ada disisi aku utk memberi semangat dan peneman ketika aku study. Dia nak aku berjaya sama mcm dia. Alhamdulilah keputusan aku baik. Aku mmg amat berterima kasih dengan apa yg telah dia buat tuk aku.
Lepas SRP aku dapat masuk aliran pure science disekolah lama aku tu. Tp ntah naper aku suka2 mohon utk masuk sekolah teknik. Alhamdulilah aku diterima masuk sekolah tu, tp kakak aku marah2 sungguh kerana bg dia kelas aliran science aku lebih menjanjikan masa depan berbanding dengan sekolah teknik.
Last2 aku terima juga masuk sekolah teknik dan hanya 2 orang perempuan sahaja dlam kelas yg seramai 25 orang tu. Aku ingat lagi juga masa SPM, kakak aku tetap bersama dirumah utk temankan aku study wlupun masa tu dia da study di pusat persediaan pelajar utk keluar negara. She always there for me utk penguat semangat aku.
Bila aku dapat result gred 1 utk spmt, kami sekeluarga gembira. Syukur pada Allah. Yg syok nyer juga, kakak aku juga yg isikan borang tuk permohonan masuk ke U.
Begitu juga yg aku buat utk adik2 lelaki aku ketika diaorang nak menghadapi peperiksaan.
Apa yg aku nak ceritakan disini, wlu bagaimana keluarga kita sekali pun, ILMU tu amat lah penting. Dan cara utk mendapat kan ILMU dan kejayaan itu bukan nyer satu jalan yg mudah. Memang ada orang tidak perlu other support utk berjaya, tp ada orang amat memerlu kan somebody support utk meniti kejayaan. Jgn kata bila semua kakak abang emak abah tak belajar tinggi, kita pun nak ikut sama. Aku pasti di hati mereka tentukan ingin kan kita menjadi seorang yg berjaya.
Juga kerana mereka tak belajar tinggi, mana mungkin kt juga boleh belajar tinggi. Itu adalah anggapan yg salah. Cuba tgk orang tua2 dulu, cuba tgk parent pembesar2 negara. Adakah parent mereka ada degree, adakah parent mereka ada master?. Tak..parent mereka juga adalah orang2 biasa saja. Tp cara pendidikan dan cara pemikiran mereka ialah utk menjadikan anak mereka seorang yg BERJAYA.
Ada orang mmg main2 pun boleh berjaya semasa belajar krn mereka adalah fast learner. Tp ada orang pula mereka perlu berkerja keras utk berjaya kerana mereka adalah medium learner. So jgn kata, tiap2 hari ngadap FACEBOOK, FRIENDSTER, YM dan seangkatan dengan nyer confirm kita ke boleh dapat straight A.
Kerana bila kita satu hari nanti setelah kt berkeluarga, baru kita tahu betapa pentingnyer ILMU tu. Ialah bila umur da tidak mengizinkan kita utk bekerja keras, tp dengan ILMU yg memartabatkan hidup kita, insyallah kita akan jadi senang. Tp jgn lupa ILMU itu bukan setakat dengan adanyer SIJIL, DIPLOMA, DEGREE, MASTER atau PHD. Tp ilmu itu amatlah luas, klu kita rasa diri amat lemah dalam akademik, ada byk lagi cabang ilmu boleh dipelajari. Macam aku sekarang nie ada sedikit ilmu menggubah bunga. Itu pun da boleh menjadi satu cabang rezeki. Aku sendiri mmg tidak pernah memandang rendah pada mereka2 yg tidak masuk Univ, tp ada skill atau ilmu yg boleh mereka gunakan utk mencari rezeki. Itu pun da dikira satu cabang rezeki mereka.
Memang post aku panjang ari ni, sebab gitu gak selalunyer aku consult student2 aku yg malas2 tu. Juga pada anak2 buah aku. Cuma sesama kita ingat mengingati bahawa dengan menuntut apa sajer ilmu, insyallah kita akan berjaya kemudian hari. Tp jgn lupa dalam masa kita menuntut ilmu tu pasti banyak rintangan dan kepayahan yg perlu ditempuhi demi mendapat KEMANISAN seperti yg aku kecapi kini. Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment