Followers

Monday, November 23, 2009

Mee Goreng.



Lama benar rasanya tidak masak mee goreng ini. Sudah - sudah selera aku hendak makan mee hoon goreng sahaja kan. So sabtu baru ini aku menggorenglah mee kuning pula. Kalau di ikutkan selalunya aku mesti beli mee kuning ini dari kg lagi. Aku suka mee kuning di kg aku di buat oleh orang melayu dan rasanya lebih sedap. Tapi memandangkan stok mee itu tiada dalam peti ais aku terpaksa beli juga mee kuning di pasaraya...ermmmm..

Sebenarnya mee goreng ini lah antara masakan pertama yang aku betul-betul pandai masak. Hehehehe. Masak nasi pun aku belum pandai masa itu. Sebabnya aku terlalu sukaaaaaa dengan mee hailam yang emak aku selalu masak untuk sarapan di kg. Sodappppppppp...
So aku boleh masak mee hailam dan juga mee goreng basah.

Sekarang ini aku menggoreng dengan resepi yang lebih mudah dan pantas.
Ialahkan..kalau sudah pagi hari cuti tidaknya bangun awalkan. Perut pula sudah lapar masa itu. Semestinya kita perlukan sesuatu yang mudah dan pantas untuk di buat sarapan.
Kalau di kg itu boleh lah masak dengan grand sekali.

Boleh refer sini untuk cara masak Mee Goreng.

Resepi aku -
Mee kuning 1/2kg
Ayam di potong kecil atau udang atau daging atau sotong
Bawang putih beberapa ulas
Cili boh 3 sudu (pedas ini, boleh kurangkan lagi)
Sayau sawi atau kobis
Kicap secukup rasa
Garam
Sebiji atau 2 biji telur

Simple sahaja...kan.

5 comments:

Mr.J said...

nampak sedap... hihi boleh bukak kedai ni..

www.pengeRindu.com

mamaarifakeemaisy said...

teringin pulak nk mkn mee goreng, sejak kena CP, lom mkn benda2 bergoreng lg, kena pntg kan..huhu..teringin la pulks tengok mee ni..huhu..

chika said...

sedapnyaa. teringin plak. nak try ikot resipi akak la. Kalau jadik nanti saya heboh hebohkan :P

Ms Haslina said...

Mr. J ~ tq...boleh gorengkan di rumah shj..hehehe..

mamalieyna ~ mmg kena pantang dulu makanan bergoreng...nanti2 da baik leh makan yea..masak sendiri lagi sedap..kan..

nurul@chika ~ hahaha..masak simple jea tu..sila sila cuba...
nanti suami bertambahhhhhh sayang...
;)

jess said...

ni mee goreng kalh kedai mamak ni..

the best kept secret in johor
http://www.metaforadelights.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails