Malam semalam, kami ke Domino Pizza di Ampang Point. Disebabkan Haziq yang bising sudah 2, 3 hari kononnya hendak makan pizza. Maka ke sana demi Haziq.
Sampai kami disana, kedai sudah banyak tutup, ialah sudah dekat jam 10pm rasanya.
Sebelum ke pizza itu sempat cuci mata di ground level dengan fiesta baju kurung, baju raya dan kuih muih raya. Hebat sungguh.
Then ke pizza. Order seperti biasa 2 regular pizza combo deal and NO ONION please. Kemudian kami terus duduk dimeja..menanti. Both of us, penat weh.
Katanya 15 minit, tapi lambat juga sampai. Xpe, kami okies sahaja menanti.
Pizza sampai, tidaklah lapar sangat pun. So aku layan bread stix. Hubby makan satu pizza. Dan Haziq pula bila bagi pizza, jawabnya Haziq tenyang katanya.
Pulak budak kecik ni.
Sudah sudah hubby makan sikit, aku makan sikit. Done, the rest tapau jea.
Satu cerita menarik, rupanya pizza kami yang satu lagi itu tersilap bagi. Order yang lain, dapat yang lain. Then aku terus bawa pizza tu ke kaunter.
Memang walaupun makan disitu, tetap semua dish siap letak dalam kotak macam take away tu.
Maka sudah tertulis rezeki kami hari itu. Mereka bagi kami pizza yang itu free sebab kami sudah open the box....okies alhamdulilah.
Dan terpaksa tunggu lagi untuk masak pizza yang kami order sebenarnya.
Sampai gelap sudah Ampang Point itu hatta kami menunggu pizza kami masak.
Untung ada San Frascisso Outlet disitu masih terang.
So layan tengok orang keluar masuk kesitu lah.
Aku order classic chicken and extravaganzza with classic hand tossed dan mencuba new york crust yang baru.
CS kami dapat but EV da tersilap, aku dapat vegie fiesta....maka yang itu sudah jadi free gift.
No comments:
Post a Comment