Alhamdulilah sudah masuk 5 ramadan. Syukur pada ALLAH kerana aku sihat dalam menjalani ibadah ini.
Goshhhhhh how i miss my cinta merah ini. Tersangkut aku untuk update sebab harap maklum lah. Kesibukkan melampau since jadi peniaga kecil ini. Alhamdulilah dengan rezeki yang tidak putus-putus diberikan oleh NYA semenjak aku mula berniaga ini.
Hendak dijadikan cerita, tidaknya aku berbuka puasa diluar buat setakat hari ini. Tetapi banyak stock lauk pauk dalam peti ais. So lagi, tidak perlu masak kami dirumah ini.
Datang dari mana, datang dari kakak aku hatta dari babysitter kakak juga. Alhamdulilah, merasa makan home cooking, kari kepala ikan. dalca daging, asam pedas johor, sambal sotong pedas gitu, bread pudding, daging masak pedas dan mungkin ada lagi rezeki kami lagi esok-esok..insyallah.
Bukan kami dirumah tidak mahu masak tetapi kakak really insist aku suh pi ambil lauk dari opis aku selalunya.
So drive lah aku dalam jarak 20 minit ke rumah kakak, mengambil lauk pauk telah siap dalam bekas dan sampai opis terus-terus masukkan dalam peti ais semula.
Then sampai umah........tada leh panaskan untuk lauk berbuka. Cuma tambah lauk sayur untuk aku atau hubby masak.
Sungguh rezeki bulan ramadan kami dirumah ini...alhamdulilah, terima kasih ALLAH.
Hari Ahad, aku ucapkan SELAMAT JALAN kepada my ex opis mate SITI NUR ALIAA ROSLAN atas keberangkatan ke oversea untuk menyambung study ke level PhD.
Semoga dipermudahkan segala urusan disana dan sentiasa tabah dengan ujian dan cabaran di negara orang yea dik.
Hari Jumaat lepas, aku macam mahu menangis bila pejabat pos masih tidak dibuka walau masa itu hatta sudah jam 10.30am. Mahu tidaknya, ditangan aku ada 9 parcel customer yang perlu dihantar/dipos laju. Kalau tidak buka, mana aku hendak pergi lagi untuk buat pos laju banyak banyak gitu.
Then jam 10.35am........ta da si mamat tu turun dari rumah tingkat atas. Lega aku lihat muka kerani pejabat pos merangkap semua tugas dia buat. Hatta dia yang in charge pejabat pos mini ini.
Tengahari pula hari itu, bekejar aku pergi rumah kakak..harap maklum ambil lauklah kan.
Dan dan bila-bila aku ada dioffice in between that time. Memang kusyuk tawaduk wat kerja yang timbun timbun tu.
Fikir-fikir, how tired i'm dengan terkejar sana sini. Sampai aku tidak sempat nak fikir lapar sebab berpuasa dan tidak kenal apa itu erti PENAT sudah.
Balik rumah petang itu, hubby ajak pergi beli barang dapur. Sampai rumah lepas itu dalam jam 7.15pm.
Dan panaskan dalca daging dan sayur da siap masak sebelumnya.
Alhamdulilah...kenyang masa berbuka itu.
Sila tengok jam berapa aku post entry ini.
Komited gilos aku ni kan dengan apa yang aku buat sekarang ini.
No comments:
Post a Comment