Followers

Saturday, August 21, 2010

Sambal sardin dan Kerja wehhh semalam

Alhamdulilah semalam aku dapat juga pergi kerja. Paginya aku buat desk work, tanda menanda segala bagai kertas students. Tengahari seperti biasa pergi ke pejabat pos pos barang.
Alhamdulilah aku buat pertama kalinya buat parcel ke luar dari Malaysia. Akhirnya...kan.

Petang itu, time mata sudah sleepy gitu, time itu jugalah kena pergi meeting.
Pasal apa, mengenai accreditation. Aku selected as committee member. Maka dari jam 3 pm berlanjutan until 5.30pm.
Sepatutnya jam 5pm sudah boleh balik, tetapi demi tugas layan sahajalah.
Hatta kerana itu selambak kerja menanti untuk aku selesaikan minggu depan..adussss.

Hari Khamis lepas, hubby kan masakkan aku lauk ikan nunnn picture dibawah. Namanya ikan masak santan. Simple dan sedap. Then petangnya hubby pula request hendak makan sambal sardin. Aku guna sardin adabi. 1st time gak masak sardin nie. Yang kelainannya ikan sardinnya bersaiz kecil juga total ada 5 ekor semuanya.

Masak santan ikan.

Sambal sardin.

Resepi sambal sardin mudah.
1 tin kecil ikan sardin. Aku guna brand Adabi.
1/2 biji tomato.
3 biji bawang putih yang di hiris.
4 biji bawnag merah yang di hiris.
6 biji cili padi di hiris.
Kicap.
Garam

Cara masak.
Tumis bawang putih dan merah serta cili padi.
Masukkan garam.
Masukan pula ikan sardin sahaja.
(Biarkan ikan di tumis dahulu tanpa sambalnya)
Setelah ikan nampak cantik bergoreng masukkan sambal sardin dan tomato.
Tambahkan kicap sedikit.
Biarkan mereneh cantik dan siap di makan.


p/s
pagi tadi hubby x kejut aku sahur. dia memang tidak bagi aku puasa hari ini sebab malam tadi perut aku sakit semula.
setakat ini alhamdulilah aku okies.
moga aku sihat untuk berpuasa har ini..amin

2 comments:

aliaaroslan said...

acceretation EAC ke MQA kak?

Ms Haslina said...

EAC utk BCE gitu......15 oct da nak kena hantar....

p/s
huggggggg kuat2 gitu...

semua di opis okies shj....
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails