Kisah Jumaat lepas.
Lepas Asar, aku keluar berempat pergi minum petang di kedai mamak ber aircond gitu di Serdang. 1st time outing dengan officemate yang muda belia dari aku. Umur diaorang antara 27 ke 28 rasanya. Ialah aku ini sudah masuk 34 tahun tidak lama lagi.
Kelakar juga diaorang cakap, yang aku ini selalu keluar dengan kakak kakak jauh lebih tua dari aku. hikhik. Sebenarnya, aku memang suka kawan dengan prang lebih tua, sebab mereka lebihhhhhh banyak pengalaman dan selalunyer pendapat dan nasihat diaorang memang best.
Then petang itu aku makan..aduh lupalah pulak namanya. Tapi terkejut juga, sebab selalu aku pernah makan saiz besar tapak tangan je. Kali ini, tu dia..saiz pinggan..besorrr. Kenyanggg oittt.
Tapi kari ikan buat cicah dia kurenggg lah.
Hana pula makan putu mayam. Fav. dia makanan tu.
Lin and Thilai minum sahaja.
Yang kelakarnya, walaupun apa umur anda, part bergossip TETAP SAMA JE!!!!!!!!
4 comments:
wah..putu mayam dia x makan ngan kelapa+gula merah ye?
lame x mkn putu mayam...
gossip mmg layan kekadang.
hehe...part bergosip semua org perempuan adalah sama eh.. =P
kak ina - makannn..tp kedai tu leh bg dal gitu...
terus member saya tu minta gula merah..kecik sgt bekasnyer...siap minta utk kali kedua...
mahira - samalah tu...la nie jarang da org jual putu mayam naik motor tu kan...
gossip opis gitu...hangattt..
mamalieyna - itulah kan...tidak sama umur..tapi part gosip tetap menda yg sama..
pompuan tetap pompuan gitu....
Post a Comment