Aku mmg tak pernah menghalang sekiranyer En Hendra juga bt sama mcm yg aku buat pada keluarga dia. Buat aper lah aku nak halang2 En Hendra klu dia nak balik jumpa family dia, bila2 pun dia boleh balik. Dari sah nyer aku jadi isteri dia until now, aku tetap tidak pernah menghalang En Hendra buat sama seperti aku. Semoga ALLAH murahkan rezeki kami untuk selalu dapat balik sana..amin ya rabil alamin.
Pagi sabtu tu En Hendra pergi seremban jumpa kawan dia. Abah aku pun pergi seremban gak, tp ada hal lain. So tinggal aku, emak dan Haziq kat umah pagi tu. Adik aku pula mungkin balik kg petang sabtu tu. Macam biasa pagi2 sabtu mesti emak nak pergi pasar utk beli barang keperluan dapur utk seminggu dua. Hanya bila anak2 balik kg jea, emak dapat pi pasar. Bukan abah x boleh hantar emak pergi pasar, tp abah tu asik2 sibuk jea. Klu free pun da petang2, mana ada nyer pasar nak buka sampai petang. So ini 1st time bawa Haziq pergi pasar juga pasar tani. Dah lah stroller aku tak bawa balik kg. Risau gak aku nie, camna nak bawa bakul, camna nak bawa Haziq. Alhamdulilah semua nyer dipermudahkan Allah. Haziq punya lah seronok berjalan2 kat pasar tani. Pastu masa di pasar, mmg kena dukunglah sebab lantai pasar kan basah. Masa on the way balik umah dari pekan tu, Haziq da tertidor dalam kereta. Cian dia, penat sungguh sebab jalan2 kaki sendiri dgn aku pimpin. Penat kaki kecik dia melangkah. Tido dia dalam 2 jam gitu petang tu.
Masa nak balik KL petang ahad td, boleh Haziq tak nak masuk dalam kereta. Dia duk peluk kuat2 emak aku. Siap geleng2 kepala lagi kat aku ngan En Hendra yg da ada dalam kereta. Punya lah syok dia duk kg. Boleh lari sana sini, dia bebas, ialah kawasan besar kan. Cian dia bila da masuk dalam kereta, duduk lah tepi tingkap lambai2 tangan kat emak abah aku sampai hilang dari pandangan mata dia.
Ahah..malam minggu tu kerja aku ialah adjust semula bunga-bungan yg ada dirumah kg. Saja since aku tgh nak menggubah jea nie, aku pun gubah semula 2 pasu bunga yg ada kt rumah kg. Yang syok nyer, ada byk lah juga bunga2 dari kenduri aku dulu yg masih elok disimpan dalam kotak dibilik aku di kg. Aku lah dulu yg simpan bunga2 tu. Klu perasaan lah, aku siap letak pearl kat tangkai bakul gubahan aku tu. Saje nak bg cantik sikit. Pearl tu adalah dari kenduri aku juga, dr kelambu katil pengantin aku. Banyak lagi pictures bunga aku tu kat 2nd blog aku. Sila2 lea tgk klu sudi...
Dan merah2 bawah sekali tu adalah bunga telor pelamin aku dan juga kakak aku. Yg syoknyer bunga2 tu aku bt sendiri. Rasanyer total up dalam 100 lebih utk pelamin aku pada tahun 2006 dan 100 lebih pada pelamin kakak aku pada tahun 2000. Bukan aper...klu nak beli rasanyer tak berbaloi. Dah lah mahal..pastu rupanyer aku tak berkenan lansung. Lebih baik aku bt sendiri..sungguh puas hati. Pastu, klu nak dibandingkan harga sebatang bunga telor tu lebih murah dari yg da siap di kedai. Aku nyer bunga pelamin adalah bunga stokin, design aku sendiri tu. Manakala kakak aku punya adalah bunga rose dari kain satin, sama gak design aku sendiri. Aku mmg ambil masa 6 bulan sebelum majlis kenduri utk buat bunga telor tu sikit sendiri.
4 comments:
salam..
pandai menjahit.. leh tempah kot... hehehe
comelnya hazeq...
salam...tq..mmg ada keinginan nak menjahit semula..tp mesin jahit tak beli lagi..
budak2 kecik mmg comel jea..
wooo dok main bola jek yek haziq. bakal pemain bola pemes kot kak? hehehe
ween ~ amin ya rabbil alamin..insyallah..
pemes gitu ek..
Post a Comment