Followers

Friday, November 27, 2009

Eid Mubarak.

Thursday, November 26, 2009

Berapakan harga barang-barang tersebut?


Malam tadi kebetulan ada hal di tengah-tengah KL. Setelah selesai semua perkara, aku cadangkan pada En Hendra untuk membeli sedikit barang keperluan dapur di pasar kg baru terutamanya ialah sayur sawi. Lately ini payah sungguh hendak dapat sayur sawi yang cantik di area rumah aku. Ialahkan kalau sudah membeli di waktu malam sahaja semestinya sayur segar sudah habis...kan.

So tidak banyaklah kami membeli. Cuma 2 keping tempe, 2 bungkus mee kuning, sebungkus cili padi dan sayur sawi. Memang syokkk sungguh membeli di pasar itu.......semua barang dapur masih segar dan murah.
Segalanya ada disitu..siapa kata kalau duduk KL tidak boleh dapat sayur kg?

Wednesday, November 25, 2009

Ikan Siakap Sweet Sour with resepi.






SIAKAP SWEET SOUR
Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap [dibersihkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:

5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili boh (ikut selera memasing)
1/2 cawan air.
1/2 tin buah campur ( buah dalam tin )
gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2. Panaskan minyak dan tumiskan cili boh.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga buah campur & gula,( rasakan manis @masam nya )
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup @ cili merah dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


selamat memasak dan salam aidiladha buat semua ....

Aku masih keliru tentang..


Semua orang sudah happy happy planning hendak balik kg untuk berhari raya. Tapi aku...erm masih belum buat keputusan.

Aidiladha kali ini semua family akan berkumpul di rumah rehat my uncle di Leisure Farm Gelang Patah. Semua family adik beradik emak di Singapura akan berkumpul di rumah rehat 2 tingkat. Mungkin cousin yang tidak akan bermalam di situ. Mesti mereka balik ke Singapura semula pada malamnya.
Kalau ikut 2nd link, tidak sampai satu jam pun perjalanan dari Chua Chu Kang ke tempat tersebut.
Seekor lembu buat dibuat korban kali ini untuk arwah nenek, makcik dan pakcik-pakcik aku. Tapi korban itu nanti akan di buat di kg aku sahaja.

Memang sebulan yang lalu makcik aku sudah call semua family termasuk aku mengenai planning ini. Siap kami cuma datang membawa badan dan perut untuk diisi sahaja sebabnya di pagi Aidiladha yang mulia nanti semua hidangan di sediakan secara bufet dan siap ada pelayan sekali..................syokkkknya makan makan ini. Semestinya aku cukup teruja dan tidak sabar juga untuk berkumpul beramai-ramai ini. Lagi pun hari itu masa bulan July 09, kalau tidak silap aku sudah termiss gathering ramai-ramai begini di Singapura sempena kenduri kahwin seorang cousin lelaki aku. Sebabnya aku masih termabuk mabuk dengan early morning sickness aku ini.

Masalahnya kali ini, kandungan aku sudah masuk dekat 8 bulan begitu. Dan aku pula lately ini asyik penat penat dan penat. Aku macam tidak percaya aku boleh tahan dengan long distance journey ini. Aduhaiiiiiiii.......sungguh payah untuk aku membuat keputusan.
Hendak balik Kuala Pilah pun bukan ada orang di kg.

So di manakan Aidiladha aku kali ini?

Tuesday, November 24, 2009

coklat CAMIOR.

Lately ini memang kerja utama ialah tidur sahaja. Makan........makan dan tidur kembali. Entahlah, im tired. Badan asyik kurang bermaya. Masak pun memang sudah malas. Tapi malas-malas termasak juga Mee Goreng and Kari Ayam hari itu. Ishhh..

Di office pula hari hari lunch NASI AYAM. Dekat hendak 2 minggu lebih makan makanan yang sama. Pagi-pagi pula balik-balik itu sahaja breakfast aku. Aku macam sudah malas hendak makan benda lain. Aku kini dalam kebosannnan yang amat tinggi....

Hari itu hari itu tengah ingin hendak makan coklat. Hendaknya coklat beli di airport pula itu. Lagipun aku tidak tahu coklat itu ada jual di mana lagi. Kebetulan malam hari itu pergi airport......mula-mula malaslah hendak beli apa-apa. Sudah En Hendra yang suruh beli juga coklat yang konon aku suka............memang hari itu aku suka. Tapi malam itu aku sudah kurang suka. Hari itu lah..aku memang suka coklat CAMIOR itu.


Roti canai 2 keping lagi. Aku pun suka makan roti canai di kedai satu ini. Alahai dekat dengan rumah aku juga kedai ini. Petang sabtu hari itu sebelum pergi buang duit di Tesco, aku minta untuk makan roti canai dulu. Yang penting roti canai dia lembut sahaja. Kuah pun sodapppp.
Tapi memang lately ini, tekak aku terlalu kuat rasa tidak sedapnya. Bak kata orang air liur orang mengandung macam rasa magnesium@besi....kan. So semuanya sudah jadi kurang sedap...whuaaa...

Monday, November 23, 2009

Mee Goreng.



Lama benar rasanya tidak masak mee goreng ini. Sudah - sudah selera aku hendak makan mee hoon goreng sahaja kan. So sabtu baru ini aku menggorenglah mee kuning pula. Kalau di ikutkan selalunya aku mesti beli mee kuning ini dari kg lagi. Aku suka mee kuning di kg aku di buat oleh orang melayu dan rasanya lebih sedap. Tapi memandangkan stok mee itu tiada dalam peti ais aku terpaksa beli juga mee kuning di pasaraya...ermmmm..

Sebenarnya mee goreng ini lah antara masakan pertama yang aku betul-betul pandai masak. Hehehehe. Masak nasi pun aku belum pandai masa itu. Sebabnya aku terlalu sukaaaaaa dengan mee hailam yang emak aku selalu masak untuk sarapan di kg. Sodappppppppp...
So aku boleh masak mee hailam dan juga mee goreng basah.

Sekarang ini aku menggoreng dengan resepi yang lebih mudah dan pantas.
Ialahkan..kalau sudah pagi hari cuti tidaknya bangun awalkan. Perut pula sudah lapar masa itu. Semestinya kita perlukan sesuatu yang mudah dan pantas untuk di buat sarapan.
Kalau di kg itu boleh lah masak dengan grand sekali.

Boleh refer sini untuk cara masak Mee Goreng.

Resepi aku -
Mee kuning 1/2kg
Ayam di potong kecil atau udang atau daging atau sotong
Bawang putih beberapa ulas
Cili boh 3 sudu (pedas ini, boleh kurangkan lagi)
Sayau sawi atau kobis
Kicap secukup rasa
Garam
Sebiji atau 2 biji telur

Simple sahaja...kan.

Friday, November 20, 2009

Alternator rosak lagi!!

Fries with souce and mayo....

Haziq asyik makan mayo sahaja...erm..


Semalam petang, aku punch card jam 7 pm. Hujan masih turun renyai-renyai lagi di kawasan office. Kenapa aku balik lambat?. Aku sahaja-sahaja balik lambat. Lagi pun sebenarnya kepala aku macam pening dan badan macam tidak larat.

Lepas sahaja keluar dari pagar office, aku perasaan bateri sign menyala di dashboard kereta. Aduhai cemas aku. Kalau begitu selalunya ialah kerana bateri mungkin sudah perlu di tukar atau bateri weak. Tapi aku ingat-ingat belum setahun lagi bateri di tukar. So macamana bateri boleh weak?.
Tiada mengapa lah, memandang enjin masih berjalan lancar tanpa sangkut-sangkut. Atau ada tanda-tanda lain menunjukkan bateri weak, aku berdoa dalam hati semoga aku selamat sampai kerumah.

Alhamdulilah...aku sampai dengan selamat di Pandan Indah dari Kajang. Terus mengajak En Hendra ke bengkel masa itu juga. Risau aku sungguh...sungguh sangat.

Dibengkel, permulaannya mekanik check batery dahulu menggunakan satu alat ini. Dia kata bateri masih berkeadaan baik..alhamdulilah lagi.
Rupanya yang weak ialah alternator.
Terus tanya berapa harga RECON untuk barang itu sebab aku sudah masak dengan alternator ini.
Pada tahun 2004, kalau tidak silap aku sudah pernah menukar alternator kereta aku ini. Meaning kali ini ialah kali ke tiga barang itu ditukar.

Sememangnya tidak perlulah membeli barang yang original pun. Sebabnya satu ialah mahal...harganya dalam lingkungan RM400. Berbanding dengan RECON hanya rm180 termasuk pemasangan. Tidak sampai 1 jam pun proses pemasangan di jalankan di bengkel tersebut.

Dulu-dulu pun aku pernah menukar barang ini untuk kereta honda. Yup, aku pernah driving honda accord 2.0 selama lebih kurang setahun. Dan masih mekanik mencadangkan menggunakan barang recon juga. Honda tersebut milik abah aku....kereta picisan abah.

As a result, aku sudah masak dengan alternator ini. Hhahahaha..
Alternator recon yang kedua duhulu aku guna sehingga semalam. Maknanya sudah lebih kurang 5 tahun barang recon itu di gunakan.
Rezeki...kan.

New Alternator RM 180 - recon - 3rd alternator

Old alternator - recon too - 2nd alternator


How To Know Your Car Alternator Is Bad

05 Nov 2008 2:44 (Edited: 05 Nov 2008 2:44)

Your car alternator is a part of the vehicles charging system. If you turn the ignition and the battery fails to crank the engine, the problem may be with the battery itself. However, it is also possible that the alternator is no longer capable of holding a charge. When there’s a problem with the alternator, the battery will be unable to send a current to the engine. In this article, I will explain an easy way to identify whether your car’s alternator is going bad (i.e. not charging properly). I will also describe a few factors that can cause your alternator to become incapable of holding a charge.

Identifying The Problem

You can usually tell whether the charging problem is your battery or the alternator by watching your car’s headlights. Here’s how: start your car and turn your headlights on. With your car in “Park,” gently put pressure on the gas pedal. If you don’t see any change in your headlights’ intensity, your charging system is working properly. However, if you notice that your headlights become dimmer when you press on the gas pedal, it means that they’re being powered by the battery. Your alternator isn’t producing a current.

On the other hand, if the headlights grow brighter, it means your alternator is producing a current, but not very much. In fact, it may not be generating enough to keep the battery properly charged when your car is idling.

This method is not infallible for identifying a bad alternator, but it works most of the time.

What Can Cause A Bad Alternator?

Even though alternators are generally sturdy, there are many reasons why they can stop charging properly. They’re often susceptible to heat. If you’ve been driving long distances in extremely warm weather, they can lose their ability to produce a current. They can also be damaged from voltage irregularities. For example, if you jump start a car and cross the jumper cables, the current can overload the alternator.

Also, its ability to produce a full current can be affected if one of the diodes goes bad. The diodes are essential for converting the output from AC to DC. If one of them is damaged or burns out, the alternator’s output can be diluted.

If your alternator becomes incapable of holding a charge or producing a viable current, take your car into a service center to have the unit tested. If there is a charging problem, you probably will not be able to have it repaired. Most technicians will consider doing so to be too much effort. In that case, plan to invest in a new or remanufactured unit.

Apa yang tiada di rumah anda?

Desktop LCD


Water heater

Astro

Di zaman moden 2009 ini kan dan hendak masuk 2010 tidak lama lagi, aku rasa semua rumah mempunyai basicly barang-barang yang sama. Rumah kelamin lah...bukan rumah bujang ya.

Ha ha ha ha...dan aku berbesar memberitahu yang rumah aku sekarang ini..yup yang aku duduk ini lah. Yang kami tiada ASTRO, WATER HEATER dan DESKTOP LCD. Kenapa tiada...erm...sebab tiada keperluan pun di rumah aku semua itu.

Tetapi lah kan...apa pula YANG ADA di rumah aku. Alahai tidak perlu menceritalah kan. Apa yang ada dan telah ada adalah rezeki ALLAH...amin.

La la la la la....

Thursday, November 19, 2009

The Ugly Truth and Cloudy with a Chance of Meatball movie.

Synopsis: The battle of the sexes heats up in Columbia Pictures' comedy The Ugly Truth. Abby Richter (Katherine Heigl) is a romantically challenged morning show producer whose search for Mr. Perfect has left her hopelessly single. She's in for a rude awakening when her bosses team her with Mike Chadway (Gerard Butler), a hardcore TV personality who promises to spill the ugly truth on what makes men and women tick.

Malam selasa lepas aku dan En Hendra menonton movie ini. Sebenarnya macam tiada mood hendak menonton cerita komedi romantik. Tapi sudah-sudah movie itu sedia ada di download oleh En Hendra...so apa salah nya tengok sahajalah.

Memula rasa macam bosan...tapi lama-lama aku pula yang ketawa paling kuat...hahahahaha. Cerita ini memang lawak sungguh. Sepanjang movie aku asyik ketawa sahaja...lastly jadi lapar pula. Aku pause sekejap cerita itu. Rajin pula aku menggoreng keropok juga fries sekali. Aduhai best sahaja...makan...menonton.



Dan malam minggu lalu menonton cartoon movie CLOUDY with a CHANCE of MEATBALL. Masa menonton cerita ini memang sudah lewat malam. Perut mak buyung masa itu ala-ala sudah lapar semula. Tapi aku cuba tahan kan juga sebab lepas menonton boleh terus tidur kan. Sudahlah pula cerita ini suka-suka tunjuk makanan itu ini. Dengan burgernya...hotdog...ice cream bagai dan macam-macam lagi.
Aduhaiiiiiii......terliur aku di buatnya..walaupun cerita kartun...lawak sahaja kan.

Boleh sahaja di rekanya mesin yang boleh mengeluarkan apa sahaja makanan hanya dengan satu bekas air putih...macam-macam sungguh.

Synopsis: In 2009, Columbia Pictures' and Sony Pictures Animation's "Cloudy with a Chance of Meatballs" will be the most delicious event since macaroni met cheese. Inspired by the beloved children's book, the film focuses on a town where food falls from the sky like rain. Bill Hader will voice Flint Lockwood, a young inventor who dreams of creating something that will improve everyone's life. Anna Faris takes on the role of Sam Sparks, a weathergirl covering the phenomenon who hides her intelligence behind a perky exterior. James Caan plays Tim Lockwood, Flint's technophobic father. Andy Samberg plays Brent, the town bully who has plagued Flint since childhood. Bruce Campbell plays Mayor Shelbourne, who figures out that Flint's invention can put the town, and more importantly himself, on the map. Mr. T plays the by-the-rules town cop Earl Devereaux, and Tracy Morgan takes on the role of Earl's rule-breaking son, Cal.

Wednesday, November 18, 2009

Result MGTT testing.

Picture aku pada hari khamis lepas. Lupakan muka aku yang separuh itu. Sila fokus pada perut aku sahaja.

Alhamdulilah alhamdulilah syukur pada ALLAH.

Semalam petang aku check up lagi di klinik. Sesambil kena check perut, aku berdebar-debar hendak tengok result testing darah untuk kencing manis.

Aku berdoa semoga kandungan aku sihat. Macam-macam boleh jadi kalau ada kencing manis ini.

Tekanan darah aku ok, air kencing pun ok juga perlu ke terkejut kalau aku cakap berat aku tidak berubah setelah 2 minggu berlalu iaitu 66.7kg juga. So macam mana itu..kan. Padahal cara pemakanan aku kekal macam minggu-minggu lalu.

Lupa pula, keputusan MGTT aku dalam keadaan baik dan AKU BUKAN PESAKIT DIABETES di waktu hamil.

Lepas balik dari klinik, kami terus ke HOSPITAL AMPANG. Sahaja survey keadaan dalam hospital itu. Insyallah aku akan bersalin di hospital ini January nanti. Hospital ini memang dekat sangat dengan rumah aku. Tidak perlu ke jalan besar untuk ke hospital ini. Itu yang penting.
Ok lah keadaan dalam hospital. Tapi keadaan Doc nya aku tidak tahulah. Apa-apa pun yang penting semoga semuanya dipermudahkan ALLAH nanti..amin.


Free ticket vouchers untuk movie 2012. Ada 6 keping semuanya. Mungkin aku akan jual dalam 3 @ 4 keping rasanya. En Hendra yang dapat pada Ahad lalu. Sekarang ini aku tengah open sale di office sahaja.
Rezeki di tengah bulan..alhamdulilah.

Tuesday, November 17, 2009

Makan pizza pula.

Haziq pun ini macam sahaja lapar. Tapi bila sampai pizza, dia cuma makan roti pizza sahaja. Ish ish...

Ermm...

Malam tadi kami pergi makan PIZZA HUT. Entahlah macam-macam kehendak mak buyung ini. Padahal tengah-tengah bulan ini manalah ada SEN SEN banyak gitu. Disebabkan KEINGINAN yang sungguh sungguh tinggi!!!!!..aku melangkah juga ke PH di ampang lewat jam 10 malam tadi. Aku bayar RM48 ringgit dengan WANG PLASTIK citibankku. Alhamdulilah ada WP itu kan. Walaupun aku memang pasif user WP ini.

Punyalah lapar perut aku malam tadi itu. Memula itukan memang kami hendak makan di DOMINA PIZZA. Lepas elok-elok order di kaunter, aku pun hulurlah WP. Alahai boleh diaorang kata,

"kami cuma terima cash".

Lomah kaki den kojap.

Terus tanpa membuang masa kami ke PH yang terletak berdekatan. Aku tidak kisah apa pun, aku hendak makan pizza malam itu juga!!!!!!

Bukan tiada nasi dan lauk di rumah malam tadi. Dan aku memang sudah makan nasi lepas maghrib pun. Tapi kami keluar ke PUDU RAYA malam tadi. Ditengah-tengah hujan sana sini untuk mengambil tetamu dari PENANG.
Perjalanan dari Pandan Indah ke Pudu sungguh layan sahaja. Tetapi masa OTW balik ke Pandan dari Pudu..aduhai...JAMMINGGGGGGG nya.
Itulah punca muka semua orang masa makan pizza memang muka macam tahap hendak makan meja sekali. Laparrrrr wooo...

Aku ini sememangnya tidak makan BAWANG besar gitu. Dan awal-awal aku sudah pesan pada waiter itu

"no onion please"

Tapi memang aku nampak muka dia buat macam tidak dengar sahaja apa aku cakap. Tidak mengapa...aku biarkan sahaja.
Sementara tunggu pizza siap habis kami makan sup cendawan and garlic bread...hik hik. Malang ek malam tadi itu bukan hari refill sup.

Sampai-sampai pizza...ahah itu dia BESAR PUNYA BAWANG BESAR cantik sahaja pada topping dia.
Aku memang sabar pun. Hendak atau tidak kena tunggu dan tunggu lagi untuk new pizza. Masa itu memang kami sahaja customer dalam kedai.

Bila sampai pizza yang lain pula....semua orang di meja memang perasaan yang pizza itu sudah kurang isi di toppingnya juga nampak terlebih rangup rotinya. Aku confirm diaorang bakar extra api kot...hahha..
Alhamdulilah.

Haziq tengah boringgg..Orang dari Penang pun boringggg gak...

Tekun makan pizza. Aku makan 2 potong sahaja.

Tengoklah itu pinggan Haziq. Bukan makan pizza tapi makan roti.

Monday, November 16, 2009

Huggies.

Drypers free from TESCO and Huggies stok untuk bulan ini.

2 sampul surat free huggies.

Free huggies 2 keping pull up pants and 4 keping saiz M.

Hari sabtu lepas dapat lagi free huggies. Ahak..kami memang rajin isi form untuk dapat free huggies ini. Yang dulu-dulu dapat pun masih belum di pakai. Ada semuanya di simpan rapi dalam almari. Entahlah...kalau free ini, sayang pula hendak di gunakan. Lawak je kan...

Yang drypers itu pula memang free juga dari Tesco. Itu pun sudah lama dapat. Juga tidak di guna-gunakan lagi.
Dan Huggies L68 itu tidak lah free pun. Itu kiranya last stok untuk bulan Nov yang masih belum di buka. Lagipun satu pek lagi itu masih ada lagi separuh yang telah di buka. Juga masih merata-rata huggies yang telah dibuka untuk stok dirumah, stok dalam kereta dan stok dalam beg Haziq.

Walau bagaimana pun banyak stok sana sini, tetap juga kami membeli 4 pek stok huggies setiap awal bulan.

Sunday, November 15, 2009

Karipap kentang+ayam with resepi.

Sudah di goreng.
Kentang + Ayam

Sudah siap untuk di goreng.

Alahai mak buyung ini teringin hendak makan karipap. Tapi karipap hasil tangan sendiri pula itu. So malam tadi aku gagahkan diri untuk pertama kalinya membuat karipap by my own hand. Aku guna resepi mudah sahaja. Bila tengok di internet kebanyakkan resepi banyak sangat campurannya. Mana larat aku hendak itu ini..aduhai.

Aku buat kulit karipap guna cara yang sama aku buat roti canai instant aku hari itu. Sempoiii... Tapi tetap penat menguli juga.
Aku guna 3 - 4 cawan tepung gandum. Kalau tidak silap aku boleh dapat kan dalam 25 buah karipap ikut saiz yang aku buat itulah.

Isinya pula cuma guna 4 bahan sahaja.
1. 3 biji ubi kentang di potong dadu dan digoreng hingga lembut.
2. Isi ayam yang di cincang.
3. Bawang putih 3 biji di tumbuk lumat.
4. 2 - 3 camca besar rempah Babas ayam daging.
sedikit garam.
Kalau ikut bahan-bahan aku itu boleh dapat dalam isikan karipap dalam 25 biji atau kurang.

Aku suka kulit karipap sedikit tebal sebab baru puas makan. Tapi En Hendra suka yang nipis dan garing. So malam tadi aku buat kulit sedikit tebal. Lepas menggoreng dan makan, aku buat karipap 2nd round untuk habiskan isi dengan kulit yang nipis.
Dan karipap yang telah siap untuk digoreng itu aku simpan dalam peti ais. Petang ini atau malam nanti kalau lapar...boleh terus di goreng.
Mudah....kan....

Friday, November 13, 2009

Tidur sendiri.

Memula tidur disini.

Kemudian tidur di sini.

Aku memang 'mood swing' pagi ini. Bukan bad mood pun. Im happy...cuma aku mengantuk sungguh. Asalnya malam tadi tidak dapat tidur dengan nyenyak sekali. Perut aku ini asyik lapar dan lapar sahaja.

So
bila perut lapar..perut aku jadi tegang...anak aku pun leka bermain-main dalam perut...bukan dia hendak tidur pun. Akhirnya macam mana aku hendak tidur. Kejap-kejap aku terbangun sahaja.

Ini aku sudah ok dah. Pagi-pagi lagi aku sudah sarapan nasi lemak kegemaran aku. Belum jam 8 pagi aku sudah berada di office. Siap jadi tukang on kan aircond dan lampu office lagi. Ahaakkk..awal gila kan.

Straight to the point. Aku hendak bertanya pendapat semua lah. Sedia maklumkan aku bakal mendapat anak kedua tidak lama lagi. Ini mengenai Haziq. Sudah 2 malam aku minta dia tidur sendiri di katil single yang telah di letakkan bersebelahan katil aku. Aku mahu kembali melatih Haziq tidur sendiri. Memang pada mula nya dulu-dulu Haziq memang tidur di comfarter di bawah sahaja. Bila dia sudah pandai panjat katil dia mula tidur dengan kami diatas katil. Tapi selalunya kami turunkan semula dia di bawah setelah dia tidur. Cuma beberapa bulan kebelakangan ini saja tidurkan sekali dia terus di atas katil dengan kami. Ialahkan...bagi dia manja puas-puas dengan kami sebelum dia dapat adik ini.

Okies...kawan-kawan ada apa tips atau apa-apa pendapat lah mengenai 'bercerai' tempat tidur ini. Sebab memang 2 malam ini dia mesti panggil 'MAMA....MAMA....MAMA' bila lampu sudah ditutup. Kalau aku biarkan last-last dia akan menangis. So memang aku temankan dia until dia terlelap kemudian aku kembali ke katil aku semula.
Haziq baru berumur 2 tahun 5 bulan.

Create a three column Blogger template.

Credit to this blog Amanda Fazani for yours wonderful sharing knowledge.

The Minima template is the easiest Blogger template to customise, as this is the simplest two column template, and has few parameters regarding margins, padding and the like. Once you have developed the third column, it will then be easier to alter font-size, colours and such so leave this until later on. We're going to concentrate on the actual layout first.

First of all, set your template to Minima (not the stretch template, but any colour will do!), then follow these instructions:

  1. Go to Template>Edit HTML, leaving the "Expand widget templates" box unchecked.
  2. Now, find this section in the HTML code:
    #sidebar-wrapper { width: 220px; float: right; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ }
    Copy this entire section, and paste it directly below. We're going to change the elements I've highlighted in red to the following:
    #left-sidebar-wrapper (this makes the css for this section unique) float: left (this will make the new sidebar float to the left of the main column)
    This will provide the styling for the new sidebar element which we will create next.
  3. Now, you need to find this section further down the page:
    . Immedietly before this section, you should paste the following piece of code:
    Let me explain the elements of this code to help you understand what we've just done:
    • This section tells the browser that the left-sidebar element exists here, and to look in the css for the appropriate styling for this element.
    • This tells the browser the class of the sidebar element and all other elements (widgets) which may be included in this section. The ID of this element must be "left-sidebar" in order to make it unique, otherwie this would cause problems when viewing. It is preferred so that it will feature in the layout, even if no widgets are placed within it.
  4. If you preview your template, you will notice that the right sidebar will be beneath the main section at the moment. This is because the outer-wrapper is still only wide enough to accomodate one sidebar. So now we need to expand the oputer wrapper to accomodate this new sidebar. Find this section in the HTML code:
    /* Outer-Wrapper ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper { width: 660px; margin:0 auto; padding:10px; text-align:left; font: $bodyfont; }
    We need to increase the width of the wrapper by the width of the left-sidebar-wrapper, in this case 220px. So, change the value in red to 880px.
  5. You may also want to change the width of the header-wrapper to 880px so that it spans the new width of your blog:
    #header-wrapper { width:880px; margin:0 auto 10px; border:1px solid $bordercolor; }
  6. At this point, you should save your template. At present, your new sidebar will not be seen as there are no widgets contained within it, though it will still be present in the markup of the page. Once you have saved your template, go to Template>Page elements in your Blogger dashboard.
  7. Your layouts section should now look something like this: You can now add a page element (or two) to your new left sidebar.
  8. But we aren't quite finished yet! If you add anything to this left sidebar, you will probably notice that it jams right up to the main section, like this: This is because there is no space defined between the left-sidebar and the main section. We need to create this space in the template's HTML. To do this, we will add a margin to the left hand side of the main posts section. Find the following code in your template's HTML and add the code defined in red:
    #main-wrapper { width: 410px; float: left; margin-left: 20px; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ }
    This defines a margin space of 20px between the left-sidebar and the main column. You should also ensure you adjust thw width of the outer-wrapper from 880px to 900px to ensure the width of your blog is enough to accomodate this margin too. Either that, or you could reduce the width of your main column/a sidebar by 20px to serve the same purpose. Now, your previewed template should look more like this:
  9. Finally, save your template and enjoy your new sidebar!

The same principles described here can help you create a three column template from any Blogger template, though you may find that you'll need to adjust the width, margins and padding for your new sidebar in order for it to look the way you would like.

Also, you can configure your new sidebar to float to the right, and have two sidebars on the right of the main column if you prefer. Simply set the CSS of your new sidebar to float: right; instead.

Windows 7



Hari ni kite cite pasal IT sket . Selapas seminggu pelancaran nya akhirnya platform notebook kt umah aku bertukar lagi.kali ini kepada Windows 7.saper punya kerja...x lain x bukan my hubby la.... ni aku kongsikan sket info benda alah ni...

" Kehadiran Windows 7 di negara ini disokong oleh rakan niaga Microsoft dengan menggunakannya di dalam komputer dan perisian masing-masing.Dengan pelbagai pilihan PC dan harga, pengguna boleh memilih yang sesuai dengan keperluan mereka daripada netbook, ultrathin notebook dan laptop kepada desktop dan mesin permainan.Tiga idea besar memainkan peranan dalam pembangunan Windows 7 iaitu.Bekerja seperti mana yang dikehendaki pengguna.Pengguna mahukan komputer boot up lebih cepat dan Windows 7 mengambil masa hanya 15 saat.Sistem operasi juga lebih responsif dan menawarkan hayat bateri lebih lama.Dengan Windows 7, Microsoft telah menjadikan tugasan lebih ringkas, pantas, lebih responsif dan kurang sibuk.Meringkaskan tugasan seharian.Peningkatan telah dilakukan kepada pemprosesan tetapi menjadikan pengkomputeran lebih mudah.Dari Taskbar kepada ciri Snap and Shake, Windows 7 membantu pengguna melakukan apa saja dengan cara yang mudah dan pantas.Menjadikan perkara baru kenyataan ciri baru seperti fungsi much-touted multitouch, PlayTo, location-aware printing dan beberapa peningkatan yang membolehkan perkara baru dilakukan."

Thursday, November 12, 2009

Senang hati aku.

Barulah dalam minggu lepas aku terfikir yang aku atau mana-mana ibu mengandung berkemungkinan akan bersalin awal. Meaning, kemungkinan boleh bersalin seawal 37 minggu atau 38 minggu. Sungguh-sungguh aku tidak terfikir mengenai hal tersebut. Ish ish..kepala aku sudah set aku bersalin pada 27 January 2010 pada minggu ke 40 usia kandungan aku. Apa hal nya lah kan. Macam baru sekali pula aku ini mengandung. Memang kali ini aku tidak punya banyak waktu dan ruang di kepala untuk memikirkan hal kandungan aku. Entahlah..kegiatan harian benar-benar 'padat' kebelakangan ini. Hendak fikir itu dan ini segalanya.

Sebenarnya bukan apa, aku risau pasal kerja aku di office. Takut kerja aku tetiba tergantung -gantung tanpa siapa pun mahu menggantinya. Aku bukan pun pekerja MITHALI. Tapi kalau sudah tanggungjawab sendiri semestinya kena fikir-fikir apa kesudahannya nanti. Memula aku budget aku boleh cuba habiskan silibus satu subject ini before dua date nanti. Confident sahaja aku budget itu dan ini. Bila revision semula budget aku itu. Aduhai...kalau ALLAH tentukan aku bersalin awal macam mana..atau sudah tertulis kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk berkerja sedikit 'keras' di office. Bagaimana kalau jadi begitu!!!

So hari ini aku berderas-deras berjumpa Puan Boss berceritakan masalah ini. And solution nya, Puan Boss menyuruh aku teruskan mengajar semuanya seperti biasa dan kalau baby aku sudah hendak keluar sangat melihat dunia. Aku boleh senang hati pergi bercuti dan bersalin. Tentang kerja aku..sudah ada pengganti nya nanti. Alhamdulilah. Lapang dada aku ini.

Tuesday, November 10, 2009

MGTT testing.

Hari ini hari selasa. My baby sudah masuk ke 29 minggu. Pagi tadi aku ke Klinik Ibu dan Anak untuk membuat MGTT testing. Periksa paras gula dalam badan. Ermm sebabnya berat badan aku naik secara mendadak.

Ialah kan, pemeriksaan pada 24/9/09 berat badan aku turun kepada 60.7kg. Lepas sebulan berpuasa, semestinya berat badan aku turun. Aku pasti semua ibu mengandung turun berat badan lepas bulan puasa. Manakala pada 4/11/09 berat aku mendadak naik ke 66.7kg. Itu dia, terkejut nurse di klinik itu. Aku tidak lah terkejut sebab aku tengok tiada apa-apa pun kesan kenaikkan di badan aku kecuali perut aku yang memang BESAR. Di fikir-fikir lagi memandangkan students bercuti, aku pula asyik pergi kursus sana sini. Semestinya part makan menjadi agenda utama bila pergi kursus...sodap bila masa makan ini. Lagi aku tidak perlu naik tangga turun tangga untuk pergi mengajar. Sah-sah aku cuma duduk berehat suka ria sahaja di kala ini.
Sooo salah ke berat aku naik mendadak?

Pagi tadi itu sempat juga menimbang berat di klinik. Ahak...terkejutkan...berat aku kekal 66.7kg...bagaimanakah itu?
Harap maklum kalau hendak membuat MGTT testing ini perlulah berpuasa......aku tekan lagi...BERPUASA bermula dari 12 malam hari sebelumnya. Itu yang aku tidak suka itu!!!
Tapi aku ikut juga..aku berpuasa.

Sampai di klinik pagi tadi dalam jam 8.10 gitu. Pehhh punyalah ramai orang. Aku dapat nombor 1032. Dan mereka yang perlu diambil darahnya pagi itu aku tengok lebih dari 50 orang...aduhai. Nombor aku di panggil pada jam 9.30 pagi. Alhamdulilah masa itu perut aku kepala aku masih dalam keadaan baik. Aku berdoa sentiasa agar tidak muntah atau pening kepala. Perut tengah kosongggggg..kan.

Dibilik ambil darah, aduhai. Orang lain di cucuk 1 tempat, tapi aku di cucuk 2 tempat. Sebabnya sememangnya aku SELALUNYA diambil darah di belakang tapak tangan...bukannya di lengan aku. Sebabnya urat tidak kelihatan di lengan aku. Dan aku sudah beritahu pada nurse yang berumur itu. Bolehnya..sakit sungguh masa dia masukkan jarum di belakang tapak tangan aku. Allah sahaja yang tahu...lepas itu boleh dia keluarkan semula jarum itu. Entah apa alasan dia, aku tidak dengar. Aku tengok darah dalam jarum sedikit sangat. Dia cucuk pula di lengan aku...alhamdulilah full darah di jarum.
As s result, 2 tempat aku dicucuk. Aduhhh..

Jangan lupa ye..lepas di cucuk perlu minum segelas air panas with gula.
Ampun manisnya. Aku memang sudah cemas. Aku takut aku muntahhhhh. Aku tengok-tengok memang ada yang muntah lepas minum air itu. Muka semuanya kelat sahaja. Masa mengandungkan Haziq sememangnya aku muntah masa minum air itu. Lepas itu aku kena minum kali kedua. Itupun aku minum tidak habis.

Perut kosong+angin+gerakan anak sangat aktif+minum air panas bergula = kemungkinan tinggi boleh muntah.

Dengan nama Allah aku cuba minum perlahan-lahan. Dengan beberapa tegukkan. Selepas itu aku tidak terus duduk. Aku bawa berjalan-jalan sambil dipimpin Haziq. Alhamdulilah..im fine.
Tepat jam 11 pagi aku di panggil lagi untuk ambil darah kali kedua. Aku cerita perkara yang sama pada nurse lebih kurang sebaya aku itu mengenai tempat untuk di cucuk. Dia berkeras untuk ambil darah di lengan kiri pula. Aku malas hendak panjang cerita.

Kannnn aku sudah cakap tadi.....tetiba urat aku itu membengkak dan darah tidak dapat di ambil. Dibuang lagi darah aku yang sedikit itu.

Nurse minta maaf pada aku kerana perlu mencucuk lagi di tempat lain pula dan dia terus ambil darah di urat di belakang tapak tangan kiri aku. Allhamdulilah.
Aku rasa-rasakan, nurse ini lebih bagus ketika mencucuk. Kurang aku rasa sakit.
As a result sekali lagi. Aku di cucuk di 4 tempat hanya untuk mengambil darah. Sedangkan orang lain di cucuk 2 tempat sahaja.

Habis di klinik terus, kami pergi membeli makanan untuk lunch. On the way balik rumah...AKU MUNTAH..muntah semua air gula tadi.
Berbintang-bintang dan rasa hendak terkeluar isi perut aku.
Allahuakhbar.
Lepas makan nasi+ikan goreng+telor masin yang tidak selera untuk aku habiskan. Aku terus tidur.

Aku berdoa semoga ujian darah aku ok...amin.

Friday, November 6, 2009

Jennifer's Body da movie and Lion King I & II.

Ermmm...boring sungguh movie ini. Memang semata-mata guna nama Megan Fox untuk lariskan filem. Penat aku menunggu cerita ini..bilalah hendak ending. Jalan cerita pun boring. Aku bukan peminat perempuan ini pun. Aku tengok di rumah dengan En Hendra. Exsploitasi sahaja.

Sebelum itu kami menonton movie ini. Aku tengok cerita ini pada tahun 1994 di cinema lagi bersama adik bongsu dan kakak aku. Lama sungguh kan. Memang aku suka cerita ini..di tambah dengan soundtrack dia memang best.

Movie yang ini macam slow sikit. Entahlah. Tapi aku layan jugalah sampai habis bersama En Hendra and Haziq. Bagi aku cerita ini kurang sesuai untuk Haziq sebab dia boleh tertidur masa menonton. Sebab jalan cerita Lion King ini tiada unsur-unsur lawak untuk budak bawah umur 3 tahun...iyea kea??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails