Followers

Wednesday, August 4, 2010

Roadtax - black list - saman speed trap

Wehhh petang-petang ini barulah dapat hapdet blog cinta merah aku ini. Harap maklumlah, dari kepagian tadi sungguh sibuk. Di rumah lagi aku sudah dapat customer confirm kan melalui Facebook untuk bank in duit untuk parcel hari ini, alhamdulilah.

Sudah  melayan jem melekat lekat dari sebelum keluar pandan indah area lagi pagi tadi hingga kelepasan bandar tasik selatan. Adusss lewat kebangatan aku sampai office. Terus tidak sempat breakfast pun. Prepare untuk masuk kelas jam 10am until 12pm.
Dengan suara yang masih serak serak kering basah.
Aku gagahi diri menjalankan kewajipan aku.
Alhamdulilah I'm done juga.

Habis-habis itu, duk pergi mengikut opismate sekereta itu ke Alamanda untuk pembelian. Yang akhirnya tiada. Maka pulang semula ke office. Mereka-mereka kemudiannya dengan lapar dan lapar terus masuk ke bilik santapan NASI TOMATO. Makan-makan itu diadakan untuk meraikan 2 orang yang telah berenti dan akan berenti berkhidmat di sini.
Aku pula yang memang tidak makan dari pagi, terus gagah lagi susun parcel parcel dan memandu ke pejabat pos.
Terpaksa tidak menjoinkan diri dalam  jamuan perpisahan itu. Aku ada tugas perlu diselesaikan.

Balik itu, aku terus layan mee goreng sahaja. Alhamdulilah kenyang. Dan sambil menaip ini, aku layan MILO O panas + SUSU TEPUNG.

Kisah Road tax
Kan lately ini sibuk kisah ramai kena black list semasa hendak hidupkan road tax + insuran kenderaan. Diopis aku sendiri ada 2 orang kena kes macam itu. Seorang itu kena black list sebab ada saman rm900 dan dia perlu settle kan saman itu..then baru boleh hidupkan roadtax.
Seorang lagi pula ada saman rm300, then sama juga. Dia pergi settle kan dulu. Kemudian baru boleh hidupkan roadtax.
Weh...aku tumpang cemas gak.
Baru-baru ini roadtax aku mati juga. Punyalah menghitung hari aku. Ialah kan..mana tahu tetiba ada juga saman saman yang aku tidak tahu dan sebelum ini tiada tetiba muncul...sudahhh..kan.

Syukur alhamdulilah...........semalam adik aku yang tolong buatkan semuanya.
Aku clean.
Cerita rumor nya mana-mana yang ada saman speed trap je yang kena black list kalau masih belum jelaskan. Dan katanya lagi. Saman tahun 2008. Entahlah. Itu fact yang aku tahu sebab itu yang berlaku pada kawan-kawan aku itu.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails