Followers

Saturday, November 29, 2008

Minlon dan Die another day.

Semalam waktu lunch, aku pergi MINLON di seri kembangan. Tempat tu mmg tak jauh dri office aku. Memang sebenarnyer dari hari selasa hari tu aku nak pi situ. Ialah kan aku da cakap hari tu, aku nak pergi sekali lagi ke situ sebab nak beli daun-daunan. Disamping survey2 gubahan bunga kat situ. Tapi naper baru hari jumaat aku pergi..ermm..sebab nyer aku ni duk menemankan opismate aku sorang ni. Tiap kali nak lunch jea mesti dia ajak aku pergi sana lah...pergi sinilah. Oklah...sebab dia x de peneman, aku pun temankan lah. Sampaikan hari jumaat tu pun dia nak ajak aku pi tempat yg dia nak pergi...aduhh..aku da macam tak selesa da. Dan aku tahu tempat yg aku nak pergi selalunyer bkn tempat pilihan diaorang, so camna lah nak kuar reramai. Lagipun klu x ada aper2 kepentingan mmg aku x suka makan di luar. Aku da jemu makan di kajang @ bangi @ mana2 diluar office. Ialah tgk lah pulak, da baper lamaaaaaaaaaa aku keja kat office aku nie. Da lebih 5 tahun. So dekat semua tempat makan aku da pergi, da explored. Hhehheh. Cuma sesekali klu aku free sungguh, aku akan kuarlah dengan officemate lain, terutama yg berlainan department dgn aku dan juga merupakan kawan2 yg aku rapat. Ialah, supaya siratulrahim tu tak terputus jauh. Dapat juga makan kat tempat yg aku dan kawan2 aku tu sesama suka juga bertukar2 cerita. Once a while aku keluar gak lunch dengan Azizah (civil engineer) @ Azian (english lecturer) @ Wan (business lecturer) @ Rafiza (IT lecturer) @ Kak Ros and Yati (electric lecturers).
Lagi pun tak syok lah orang lain kena ikut kepala kt utk pergi makan dan tempat sana sini. Sebab tu klu kuar ngan member2 aku tu..aku akan tanya diaorang nak makan kat mana dan aku akan mengikut. Bkn aku yg suh diaorang ikut aku.

Puas hati sungguh dapat pi MINLON tu semalam. Syokkkk dapat tgk bunga sana sini. Lawa2 gitu. Sempat gak aku beli senduk sup kat bawah tu, cantikkan. Lagi aku beli daunan, pasu dan bunga. Lepas habis round minlon, sempat aku pi MACY pulak, disebelahnyer.

Malam td, lepas En Hendra dan aku tidokan Haziq dalam dekat nak jam 10pm gitu. Aku pi nonton tv sorang2 sebab En Hendra sambung tido sekali. Lepas tu aku kuarkan barang2 aku beli di minlon tu dan cutting semua bunga2 aku tu. Memang aku cecadang nak menggubah...tp baru jea aku nak start si kecik aku tu da terbangun lah pulak. Kejap jea dia tidor. So aku x leh wat aper2 lah. Nenanti Haziq ngikut sekali aku menggubah..habis bunga den. Masa tu da dekat jam 12 malam da. So kena simpanlah barang2 aku tu.

Aku ni merupakan memang peminat movie James Bond. Memang da lama aku minta En Hendra donlodkan movie JB yg dulu2 nyer. Ialah bkn semua citer JB ni aku da tgk. Tapi baru2 ni je lah dia ada donlodkan beberapa movie JB utk aku. Tq sayang. So malam tgk lah citer ni DIE ANOTHER DAY (2002). Memang aku da tgk citer ni, tp sebab peminat...kan..haruslah tgk lagi. Tp kan since Daniel Craig, hero baru JB ni da ada, aku rasa Pierce Brosnan ni tak kena langsung jadi JB ni. Asik2 pompuan pompuan pompuan jea. Adegan lawan2 pun kureng...x best. Kesimpulan nyer citer malam td tu lemah jea. Yg syoknyer dengar Madonna nyanyi sountrack citer tu..best lagu tu. Aahh tidak sabar utk melihat citer JB yg dulu dulu lagi.
Tapi movie Quantum of solace tu mmg aku lom kesempatan tgk lagi. Ialah manalah ada masa nak pi tgk wayang. Mmg baru 2x je tak silap aku since Haziq da ada nie, aku ngan En Hendra pi tgk wayang. Itu pun sekali masa ktorang 1st anniversary, ms tu ktorang balik kg dan kebetulan dirumah kg, kakak dan adik pun balik sekali, so ramai gak lah yg boleh tgkkan Haziq. Tapi rupanyer lama gak Haziq meragam sebelum tido malam tu. Cian kakak dan emak aku duk pujuk Haziq. Kali kedua pulak pi tgk movie 10'000 B.C. Itu pun sekadar pg cinema pastu habis movie terus balik. Sebb adik aku yg jagakan Haziq sekejap. Masa tu petang, Haziq tgh tido, tu yg aku kuar kejap dgn En Hendra. Jarak rumah ngan cinema tu pun dalam 10 mint jea.
Lepas dari tu, da tak de da. Semuanyer tgk kat umah jea. Tapi aku dan En Hendra x kisah pun, lagipun klu nak tgk..donlod jea. Lagi syok..dapat tgk citer aper saje sekali dgn Haziq.

Thursday, November 27, 2008

Kelas jam 8 am..

Hari ni aku datang riang..tersenyum utk mengajar..hehehe. Kelas structure pagi td start jam 8 am until 11 am. So mmg kena datang awallah ke office. Alhamdulilah semua notes da selamat aku siapkan semalam.
Yang paling syok sekali, pepagi lagi En Hendra da keluar rumah with Haziq utk cari breakfast. Memang malam td nyer aku da cakap yg aku akan keluar early pagi khamis sebab aku ada kelas pagi...juga aku perlu breakfast heavy juga tp kat opis lah. Ialah nak panjat tangga tingkat 3 lagi tu. So perlu extra tenaga tauuu. Tp En Hendra suprise kan aku betul...dia senyap2 jea ngan Haziq keluar rumah pagi tu. Sedar2 da ada nasi lemak atas meja..siap dia gorengkan sekali telo mata gitu. Selalunyer aku cuma bancuhkan air tea or milo or nescafe secawan untk aku dan secawan utk En Hendra. Jarang hari bekerja ni breakfast heavy dirumah. Anyway tq so much sayang.
Jalan raya MMR2 td pun seronok jer driving...ialah cuti sekolah lagi. Memang driving pun tak tension....relax jea. Rasa nyer kurang 30 min aku da sampai office.
Sungguh x syok kelas pagi2 ni ialah student tak datang kelas. Ikut att. list yg aku ada ialah 26 orang. Tapi yg datang nyer ialah 13 orang jea. ishh budak2 nie. Ikut suka diaorang je nak datang atau tidak. Diam tak diam da habis 1st chapter aku ngajar td...alhamdulilah.
Keluar lunch ni nak pi beli @ tgk2 bunga atau pasu lah. Da baper hari aku stop gubah menggubah nie..bkn aper. Bunga yg ada dan pasu yg ada kat umah tu tak sesuai utk digubah bersama. Lagi pun start minggu ni sedikit bz...itu yg balik umah mcm da penat jea. Klu ada yg berkenan nanti, boleh lah aku menggubah malam nie...insyallah.

Tuesday, November 25, 2008

Kelas da start dan movie SUSUK.

Hari ni bzzzz. Ialah kelas da start kan. Punya lah buat kerja nyer pasal. Aku sampai terlupa nak ambil breakfast. Cuma pepagi nyer tu aku minum MILO kosong segelas. Jam da 12.30 td br aku pasan, perut aku da lapar da. Masa tu baru le terkial2 cari member utk pi lunch. Hheheh.
Jam 2 pm tu aku start wat kelas soil mechanic tp wat lecture introduction jea. Memula masuk kelas tu, tgk semua budak2 nie muka org2 malaysia jea. So aku release lea sikit dlm hati, x payah lah nak speeking london dalam kelas pada semester nie lagi. Lepas da dekat 30 minit aku bercakap2 dalam kelas, baru lah sorang student ni cakap kat aku yg ada sorang international student dalam kelas tu. Aku tanya budak tu dia dr mana?..dia cakap dia dari Kazakhstan. Memula aku ingat budak tu budak indian, tp rupanyer tekaan aku tu salah. Aduhaiii....kerana seorang itu..aku terpaksa start speeking london till the end of the class. Emmmm...demi tugas kan..
Itu baru satu kelas aku, ada lagi 3 classes dan 2 laboratories yg aku belum jumpa student2 nyer lagi. Ntah lah nanti, ada lagi ke mereka2 orang luar nie.
Tapi sebenarnyer aku suka gak ngajar dalam english ni. Ialah menda ni aku rasa lepas aku habis ngajar utk pertama kali nyer totally english dalam kelas pada semester lepas. Lagipun note dan teks book mmg semua dalam english. So klu aku ngajar dalam english, idaklah payah aku nak tambah kerja kau supaya terjemahkan perkataan2 engineering dalam bahasa melayu. Lagi pun klu diterjemahkan, selalunyer perkataan tu jadi tidak berapa tepat maksudnyer. Sebab tu aku rasa pelajaran sains dan matematik di mana sebagai asas utk pelajar engineering mmg aku sokong di ajar dalam bahasa english di sekolah2 sekarang ni. Kerana bila pelajar2 ni satu hari nanti nak ambil jurusan yg memerlukan result matematik dan sains yg baik utk masuk ke University, mereka2 tidak lah terkebil2 tak faham kelak.

Semalam aku tgk citer movie dvd SUSUK. Bosan nyer citer ni, biasalah citer melayu, mesti gambar gelap jea. Suara pun kurang memuaskan. Sampaikan ada part yg aku sendiri pun kurang faham. Pastu citer ni lama gak, dekat nak 2 jam gak gitu. Aku dan En Hendra layan jea citer nie...sebb da x de citer nak tgk. Awat lah citer movie melayu gitu ek?..

Sunday, November 23, 2008

Petang ahad - hujan pulak tetiba kat luar rumah..

Erm, baru dapat pegang key-board nie. En Hendra dan Haziq pergi KFC. Tapau bawa baliklah nanti. Aku pulak malas nak keluar. At list nak relax sorang2 kejap depan komputer. Ialah dari malam td duk melayan Haziq sampai lah petang td nie. En Hendra bz ngan hal komputer dia malam td..ntah kul baper dia tido malam td pun aku x perasaan. So siang ahad ni En Hendra banyak kt atas katil jea..tido. Aku pulak sibok masak dan melayan Haziq.
Pictures kat atas tu, gambar semalam petang masa kita orang sefamily pi office aku kejap. Tgklah tu si kecik tu, klu da nampak komputer,dia aje nak control semua tu.
Abaikan gubahan bunga aku kat hujung meja tu yea. Masa tu aku kemas2 kat tempat aku tu, so letak bunga tu kat atas meja kejap. Aku mmg suka gubahan bunga, tapi aku bukanlah minah bunga yg suka letak bunga atas meja office aku.OoooPPP, diaorang da balik. Nak mamam KFC dulu ek.
Sambung kembali..
Before pi office semalam, aku singgah di Minlon. Kat situ kan ada jual bunga, so aku nak pi survey lah harga bunga kat situ. Bunga2 kat situ mmg cantik dan banyak sungguh pilihan. Tapi aku tgk harga bunga kat situ mahal. Yang murah pulak ialah pilihan daun2 utk gubahan bunga. Sempat aku beli daun semalam, ialah tgh ada sale gak kat situ. Gubahan bunga yg da siap pun ok lah juga harga nyer..reasonable.

Ahah..pasti semua orang kenal sayur kat bawah tu kan. Kira sayur lah tu, ulam pun boleh gak. Terung ni aku bawa dr kg, masa balik kg minggu lepas. Memang pokok terung tu berbuah subur di umah kg aku. Pastu terung tu aku simpan dalam peti ais lah. Memang purposely aku bawa menda tu sebab aku nak masak ayam masak lemak campur terung kampung ni. So hari sabtu semalam, aku masak lomak ayam + terung kg...sodapppp...
Manakala hari ini nyer lauk ialah ayam masak cendawan dan goreng kobis jea. Tapi En Hendra komen lauk ayam tu kureng sikit..tp ok lah kan.

Friday, November 21, 2008

Awards dan gubahan bunga baruuu.


Ahah..memula kasi letak awards by my sista nie. Tq kak ina. Pada kak ina moga ALLAH murah kan rezeki akak di mana2 tempat di KL dan di Selangor.. amin ya rabbil alamin.

Malam td lepas tgk citer seram di TV2, nightmare at presint 7, aku start menggubah bunga tuuu picture di bawah tuuu. En Hendra gigih main game FIFA di komputer dan aku pulak bersila2 di bawah sambil mencuba menggubah gubahan yg baru. Klu nak tgk gubahan tu dengan lebih lagi, sila ke 2nd blog aku tu yea...tq.

Sekarang ni, Haziq mmg mcm da pandai posing klu aku nak ambil gambar. Tgk lah tu picture dibawah tu, siap silang2 kaki lagi. Masa tu tengah tunggu nak take away sate di kedai hj samuri di senawang.

Lunch hour ni sepatut nyer aku pergi rumah Sally kat bangi <--one of my best friend masa study dulu. Tapi, dia call td bg tahu dia demam, so cancel lah pi umah dia. Harap dia cepat sembuh. Dari hari selasa hari tu rasanyer aku da confirm pasal nk pi umah dia. Siap dia cakap td, emak dia da masakkan lunch untuk aku tengahari td. Aduhhh sedih jea kan, bila tak dapat jumpa member yg daaaaa lama x jumpa juga terharu dengan layanan emak dia (wlupun emak dia orang bekerja). X pe, next time, insyallah yea. Pastu oleh kerana ada sorang opis mate ajak lunch kat umah baru dia di kajang. So kami pompuan2 yg ada di opis ni pergi bersama2 untk makan2 gitu. Tq Puan Herda (yg tgh bz dgn PhD dia).

Thursday, November 20, 2008

pasu, sambal telorrr dan donnie brasco.

Nun picture pasu yg beli hari selasa hari tu. Tapi bunga2 nyer lon sempat beli dan gubah. Ada gak beli bunga utk pasu hijau tu. Klu pasan lah, ada stick kat tengah2 bunga tu...heheh..sebenar nye mmg nak buat gubahan yg bulat tu..ntah lom tahu lagi aper nama nyer klu gubahan gitu. Tapi sebenarnyer..payah gak nak buatnyer...baper kali aku cuba-cubaan. Akhir da dekat jam 2am...En Hendra suh aku tido da..da lewat tu. Gubahan aku lom menjadi lagi...whuaaa. Lagi satu, aku rasa aku perlu beli pasu color merah hati sebab pasu hijau tu tak sesuai ngan color bunga-bungaan aku tu. Insyallah.

Hheeehh. Nampak sedap atau tidak sambal telo aku tu. Kalau kita nak masak..masa da suntuk...perut da lapar..ayam daging pulak masih keras dalam peti ais. Ahaha...cubalah masak paling simple gitu. Cuma tumis bawangan, cili boh, sedikit garam, air, kicap manis dan masin. Pastu tunggu sambal tu da cantik gitu..masukkan telo satu persatu. Jangan lupa ek..telo tu pecahkan dulu dalam pinggan. Sungguh aku da lama x makan lauk nie. Dulu2 an emak selalu masak lauk nie..sedapppp. So this is my 1st time masak sendiri. Alhamdulilah jadiiiikkk. Haziq bukan main suka makan lauk nie..tapi En Hendra x suka. Nak wat camnakan. But nevermind, lain kali klu aku masak lauk nie..masak sikit jea. Sebab cuma aku dan Haziq jea yg makan.

Erm..malam isnin hari tu aku tgk movie dvd DONNIE BRASCO tu. Punyalah panjang citer tu..dalam 2 jam gitu. Tp awal2 aku da cakap kat En Hendra, citer ni mmg bnyak bercakap jea. Ialah takut dia boring lah pulak. Tapi ok lah...ktorang berdua tgk sampai habis citer tu.
Bg aku lah..cian sungguh kat FBI agent tu, habis jea tugas undercover dia tu, semua mafia pada tahun 1978 tu ditangkap. Dia cuma dapat pingat dan duit 500 dollar dari jabatan polis. Lepas tu dia sekeluarga kena hidup sebagai witness protection sepanjang hidup dia. Sadiskan..juga selama dia jadi undercover agent tu..hidup dia berkeluarga sungguh porak peranda sebab dia amat jarang dapat bersama keluarga dia. Masa dia lebih kepada hidup bersama mafia.
Citer ni ditayang pada tahun 1997..dan penghujung cerita ni di tulis bahawa..until that year mafia mmg bg habuan 500 ribu dollar pada saper2 yg dapat bagi diorang kepala FBI agent tu...pehhh. Sampai camtu sekali kan...

Tuesday, November 18, 2008

Movie dan movie lagi..

Emmm...malam td tgk movie dvd Enchanted. Citer da lama da kan. Tp sajer baru nak tgk. Sebab citer tu sekadar mengisi masa lapang jea...hehehehe.


Lepas tu En Hendra ajak tgk movie DONNIE BRASCO. Tapi masa tu da dekat jam 2 am gitu. Aku perlu tidoooo...hehehe. Aku yg minta dia donlodkan citer nie sebab aku mmg suka tgk citer2 gitu. Citer pasal ni da lama da. Dalam tahun 1997 nyer movie, cuma aku lom kesempatan nak tgk. Lagipun citer ni adalah kisah benar pada tahun 1978 mengenai FBI agen menjadi undercover dan berkawan dgn mafia. Pelakon utama ialah Johnny Depp dan Al Pacino. Malam nie leh tgk lah. Movie tu dalam dua jam lamanyer.

Pagi ni aku pergi keja lambat, sebab nyer singki kat umah dari jam 4.30 am aku rasa duk air terkeluar dari singki tu. Sampai da basah lantai dapur umah aku. So kena tunggu siang2 sikit baru lah En Hendra pi belakang umah, tgk keadaan pembetung tu camna. Itu lah selalunyer masalah duk rumah flat nie, orang atas2 nyer hal, orang kat bawah yg terima akibat nyer. Lepas En Hendra jadi technician pembetung kat belakang umah tu..alhamdulilah ok da singki aku.

Alamak da jam 1.30pm da. Nak pi warta, nak beli pasu...heheheh.
Hari ni last day kerja bg opismate aku Madam Amutha. So jam 3pm nanti ada makan2 farewell utk dia.
Op lupa pulak, semalam Haziq da pandai sebut HIDUNG, GIGI dan ada beberapa perkataan lain. Alhamdulilah da pandai da anak mama tu. Pastu klu dia nak kuar rumah ngan En Hendra, mesti dia cari emak dia nie utk salam dan cium tangan dulu, pastu lambai tgn....baiknyer sikecik tu.
Ok lah..nak pi bangi jap. chow..


Sunday, November 16, 2008

Alhamdulilah lepas dah rindu aku kat parent aku - edit Haziq's storys.

Alhamdulilah da selamat balik KL, kami sekeluarga dari kuala pilah. Memang x de rancang pun nk balik kg malam jumaat tu, tp fikir2 da 5 minggu aku tak balik kg jumpa parent tersayang. Sampai minggu lepas dekat nak tiap2 malam aku mimpi emak dan abah. Hehehe..wlupun En Hendra main usik2 cemburu kat aku pasal keluarga aku dekat je klu aku nak lepaskan rindu. Ah aku mmg gitu, x boleh pisah lama2 ngan parent aku. Dulu pun masa study kat JB pun mmg aku selalu balik kg. Aku mmg anak manja, da x boleh buat aper2 da. heheheheh
Aku mmg tak pernah menghalang sekiranyer En Hendra juga bt sama mcm yg aku buat pada keluarga dia. Buat aper lah aku nak halang2 En Hendra klu dia nak balik jumpa family dia, bila2 pun dia boleh balik. Dari sah nyer aku jadi isteri dia until now, aku tetap tidak pernah menghalang En Hendra buat sama seperti aku. Semoga ALLAH murahkan rezeki kami untuk selalu dapat balik sana..amin ya rabil alamin.

Haziq mmg paling seronok juga dapat balik kg. Apa tak nyer, duk main bola kat laman rumah kg. Main bola lagi dalam rumah. Abah ngan emak aku duk melayan jea sikenit nie main bola. Apa lagi syok sungguh lah dia.
Pagi sabtu tu En Hendra pergi seremban jumpa kawan dia. Abah aku pun pergi seremban gak, tp ada hal lain. So tinggal aku, emak dan Haziq kat umah pagi tu. Adik aku pula mungkin balik kg petang sabtu tu. Macam biasa pagi2 sabtu mesti emak nak pergi pasar utk beli barang keperluan dapur utk seminggu dua. Hanya bila anak2 balik kg jea, emak dapat pi pasar. Bukan abah x boleh hantar emak pergi pasar, tp abah tu asik2 sibuk jea. Klu free pun da petang2, mana ada nyer pasar nak buka sampai petang. So ini 1st time bawa Haziq pergi pasar juga pasar tani. Dah lah stroller aku tak bawa balik kg. Risau gak aku nie, camna nak bawa bakul, camna nak bawa Haziq. Alhamdulilah semua nyer dipermudahkan Allah. Haziq punya lah seronok berjalan2 kat pasar tani. Pastu masa di pasar, mmg kena dukunglah sebab lantai pasar kan basah. Masa on the way balik umah dari pekan tu, Haziq da tertidor dalam kereta. Cian dia, penat sungguh sebab jalan2 kaki sendiri dgn aku pimpin. Penat kaki kecik dia melangkah. Tido dia dalam 2 jam gitu petang tu.
Masa nak balik KL petang ahad td, boleh Haziq tak nak masuk dalam kereta. Dia duk peluk kuat2 emak aku. Siap geleng2 kepala lagi kat aku ngan En Hendra yg da ada dalam kereta. Punya lah syok dia duk kg. Boleh lari sana sini, dia bebas, ialah kawasan besar kan. Cian dia bila da masuk dalam kereta, duduk lah tepi tingkap lambai2 tangan kat emak abah aku sampai hilang dari pandangan mata dia.

Ahah..malam minggu tu kerja aku ialah adjust semula bunga-bungan yg ada dirumah kg. Saja since aku tgh nak menggubah jea nie, aku pun gubah semula 2 pasu bunga yg ada kt rumah kg. Yang syok nyer, ada byk lah juga bunga2 dari kenduri aku dulu yg masih elok disimpan dalam kotak dibilik aku di kg. Aku lah dulu yg simpan bunga2 tu. Klu perasaan lah, aku siap letak pearl kat tangkai bakul gubahan aku tu. Saje nak bg cantik sikit. Pearl tu adalah dari kenduri aku juga, dr kelambu katil pengantin aku. Banyak lagi pictures bunga aku tu kat 2nd blog aku. Sila2 lea tgk klu sudi...

Picture bawah tu adalah antara baju melayu yg aku jahit masa aku belajar menjahit baju melayu lepas grad diploma dulu. Ialah da tak de keja kan, so aku pergi belajar menjahit. Memula dlam sebulan rasanyer aku belajar menjahit baju kurung, baju kebaya dan skirt panjang gitu. Lepas tu dalam sebulan juga kot aku pi belajar jahit baju dan seluar melayu. Sebab aku nie malas cari kerja masa tu, lepas jea aku habis belajar menjahit baju melayu, tuan punya kedai tu offer aku kerja ngan dia sebb masa tu dia x de pembantu. Dua kali aku belajar menjahit tu, dua2 aku belajar di kedai jahit jea. X sampai sebulan aku kerja ngan pakcik tu, sebbnyer aku bosan weh tiap2 hari duk tgk kain satu color jea. Kan baju orang lelaki ni kan secolor jea. So suka2 aku jea berenti, cian pakcik tu. heheheheh. Rasanyer ada dalam 5 helai kot baju melayu nie aku pernah jahit utk abah dan adik lelaki aku. Tapi klu nak jahit seluar baju melayu, ya ammmmpun..byk sgt instructionnyer..penin kepala aku. So aku kurang sikit klu suh jahit seluar..tp klu suh jahit baju melayu...insyallah boleh jea. Tapi sesungguhnyer aku da tinggalkan dunia jahitan nie da lama bangat da. Insyallah ada rezeki lebih, aku nak beli mesin jahit, nak start menjahit semula. Dpat buat utk family pun da cukup rasanyer. Ya ALLAH murahkan rezeki hambamu ini..amin ya rabbil alamin.

Dan merah2 bawah sekali tu adalah bunga telor pelamin aku dan juga kakak aku. Yg syoknyer bunga2 tu aku bt sendiri. Rasanyer total up dalam 100 lebih utk pelamin aku pada tahun 2006 dan 100 lebih pada pelamin kakak aku pada tahun 2000. Bukan aper...klu nak beli rasanyer tak berbaloi. Dah lah mahal..pastu rupanyer aku tak berkenan lansung. Lebih baik aku bt sendiri..sungguh puas hati. Pastu, klu nak dibandingkan harga sebatang bunga telor tu lebih murah dari yg da siap di kedai. Aku nyer bunga pelamin adalah bunga stokin, design aku sendiri tu. Manakala kakak aku punya adalah bunga rose dari kain satin, sama gak design aku sendiri. Aku mmg ambil masa 6 bulan sebelum majlis kenduri utk buat bunga telor tu sikit sendiri.

Friday, November 14, 2008

bosannyer citer max payne nie..

Lepas create 2nd blog malam td, En Hendra ajak tgk movie dvd citer MAX PEYNE. Sebelum ni aku da tahu da citer tu cam kureng jea. So idaklah aku harap En Hendra donlod citer tu. Tetapi, da donlod rupanyer, tgk jea lah malam td tu. Da lah mata aku ni da ngantuk sangat, kena pulak citer tu..aduhai slow nyer. Kesimpulannyer citer itu adalah membosankan!!!!!. Semestinyer saper yg tgk kat cinema, conpem nyesal nyer kan.

2nd blog.

Semalam aku da created new blog for my flowers...hehehe. Rasanyer x nak campurkan personal blog nie dgn bunga-bungaan aku tu. So for those still interested with my 'flowers'. Please visit the link at the side roll title flowersfalling-my 2nd blog. Thank you.

Thursday, November 13, 2008

hati seorang guru..

After lunch td ada meeting department until jam 5pm td. So lepas tu br aku tahu dari En Hendra pasal result UPSR adik dia.

Apa yg aku nak cerita kat sini ialah pengalaman aku masa aku nak ambil UPSR, SRP dan SPM dulu. Memang aku bukan student pandai pun. Aku cuma seorang pelajar perempuan yg tak ada rupa + kulit aku pun gelap (sebab dari aku darjah satu until tingkatan 3, aku perlu berjalan pergi dan balik sekolah dalam lingkungan 2 km utk pergi ketepi jalan dari rumah aku utk menaiki bas. so everyday berjalan di bawah sinar matahari demi utk menuntut ilmu) + kurus. Di rumah pula, cuma ada tv dan radio. Takat video player ni mmg x de pernah nyer aku guna nak menengok2 movie ni. Komputer pulak jauh sekali, masuk UTM dulu lah baru aku kenal aper itu komputer. Tapi im so fine with my ordinary life. Wlupun emak seorang surirumah yg amat sibuk dengan kerja2 rumah kerana dulu2 masa abah memula berniaga mmg emak perlu memasak makanan utk pekerja2 abah setiap hari. Abah pula, sibuk sentiasa, aku mmg jarang rasanyer dapat berbual atau duduk tgk tv bersama abah. Jam 9 pm gitu selalunyer abah da duduk kat meja kerja di rumah. Pastu lepas habis dengan kerja atas meja tu dalam 10 pm atau 10 lebih gitu, abah da tido. Esok2 pulak dalam seawal 4 lebih pagi selalu nyer abah da bangun, sambung kerja2 yg x siap di meja nyer.
So camna dgn aku...aku sendiri perlu pandai urus diri aku dengan pelajaran aku. Alhamdulilah rupa aku tak de lawanyer pun. Biasa2 jea..so sepanjang sekolah,aku leh study smart and hard without any love story.
Masa aku tingkatan 5 aku keluar dari asrama sekolah teknik sebab aku rasa aku x boleh study bila duk asrama. Asyik fikir nak main2 jea. So aku duk rumah lah msa tingkatan 5 tu. Tp still sekolah aku nie lagi jauh dr sekolah sebelum nie. Tapi semua tu tidak menjadi masalah.
Yg paling aku tak boleh lupa ialah, setiap kali aku nak menghadapi exam besar nie, kakak aku mesti balik kg bercuti. Dia amat ambil berat dengan persiapan aku. Masa aku nak UPSR dan SRP, masa tu kakak bersekolah boarding di KL. Dia mesti sentiasa ada disisi aku utk memberi semangat dan peneman ketika aku study. Dia nak aku berjaya sama mcm dia. Alhamdulilah keputusan aku baik. Aku mmg amat berterima kasih dengan apa yg telah dia buat tuk aku.
Lepas SRP aku dapat masuk aliran pure science disekolah lama aku tu. Tp ntah naper aku suka2 mohon utk masuk sekolah teknik. Alhamdulilah aku diterima masuk sekolah tu, tp kakak aku marah2 sungguh kerana bg dia kelas aliran science aku lebih menjanjikan masa depan berbanding dengan sekolah teknik.
Last2 aku terima juga masuk sekolah teknik dan hanya 2 orang perempuan sahaja dlam kelas yg seramai 25 orang tu. Aku ingat lagi juga masa SPM, kakak aku tetap bersama dirumah utk temankan aku study wlupun masa tu dia da study di pusat persediaan pelajar utk keluar negara. She always there for me utk penguat semangat aku.
Bila aku dapat result gred 1 utk spmt, kami sekeluarga gembira. Syukur pada Allah. Yg syok nyer juga, kakak aku juga yg isikan borang tuk permohonan masuk ke U.
Begitu juga yg aku buat utk adik2 lelaki aku ketika diaorang nak menghadapi peperiksaan.

Apa yg aku nak ceritakan disini, wlu bagaimana keluarga kita sekali pun, ILMU tu amat lah penting. Dan cara utk mendapat kan ILMU dan kejayaan itu bukan nyer satu jalan yg mudah. Memang ada orang tidak perlu other support utk berjaya, tp ada orang amat memerlu kan somebody support utk meniti kejayaan. Jgn kata bila semua kakak abang emak abah tak belajar tinggi, kita pun nak ikut sama. Aku pasti di hati mereka tentukan ingin kan kita menjadi seorang yg berjaya.
Juga kerana mereka tak belajar tinggi, mana mungkin kt juga boleh belajar tinggi. Itu adalah anggapan yg salah. Cuba tgk orang tua2 dulu, cuba tgk parent pembesar2 negara. Adakah parent mereka ada degree, adakah parent mereka ada master?. Tak..parent mereka juga adalah orang2 biasa saja. Tp cara pendidikan dan cara pemikiran mereka ialah utk menjadikan anak mereka seorang yg BERJAYA.
Ada orang mmg main2 pun boleh berjaya semasa belajar krn mereka adalah fast learner. Tp ada orang pula mereka perlu berkerja keras utk berjaya kerana mereka adalah medium learner. So jgn kata, tiap2 hari ngadap FACEBOOK, FRIENDSTER, YM dan seangkatan dengan nyer confirm kita ke boleh dapat straight A.
Kerana bila kita satu hari nanti setelah kt berkeluarga, baru kita tahu betapa pentingnyer ILMU tu. Ialah bila umur da tidak mengizinkan kita utk bekerja keras, tp dengan ILMU yg memartabatkan hidup kita, insyallah kita akan jadi senang. Tp jgn lupa ILMU itu bukan setakat dengan adanyer SIJIL, DIPLOMA, DEGREE, MASTER atau PHD. Tp ilmu itu amatlah luas, klu kita rasa diri amat lemah dalam akademik, ada byk lagi cabang ilmu boleh dipelajari. Macam aku sekarang nie ada sedikit ilmu menggubah bunga. Itu pun da boleh menjadi satu cabang rezeki. Aku sendiri mmg tidak pernah memandang rendah pada mereka2 yg tidak masuk Univ, tp ada skill atau ilmu yg boleh mereka gunakan utk mencari rezeki. Itu pun da dikira satu cabang rezeki mereka.

Memang post aku panjang ari ni, sebab gitu gak selalunyer aku consult student2 aku yg malas2 tu. Juga pada anak2 buah aku. Cuma sesama kita ingat mengingati bahawa dengan menuntut apa sajer ilmu, insyallah kita akan berjaya kemudian hari. Tp jgn lupa dalam masa kita menuntut ilmu tu pasti banyak rintangan dan kepayahan yg perlu ditempuhi demi mendapat KEMANISAN seperti yg aku kecapi kini. Alhamdulilah.


Wednesday, November 12, 2008

penjual bunga da aku nie..

Alhamdulilah my 1st customer berpuas hati dengan gubahan bunga yg aku buat. Dan kerana dia yg 1st, aku bg jual harga kawan2 jea. Wlupun sebenarnyer aku tgk kat kedai punya harga semua nyer mesti dekat rm150 gitu.
Da namanyer budak engineering sebelum aku mulakan gubahan tu, aku buat plan dulu. Pastu mmg aku ambil masa sungguh nak siapkan gubahan nie. Ialah kan..aku beli semua bunga yg kawan aku nak nie dan aku sendiri kena gubahkan. Malam td dalam jam 9 lebih aku pelan2 cuba gubah bunga tu. Masa tu En Henda da promise kat aku utk tido kan Haziq. So aku sorang2 jea lah kat bilik komputer menggubah bunga. Tp belum habis kerja aku pun, diaorang da bangun semula. Punya lah Haziq menggeram2 nak pegang bunga2 tu. Pastu last touch up ialah letak kan ranting2. Pastu semua nyer da siap. Alhamdulilah.
Lepas tu aku buat lagi satu gubahan sebab da beli pastu tu siang nyer td. Bunga kat gubahan tu semua nye adalah dari gubahan bunga2 dari masa majlis kawin aku juga kakak aku dulu. HHeeee..recycle gitu... Tapi aku mmg suka gubahan tu, nanti nak beli lagi lah pasu tu. Nak gubah dan letak di rumah kakak aku juga rumah emak abah di kg.

Semalam aku MC sebab kaki belah kanan terseliuh. Kirenyer mmg sakitlah klu nak berjalan, masa bgn pagi tu nk pergi kerja. Lepas Dr bagi MC pagi tu, sempat aku pi beli pasu kecik tu utk letak kat dinding umah - di bilik tidor. Lepas aku makan ubat yg Dr bg, alhamdulilah ada kurang da sikit sakit kat kaki tu, kirenyer da boleh jalan lah.
Ntah, aku tak pasan camna kaki aku leh terseliuh. Yang pasti malam isnin tu masa tgh tgk movie dvd Hancock (tgk kali kedua da, 1st time tgk di cinema), aku rasa mcm sakit jea kaki tu. Ada gak En Hendra tlg sapukan minyak kat situ malam tu.
Siang isnin tu mmg aku penat gak dekat 2 jam, masa lunch hour tu aku round di kedai bunga di warta utk beli barang2 gubahan member aku tu. Pastu malam nyer pulak, ikut En Hendra pi LOW YATT, beli motherboard komputer di rumah yg telah rosak. So kena pusing2 lah kat situ. Akhirnyer aku pun tak tahu dari mana datang nyer kaki aku terseliuh tu. Sebenarnyer hari ni pun masih kaki masih ada sakit2 lagi, buat bosanlah duk umah jea.

Monday, November 10, 2008

huggies lagi dan masak lemak cili api - update

Semalam aku masak LEMAK CILI API ayam dan juga goreng terung berlada. Lama betul aku tak masak lauk dua tu. Alhamdulilah rasa kedua nyer ok kata En Hendra cuma ada sikiiiiiii masin...heheh. Aku ni mmg penakut garam, mmg tak pandai budget baper banyak garam nak letak dalm masakan. Ramai orang mungkin tak tahu yg masak lemak tu mmg tak de guna bawang langsung. Itu mmg cara masakan orang N9. Bahan2 nyer cuma santan 1 kotak, aku guna 14 biji cili api (yg tak pedas tu. tp klu guna cili api kg..mungkin kurang lagi tu bilangannyer), serbuk kunyit (malas nak tumbuk kunyit hidup) juga 2 batang serai yg ditumbuk sedikit.

Hari sabtu ari tu mmg satu hari duk umah jea. Pastu da lepas maghrib baru ktorang keluar nak pi beli barang2 dapur. Pastu tgk2 kat peti surat ada menda kat bawah tu. Free samples dari huggies. Klu x silap diaorang nie hantar free sample adalah dalam 3 bulan lepas kita daftar di web huggies. Jom lah kawan2, pergilah daftar dan mohon for free samples. Lagi diaorang bg free samples pull ups pants saiz M dan L. alhamdulilah.la ni mmg rezeki huggies jea.

Kat bawah TU ialah tuan punya semua huggies tgh tido petang semalam. Sekarang ni Haziq pandaI da cakap seperti ermmpas (kipas), jatuh, cucu (SUSU) dan ada beberapa perkataan lain. Ada yg masih ikut pelat budak2, ada juga yg betul sebutannyer. Tp mmg sekarang nie Haziq mesti ikut semula apa2 jea perkataan akhir bila bercakap dengan dia. Kirenyer dia start meniru sebut perkataan.
Paling latest gigi geraham Haziq da tumbuh 2 batang di bahagian atas kiri dan kanan. Gigi depan pun nampaknyer ada penambahan, tapi masih belum tumbuh sepenuhnyer.
Tak sabar nak tgk rambut Haziq panjanggggggggggg...

Saturday, November 8, 2008

Hari sabtu ni duk umah jea kot.

Ahah, syok kan bila dapat hadiah, wlupun saguhati jea. Tu lah hamper yg aku dapat semalam dari huggies. Haziq sekarang ni mmg da pakai saiz L, tp dapat hadiah huggies ultra tu saiz M. Rugi rasanyer klu Haziq x muat pakai pampers tu, tp lepas dicuba malam td, alhamdulilah masih boleh lagi Haziq pakai huggies ultra saiz M, tp klu pampers yg saiz selalu pakai tu klu pakai saiz M, confirm kecik. Huggies pull up pant tu aku bg beberapa keping kat kakak aku wat testing guna. Ialah mmg dapat pun Haziq juga anak kakak aku pakai pull up pant tu klu utk berjalan2. Lebih mudah penggunaannyer. Klu ok Haziq pakai menda tu, insyallah nanti nak tukar lah pampers utk keluar berjalan2 ke pampers pull up pant nie.

Malam td dalam jam 8 lebih gitu ktorang pi umah kakak kat puchong sebab abang ngah aku ada kat sana. Aku tak pasti lah naper abang aku tu datang KL. Bila da sampai sana rupanyer ada 2 kereta dari kuala pilah datang. Diaorang family abang aku, mak mentua abang dan family kakak ipar abang nak ngantar kuih dan pi kenduri hari ni kat puchong. Patut pun ramai orang, dan anak2 abang aku juga anak2 kakak ipar abang aku ni mmg peminat Haziq. Punya riuh rendah diaorang duk nak main2 ngan Haziq.
Mak mentua abang aku ni mmg ambil tempahan buat kuih2 melayu nie. Rasanyer tak yah citer lah, mmg sedap. Aku dapat bw balik sikit kuih, kakak ipar aku bagi suh bawa balik utk merasa sekali. Ada kuih lepat ubi, kek sarang semut kukus,ermmm satu lagi tu lupa pulak namanyer. Diaorang semua tido umah kenduri tu kecuali family abang aku tido umah kakak aku. Balik dari umah kenduri menghantar kuih ktorang 2 kereta pi makan satay di awan besar.
Masa dalam kereta, aku tanya anak buah aku camna celebrate birthday abah aku ari tu. Dia citer, mcm2 ada makanan kat umah atok malam tu.
"Wahhh syok nyer ada makan2 nie."aku cakap dalam hati.
Ada kek, mee soto, burger dan apa tah lagi aku tak ingat. Alhamdulilah lah semua happy masa sambut birthday abah wlu pun aku sedih sebb x dapat blk minggu tu. Ialah bukan x aku tak nak balik, tp aku penattttt..aku kerja x cuti2 dekat nak 12 hari rasanyer.

Pastu terus balik umah kakak. Lepak2 dan biar Haziq puas2 main ngan sepupu2 dia. Dalam 12 lebih ktorang balik umah. Mmg abang aku suh tido situ jea, diaorang semua nak memain ngan Haziq. Tapi masalahnyer ktorang x de bawa baju aper2 pun. Klu kakak aku cakap awal2, leh gak bawa baju semua. Hari ni kenduri tu, ktorang x pergi pun sebb nak lepak2 kat umah.
Malam tu bila da sampai umah, agenda utama mesti tidokan Haziq. Dalam 1 lebih gitu baru nak tido sikecik tu. Pastu En Hendra sambung repair printer aku dari opis. Bukan aku x nak anta printer tu kat sevices IT, tp masalahnyer diaorang tu x cukup orang. Aku confirm nyer mesti lambattttt printer aku nak di service. Aku rasa dekat nak sebulan printer aku tu rosak. Memula aku biar je tp since next week class da nak mula. Aku mesti banyak nak guna printer, so aku minta En Henda baik kan. Alhamdulilah da ok da.

Lepas tu, bukan nyer tido pun, ktorang sambung tgk movie dvd MAMMA MIA. Ok lah sekali sekala layan citer musical nie, tp yg pasti nyer ex mr james bond tu mmg kelat jea klu nyanyi..lawak jea.

Hari ni patut nyer aku ada jalankan plan projek kecik aku nie. Insyallah klu rajin nanti nak buat lah. Memandang td breaklunch, En Hendra aku gorengkan nasi goreng + lauk sambal ikan sardin yg kakak ipar aku bagi malam td...sedappp. Aku pulak wat lempeng buh telo masa goreng td. Haziq join breaklunch sesama. Aku ikut jea td bila En Hendra suruh masak nasi goreng, aku masak je lah. So petang222222 nanti baru citer pasal dinner malam nie.

Friday, November 7, 2008

Lelepak riang hari jumaat.

Hari ini kerja as a posmen kejap, sebab hantar memo+invition letters pada office Dean of every school. Aku nie da jadi comittee member utk public lecture school of engineering. Public lecture tu insyallah pada 26th nov ni by Tan Sri Lee Lam Thye.
Pastu lepas lunch td, tetiba ada call dr kedai manjaku di bangi. Memula aku tak ingat pun aku ada masuk contest huggies bulan lepas kot. Alhamdulilah aku menang hadiah saguhati. So lepas habis makan td kau pi bangi jap, pi claim hadiah hamper huggies tu. Nanti kat umah aku upload picture hamper....murah rezeki Haziq.

Malam tadi tgk dvd movie citer DEATH RACE 2008. Syok citer camtu, aku mmg suka pun. Citer tu based on movie Death Race sebelum ni. Tapi gila kan, banduan2 kat island prison tu leh di jadi death racer, kirenyer car racing sama cam dalam games komputer. Sampai bunuh2 sekali. Asalnyer race tu kirenyer boleh tgk live kat internet tp kena bayar lah utk tgk 3 stages racing tu. So mmg buat duit sampai million dollar sebab rating tinggi.
Memula ktorang tgk movie dvd MAMMA MIA. En Hendra silap donlod la pulak. Tetiba 14 minit je da habis citer tu. Kirenyer x habis burn lah tu. Memula mmg aku x suka tgk musical movie nie. Ntah, mcm tak syok tgk cerita pastu nyanyi pastu cerita semula. Tp itu lah, lom tgk habis lagi la nie. Citer malam semalam nyer tu x lah syok sgt lakonan KIM BASINGER, while she was out. Citer nyer amat lemah, wlupun cerita nye mcm kejam gitu.

Thursday, November 6, 2008

tomato red, yellow shape and flowers..

Ooo uniknya uniknya uniknya singapura <----tiru cam iklan tv tu..

Hari tu masa masuk s'pore utk berhari raya pada bulan oct ari tu , aku lah yg driving masa tu tp bila da stand still kejap keta, aku sibuk amek gambar sana sini. Boleh tu, heheh sebenarnyer lepas aku terambil gambar kat checkpoint kastam s'pore. Lepas tu baru aku perasaan ada tulis warning kat situ x boleh ambil gambar dan juga bertelefon. Pastu cepat2 simpan kamera.heheh.. Sebab msa kami masuk tu belum peak hour orang balik kerja pada hari kamis petang tu, alhamdulilah urusan semuanyer lancar. Tapi biasalah bila roadtax kereta da renew baru, confirm aku kena turun kereta lepas cop pasport utk update card autopass.

Masa aku pi umah nenek (wajib tido rumh makcik yg mana nenek tinggal klu balik s'pore) ari tu, kat flat tu tgh sibuk2 cat mengecat. Tukang cat tu aku tgk semuanyer orang BAngLA. Dasat diaorang ni kan, mana2 ada jea diaorang kerja. Pakcik aku cakap, every 5 years flat akan di cat baru. Patut pun aku tgk umah lat s'pore ni lelawa jea catnyer, rupanyer selalu dicat semula. Naper lah rumah flat kerajaan kat malaysia tak buat gitu ek?.....

Erm, apa unik nyer makanan kat s'pore ni?. Klu x unik x akanlah ada rancangan uniknyer s'pore. Iyolah tu...den bukan x kisah pun unik atau tidak. Makanan yg pertama tu ialah MEE HOON GORENG MAMAK. Bukan takat mee hoon, ada mee goreng dan juga kew tiow goreng. Fav. aku semestinyer kew tiow goreng. Picture kew tiow tak dpat amek sebab, sesampai menda tu depan aku da syok sgt nak makan, da tak ingat nak ambil gambar pun. Kirenyer mee hoon lah paling kureng suka sebab tu sempat ambil gambar.
Pastu pic kedua tu ialah rojak s'pore, klu x silap aku rojak yg nie orang melayu buat. Tpi klu mamak style klu x silap aku, semua menda nyer warna merah. Tpi rojak mamak atau orang melayu sama2 sedap.
Picture yg no3 dan no4 tu ialah roti perancis di cicah dengan sup tulang daging kambing. Ini mmg fav. bagi saper2 pun yg minat kambing. Aku sampai la nie cannot terima menda tu, takat makan cicah dgn roti tu mmg aku ok jea..sedap. Tapi klu suh makan sum2 tulang tu dan ratah daging2 pada tulang tu, aku cannot terima sebab aku bkn peminat kambing.
Makanan mamak di s'pore mmg semua berwarna merah sebab diaorang letak pewarna merah yg dibenarkan. Tapi pada sapa2 yg pertama kali tgk makanan warna merah nie mesti terkejut nyer. Tp sebenarnyer, rasanyer amatlah sedap. Sama mcm kat sini gak. kedai mamak makanan dia semua nyer sedapkannnnnkannn.

Picture yg memula tu ialah Haziq dgn anak sepupu aku (tuan rumah makanan picture masa raya ari tu). Nama dia Haron dan lahir pada end of feb 08. Tapi tgk lah tu saiz badan cam nak sama ngan Haziq. Ialah hubby cousin aku ni tinggi dan besar orang nyer.
Bawah tu pulak picture nenek aku. Ktorang ramai2 pegi umah cousin aku tu masa raya ari tu. 4 orang tu cousins aku and also my sister. Cousin aku tu, yg sorang tu da kawin da nov 07 ari tu, yg sorang lg tu baru bertunang june 08 dan yg sorang lagi tu masih study. OIT DANIEL BILA NAK TGK LAGI BLOG KAKTEH NIE????...Yg kecik2 tu 3 cicit nenek aku yg paling baru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails