Followers

Friday, October 16, 2009

Best kan esok cuti..

Alhamdulilah sudah masuk hari jumaat...sungguh syok berkali-kali sebab esok cuti dan cuti. Penatkan bekerja. Tapi walau macamana penat pun aku tetap ingin bekerja ingin mencari nafkah sendiri. Sudah-sudah juga apa guna ilmu yang di tuntut bersusah payah sampai migrain kepala aku ini sekiranya tidak di gunakan kejalan yang betul. Tidak akan lah aku nak peram saja ilmu-ilmu itu. Dan aku cukup gembira kerana aku masih mampu berkongsi ilmu indah di kepala aku ini.

Sekarang ini meja masih di gelumangi dengan kertas-kertas jawapan dan seangkatan dengan nya yang juga sedang dahagakan pen merah aku....hik hik. Biasalah tangan aku cuma ada 2. Mana boleh buat semua penandaan serentak. Semestinyer sekejap-kejap aku mesti berenti mengadap komputer kea, basahkan tekak kea or kena bangun dari kerusi untuk ke toilet atau ke mesin fotostat atau ke mesin printer. Pehhh tegang betis aku berjalan pusing sana sini dalam office ini.

Esok belum sampai lagi tapi planning for tomorrow sudah penuh. Aduhai....
Insyallah esok kami akan datang ke office pada waktu petang, ada kerja sikit yang perlu En Hendra bantu aku di situ. Selepas itu kemungkinan kami akan ke jemputan rumah terbuka officemate di Kajang.
Sebelum ke office kami perlu ke kedai tempat kami membeli barang tempohari sebab ada masalah dengan barangan tersebut. Jenuh duk call hp salesman di Sen Heng itu, tapi manjang tidak berjawab sahaja. Mesti lah kami marah sebab barangan tersebut asyik-asyik bermasalah. So hendak atau tidak hendak kami perlu ke sana esok!..

Selamat bercuti sabtu ahad everybody...muahhhh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails