Followers

Tuesday, October 20, 2009

nasi berlemak...


Hehehe..macam tiada kerja pula kan aku ini. Pagi-pagi google gambar nasi lemak sambal sotong.

Bukan apa, start hari jumaat + ahad + isnin + hari ini...tiap-tiap pagi aku breakfast makan nasi lemak. Jangan terkejut pula yea. Sebenarnya since aku mula pregnant lepas memang aku tidak boleh langsung makan nasi lemak. Ntah lah tidak boleh masuk pun bau nasi lemak langsung. So sudah lebih kurang 6 bulan lebih gitu kot aku puasa nasi lemak...lama kan. Cuma baru-baru ini, hari jumaat lepas itu lah....aku cuba-cuba makan nasi lemak. Itu pun aku beli cuma di tempat yang aku selalu beli masa on the way pergi kerja. Aku sudah bosan dengan menu breakfast aku sebenarnya. Tapi lah kan..lepas raya hari itu lah aku betul-betul makan breakfast dengan layannya. Sebelum itu pagi-pagi aku penuh dengan pening-peninga sahaja..so camna hendak makan..kan.
Memang kegemaran aku ialah lauk sambal kerang. Tapi sekarang ini aku tukar-tukar lauk lah, kekadang ambil lauk telur mata, kekadang ambil lauk sotong.

Malam tadi lepas maghrib dan dinner lauk sayur sawi putih juga kerang bakar (tq to En Hendra sebab gigih sekali membakar kerang dirumah) cicah dengan sambal kicap.

Memula ke klinik sebab batuk En Hendra masih belum baik-baik lagi. Lepas itu cadang pula hendak ke klinik lain...aku hendak buat scan. Ermmm...tengok-tengok punyalah ramai orang dalam klinik itu. So tiada kuasa aku hendak menunggu-nunggu. Kami terus ke tesco lagi untuk membeli sedikit barang dapur. Bosan wwehh...asyik-asyik ke tesco..tapi hendak buat macamana kan..hari itu masa beli barang terdapat juga barang-barang yang kehabisan stok masa itu. Hendak atau tidak..perlu juga ke situ lagi..ermmm...

Wokeylah...aku perlu siapkan kerja office dulu....selamat bekerja....



2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

nmpk cedapnyer nasi lemak tu..lama tak pekena la..kalo jumpa yg best ok la, kalo yg buat nasi lemak gitu2 ajer, tak best!!

Ms Haslina said...

ehheeh..itu lah kan...sesekala boleh lah kan makan makanan berlemak...kan

mmg klu da jumpa yg best mesti nak ulang2 makan lagi...besttt..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails