Followers

Friday, October 16, 2009

Setem.

In 1847, Lord Arthur Barring asks a watchmaker to invent a postal stamp. However, an Indian governor laughs because there are some mistakes on the stamp. Lord Arthur Barring got angry and decided to throw away the stamp. 160 years later, Barring’s grandchild, Charles Barring IV, produces the stamp at a press conference, now worth millions of ringgit. Scheming Joe (Afdlin Shauki) and Sid (Rashidi Ishak) want to steal the stamp. However, they are not alone.

Dan aku menonton cerita ini dengan memakan masa 2 hari untuk habiskan the whole movie. Ish ish bukan jalan ceritanya panjang, tapi biasalahkan sekarang ini aku mesti tidur awal..seawal 9 pm atau sebelum jam 10 pm. So manalah dapat hendak habiskan movie itu sampai habis..kan. Walaupun En Hendra and Haziq belum tidur tetapi mereka tetap ikut-ikut aku masuk tidur awal.
Sehati sejiwa sungguh...

Balik ke jalan cerita setem, bagi aku gandingan Rashidi dengan Afdlin kiranya serasilah. Dan juga semua pelakon-pelakon dalam movie itu. Tapi kalau Kabir Bhatia story semestinya menggunakan muka-muka yang sama sahaja. Itu itu sahaja orangnya. Aku rasa sudah tiba En Pengarah itu cuba menukarkan pula ke muka-muka baru..bagi peluang pelakon-pelakon lain pula mencuba nasib bekerja di bawah dia. Bosan juga bila melihat balik-balik muka Que Haidar...balik-balik muka Vanidah Imran dan ada lagi lah muka-muka itu sahaja.
Ermmm...rasanya muka baru bagi filem kali ini ialah Isma Yussof yang berlakon sebagai pendatang haram dari Indonesia.
Lagi juga aku suka benar dengan lakonan Indi Nadarajah sebagai Mani iaitu bekas banduan yang baru keluar dari penjara tetapi sudah merancang mencuri Setem untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah. Dia bergandingan dengan Sathia.

Memang gelak kuat aku masa menonton cerita ini. Banyak aksi lawak sana sini dalam filem ini.
Cuma rasanya ada beberapa adegan yang macam bodoh gitu. Macam tidak kena langsung...seperti adegan Afdlin di tembak. Punyalah banyak kali tembakan di lepas kan. Tapi satu pun tidak kena pada dia. Padahal masa itu dia di kurung dalam bonet kereta dan ditembak di dalam jarak dekat sekali...ish ish..kureng sungguh kan...

Tapi apa-apa hal pun rasanya tidak salah meluangkan masa menonton filem tempatan ini. Di samping menyokong industri, bagi aku filem ini memang boleh membuat orang ketawa...macam aku ketawa...hik hik.

2 comments:

Eliss said...

mesti kena carik vcd pasni ni..mcm best jer..nak gelak jugakkk

Ms Haslina said...

itu lah pasal...layan citer melayu pun bestt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails