Followers

Tuesday, March 31, 2009

makmal tanah

Bosan sungguh aku hari nie. Seharian aku menunggu2 masa free boss department satu nie...tp boss tu bz pulak hari nie. Bukan apa nya...insyallah sepatutnya bermula esok aku sudah jadi warga makmal GEOTEKNIK selama sebulan. Kenapa aku kena ke situ?..Sebabnya aku perlu membuat latihan untuk penjadi pengajar kepada pelajar yang akan mengambil subjek makmal tanah. Lepas habis sebulan..insyallah pulak aku masuk ke makmal JALANRAYA. Memang sekarang ini boss department tu sudah dapat surat permohonan aku tu...dan kerani dia ada telefon aku untuk berjumpa boss tu semalam. Sedia maklum aku sedikit sibuk semalam juga sepanjang petang aku berada di PICC putrajaya. Aku cuba telefon kerani boss kak S pagi tadi, dia kata boss pi putrajaya. Aku cuba telefon lepas lunch, kak S cakap boss pi mesyuarat. Aduhai...nampaknya aku tak boleh lah masuk makmal esok. Kenalah duk dalam office ni lagi. Layan bosaannn...pastu aku bosan jugak dengan tudung merah yang keras yang aku pakai hari ni..sungguh tak suka..dan kalau rajin boleh aku cuba siapkan teaching file untuk semester yang baru habis ini. Insyallah semoga aku rajin.
Aku bukan nya bertukar kerja tapi aku ditukar tempat kerja. Memang aku tidak akan menjadi lecturer pada semester march ni yang akan berlangsung selama 7 minggu. Boss jabatan aku juga Dean school menghantar@menukarkan aku masuk 2 makmal untuk aku training effectively as a sorang-sorang nya lecturer yang boleh mengajar semua testing untuk geoteknik dan pavement. Kalau makmal CIVIL ENG yang lain tu..memang kebanyakkan lecturer boleh mengajar. Lagipun paling banyak testing ialah di makmal geoteknik@tanah. Manakala makmal pavement pula kalau tak silap aku yang biasa student buat dimakmal ialah softening point test, flash point test dan marshall mix design. Selalunya kan, testing ni hanya memerlukan equipment yang kecil sahaja. Oleh itu tidak ramai pelajar boleh membuat testing ini semasa di makmal. Aku teringat masa aku ambil subjek ni masa study dulu. Bila semua lelaki-lelaki (classmate) dah mengerumuni lecturer lab. sudah-sudah aku dan seorang lagi pelajar perempuan langsung tak nampak apa yang berlaku di sebalik diaorang. Terus terang aku cakap...aku memang tidak pernah langsung dapat memegang mana-mana equipment dalam makmal jalanraya ini masa aku study dulu. Alhamdulilah kali ini aku diberi peluang juga dapat jadi pengajar untuk subjek ini.

Aku suka lagu ni..

Bunkface - Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu

dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku




counter and PICC..

Aku mmg rajinnn ambil gambar rating ni kat blog aku. Cantik kan nombor2 yg aku amek. Salah satu nombor2 tu ialah tarikh birthday aku...heheheh. Sungguh macam tak de kerja jea aku ni...kan..kan..

Semalam petang dari jam 2.30 until 5pm gitu aku pi PICC diputrajaya tu. Ada talk utk IPTS mengenai research@penyelidikan yg disampaikan oleh Prof Emeritus Dr. V. Navaratnam. Aku ni mengganti orang lain sebenarnyer. Ada 3 orang termasuk aku pergi mendengar talk tersebut. Picture atas tu cenderahati given utk peserta yg hadir. Pehhh dasatkan talk anjuran dari pihak kerajaan..talk yg tak sampai satu hari pun..tp cenderahati punyalah mahal <-- aku rasalah. Dibawah pula makanan lepas talk tu habis. Aku suka roti jala dan kuah kari ayam tu...sedappp.. Kuih2 pun sedap..cuma mee hoon tu aku tak habis..manis la pulak rasanyer. Cafe disitu mempunyai pemandangan yg sungguh cantik. Nampak tasik2 di putrajaya..ialah kan..PICC ni kan diatas bukit.

Monday, March 30, 2009

story biasa2 jea..

Gambar diatas adalah tidak ada kena mengena dengan post yg aku tulis di bawah....tapi aku suka gambar nie. Gambar kenangan masa mula2 bercinta dengan En Hendra. Saja nak letak picture ni yg diambil pada awal tahun 2005 rasanyer. Masa ni umur aku ialah nak masuk ke 29 tahun pada bulan august nye nanti.

Hari ni mmg syok pi office sebab RELAXXXXXXXXXXX jea. Students tgh mencuti kan diri. Ramai gak yg cuti di office aku hari ni. Sunyi jea...

Ntah aper nak tulis hari ni...ermmm. Memandangkan sabtu ahad baru nie aku dan family bz holiday on the spot..so idak lah membaca berita apa yg terjadi dengan politik negara nie. Yg aku tgk malam td di berita mengenai kawasan bukit selambau ada 15 calon utk bertanding pilihanraya nanti. Terkejut aku dgr berita nie. Apa dan kenapa leh jadi gitu...seingat aku tak pernah jadi gitu selama nie. Pastu di kawasan bukit gantang pulak selain bekas MB perak bertanding juga calon BN ada sorang lagi calon bebas...ermmmm...

Satu perkara lagi..tahniah pada jaguh pecut basikal negara AZIZULHASNI AWANG atas kemenangan pingat perak dalam acara pecut kejohanan dunia semalam di pruszkow Poland. Ini merupa kan pingat pertama pada kejohanan dunia dalam sejarah 50 tahun lumba basikal negara.
Bangga aku dgr berita ini. Tgklah picture dibawah tu..orang nyer kecil jea kan. Tp mampu mengalah kan ramai jaguh2 handalan dunia.













Friday, March 27, 2009

rendang cendawan

Rendang cendawan busut. Ahah..itu lah namanyer lauk kat atas tu. Gembira jea semua orang makan kat umah kg hari tu. Ialah cendawan ni bukan leh dicari2. Ikut rezeki jea lah klu TERJUMPA cendawan nie. Kebetulan abang aku pi tgk paip tangki asrama bocor. Klu tangki namanyer, conpem lah tempat tu atas bukit dan dekat ngan semak. Kebetulan sekarang ni mmg musim hujan petir2 dekat kg aku. Memula masa abang aku naik kesitu dia mmg tak pandang pun area yg cendawan tu tumbuh. So masa 2nd time naik utk repair paip tu..abang terpandang cendawan ni punya lah banyak. So abang pun cabutlah candawan tu..dia pilih yg belum kembang...bukan aper..klu yg da kembang tu..kurang sedap katanyer. Klu nak menarik cendawan ni pun kena ada caranyer...klu tidak..cendawan tu leh putus batangnyer. So abang kata dia teringat petua yg dia pernah dengar...kena sebut BELUT banyak kali masa mencabut...heheheh...supaya batang nyer x putus....heheheheh..
Yang 1st picture tu masa da hari ahad..so cendawan tu da kembang. 2nd picture tu masa hari sabtu..ketika baru dicabut. Cendawan tu dibahagi 2, satu abang bawa balik umah mentua dia dan satu kat umah emak aku. Yg syok nyer...malam minggu tu jugak mak mentua dan kakak ipar aku masak gulai cendawan....pehh..ngam2 azam maghrib ktorang makan malam kat situ. Rasa2 mcm berbuka puasa pulak jadinyer. Tapi mmg rata2 semua orang da lama x makan cendawan ni..kerana menda ni bukan satu benda yg boleh dicari2 atau dibeli gitu2 jea.
Bagi En Hendra pulak..ini pertama kali dia makan cendawan nie...heheh...ok lah..dia sesama suka and join club makan nasi bertambah2 masa tu.
Tapi bagi saper2 yg ada gastrik tu tak digalakkan makan cendawan ni banyakkkk sebab cendawan ni 'angin' gitu..

my NAX tgh berehat..

See the picture above...hik hik..kereta yg kucintai da masuk bengkel. ..whhuuuaaa. Terasa kehilangan sungguh sebab da lama keta ni berbakti dgn aku. Perkara ni berlaku pada hari rabu lepas. Memang going to be a long long time kereta aku akan berada di bengkel. Kerana aper ek..kerana kerosakan enjin..camna enjin leh rosak...kerana ermmm. Susah dan panjang sangat citernyer..cukup aku katakan bahawa aku menerima dgn redha atas ujian ALLAH pada aku. La niea aku drive keta ehsan dari my father...keta picisan abah utk pi wat kerja. Abah pulak drive keta yg lain. Tapi seriously aku mmg cukup hati2 drive keta nie...ialah aku kena jaga kepercayaan yg abah bagi kat aku. Tima kasih pada abah sebab sampai aku da jadi emak orang ni..masih berkorban utk anak2. Semoga ALLAH murahkan dan meredhai semua urusan abah..AMIN..

Monday, March 23, 2009

story Haziq dan shopping di terminal one seremban.

Memangkan anakanda tersayang berada di kampung..aku dan En Hendra bergilir2 call kakak aku bertanyakan khabar berita update dari kg. Kakak aku pun rajin ngantar sms update pasal Haziq..
* Haziq da tido lepas maghrib malam td.
* Haziq terbangun dalam jam 10 pm lebih dan nangis jea...cian emak aku kena dukung dan pujuk Haziq sampai tertidor semula. Masa aku call kakak, terdengar suara Haziq tgh nangis sambil sebut nama baba...mama..Alahai sedih aku dengarnyer..
* Haziq da bangun dalam jam 8 am lebih..minum susu sikit jea...pastu terus main softtoy dan kereta.
* Haziq da tido dalam jam 2 pm lebih td.
Lagi semalam jea Haziq ada dikg..esok aku kembali jumpa dia lepas aku balik kerja lah.

pendrive lama aku 1GB yg da berusia 4 tahun telah menampakkan kelemahan dalam menjalankan tugasnyer..so semalam aku dapat pendrive baru....4GB...alhamdulilah

beli kat pilah jea...sah2 harga di pilah lebih mahal dari KL nyer..tp aku beli gak..hehehe

baju kurung pahang...pertama kali aku beli baju instant nie. ini baju kurung pahang kedua aku. tp dari hari sabtu aku duk mencari baju kurung instant nie..dr pilah x de yg berkenan..lepas tu pi bahau pulak...tak de berkenan gak..in the end jumpa di seremban...ermmm

Wenduuu kat my son..

Walaupun baru tinggal kan Haziq kurang 1 jam di kg semalam...aku da merinduiiii dia. Ini merupakan pertama kali nyer kami tinggalkan Haziq dikg..dgn request by my sister. Memandangkan kakak aku masih on MC di kg bersama anak buah aku tu sekali..so ramai orang sikitlah dirumah kg tu. Lagipun Haziq ada kawan lah...so tidaklah dia main sorang2. Haziq mmg rapat sungguh dgn sepupunyer tu. Sedih2 mmg sedih rasanyer aku ni...tak pernah berpisah lama dgn buah hati aku tu...but emak abah pun nak Haziq tinggal kg. Tapi esok hari selasa kakak aku ada check up di hospital...so di bawakan sekali anak aku tu utk dipulangkan semula. Maknanyer 2 malam lah aku tidor tanpa Haziq..mmg malam td terasa sgt sunyiiii kat umah..whuaaa...Ialah kan...Haziq tu bukan milik aku dan En Hendra saja...tapi dia milik ramaiii lagi...aku pasrah..

Hhahahahhah...cuba tekaaa apa ituuu....????


Memandangkan aku cukup sempoiii hari jumaat lepas...pakai seluar slack lembut hitam + tshirt hitam + kot <---suka hati jea kan...
So hari ni aku pakai cukup kemas ala2 sungguh orang opis2 gitu...hahahah...kurung pahang merah (baju raya tahun 2008)...kirenyer semua nyer merah + pink.

Friday, March 20, 2009

march 08

Padahal nyer lah kan..adalah kerja2 an kena siapkan hari nie. Tp aku leh duk ngadap komputer..sesambil tgk pictures Haziq pada march tahun lepas. Alahai kecik jea dia masa tu...umur dalam 9 bulan gitu. Masa tu Haziq da boleh berjalan sendiri dalam 6 langkah gitu lepas lepaskan tangan dari kerusi atau sofa. Juga masa tu Haziq sgt lah comel dan berisi gitu...Kasut coklat tu adalah kasut pertama Haziq..saiz 1.

Badan macam nak demam da nie..soooo tired...tp x leh amek cuti atau MC sebab byk kerja kena siapkan dulu....whuaaaa whauua..

concorde kuala lumpur.

View dari room1316 hotel concorde..yg building merah tu ialah Saloma Bistro.

Last last week saturday, sunday and monday (7,8 and 9 march 09), aku lepak2 di Hotel Concorde sebelah Hard Rock Cafe tu. Bukan aku yg tidor situ..tp my auntie and uncle yg tido situ. Memang patut nyer aku leh nyelit sekali tido situ..sebab mmg diaorang ajak pung ktorang sekali. Tapi aku yg menolak..sebab aku nak diaorang leh 'honeymoon'. Ialah kebetulan diaorang dtg tanpa anak2 pun. Selalunyer klu ramai2 yg dtg..mmg ktorang join the club tido dan breakfast sekali di hotel the next day.
Aku rasalah aku tak berapa berminat lah hotel nie...bkn aper lah mcm tak de privacy jea as a house guess kat situ. Bayar mahal2 pung tapi tak syok. Sebab nyer klu malam2 di lounge hotel tu..punya lah kuat gila band kat situ menyanyi dan main muzik. So memalam klu nak hantar makcik pakcik aku balik..kena lah lalu tempat bising tu..i dont like it..ok. Tu belum lagi klu malam minggu dan malam cuti umum hari isnin tu. Hotel ni aku tgk da jadi mcam tempat laluan orang dari HRC ke area disko berdekatan hotel tu. Bayangkan lah..aku dan En Hendra dr parking kereta nak naik hotel punyalah ramai orang lalu lalang kat situ. Amenda nyer lah hotel mahal tapi tak de privacy.........ermmm.
Hhhahahh komplin jea kerja nyer aku nie......

Haziq pulak yg syoknyer..wlupun tak tido situ tapi tiap2 hari tu dia dapat mandi bathtub...suka sungguh dia...sampai tak nak kuar dari situ.

Thursday, March 19, 2009

tag dan tag..terima kasih kerana mengeTAG saya...

Memula buat tag dari puan yandarwisy blogspot..tima kasihhh..

Two names you are called that are not your real name:
1. Kakteh called by my family.
2. Mama only by Haziq dan sometimes Aezad (anak buah yg tersilap emak)

Two things you're wearing now:
1. Seluar tidor warna oren cair gitu dan ada gambar beruang kecik2.
2. T-shirt kelabu.


What are 2 of your favorite things to do?
1. Layan movie yg hubby donlod bersama hubby..kekadang hari cuti leh layan sampai 3 movies sekali jalan.
2. ntahh..layan internet..kot

Two things you want very badly at the moment:
1. Aku nak pi kelas ------ ni..tp hubby tak izinkan...whuaaaa
2. Baju kurung or bloues baru.

Two things you ate yesterday:
1. Lunch – aka breakfast - nasi lemak with rendang ayam
2. Dinner – nasi putih with ikan siakap sweet sour and mix vegetables <---- hubby yg masak.

Two favorite holidays:
1. 1st time balik tawau, kg hubby.......seronok dan gembiraaa..
2. .............

Two favorite drinks:
1. Nescafe O
2. Coffee O



2nd tag from ourdreamsoflife blogspot..tima kasihhh kak ina
.....

Do you swear to tell the truth the whole truth and nothing but the truth?
dunno...ha ha ha.

Where were you last night?
lepas dinner..pi Jusco Maluri.

What is today's date?
19 March 2009..

Who was the last person to call you baby/babe?
no one..

When you're at the grocery store do you use the self checkout?
nope

Anyone crushing on you?
en Hendra - darlingku

What is your relationship status?
married

Has anyone ever sang to you?
ermm..adalah kekadang officemate nyanyi kuat2 depan pc..so kirenyer nyanyi to me jugalah kan...hahahah

Has anyone ever given you roses?
dulu..

If you were abandoned in the wilderness, would you survive?
erm...masa masuk palapes tentera laut dulu...pernah gak kena masuk hutan malam2 gelap alone..then cuma berpandukan tali yg telah diikat pada pokok..so followed tali tu until sampai tepi pantai semula...siap kena masuk tempat berlumpur lagi...leh kea itu kategori wilderness...hahahah

Who do you text the most?:
mr student..---text tu sms kan?

How do you make your money?
fully employed

First person to text today?
student jugak

What is your favorite color?
coklat..erm more to earth color..

What color are your eyes?
black

What is a compliment you receive often?
ermmm...bertolak ansur dgn students ...kot


How tall are you?
153cm

Who was the last person to say they loved you and when?
Haziq...salam tangan mama bila nak dimandikan..

Do you like your parents?
of courseeee ...

Do you secretly like someone?
I like everyone

Why did your previous relationship end?
no comment...hahaha

Who was the last person you said you loved on the phone?
anak buah tersayang.

Where is the furthest place you've traveled?
Mekah and Madinah

Which do you prefer, to eat or sleep?
sleep

Do you look more like your mom or your dad!!!
my mom

How long does it take you to shower?
less than 10 mins...hahahah

Can you do splits?
nope!!!aduhai..

Are you flexible?
sememangnyerrr..

What did you do on New Years Eve?
balik kg or duk kat umah jea..sebab public holiday...

Was your mom there?
tgh ada kat puchong ---- umah kakak


Can you speak any other language than English?
ermmm bahasa nogori lah...hahahah.."apo kono eh Jang..tomonung ajo"

What is the last letter of your middle name?
i don't have a middle name

How many hours of sleep did you get last night?
6 hours......sebab Haziq duk main2 atas katil..wlupun mata aku da ngantuk..

Do you wear your seatbelt in the car?
always..da jadi kebiasaan..

Are you scared of flying?
tak kot..rasanyer..

What do you sleep in?
pyjamas

Who was the last person you kissed?
Haziq

Do you like funny people or serious people?
funny

What are you listening to?
berita jam 8

What jewelry do you wear all the time?
a necklace and a bracelet

What do you have planned for tonight?
nak pi cari buah dan kuah rojak di pasaraya dekat umah.

Is the last person you kissed older than you?
nope

Do you prefer friendster or facebook?
Facebook

Do you have a favorite item of clothing?
casual - t shirt+jeans

Do you like messages or comments better?
comments

Last movie you saw in theaters?
ermmm...

Last thing you ate?
nasi goreng..

What was last thing you drank?
nescafe o

Are you happy right now?
macam biasa...tp seronok sikit sebab banyak kerja da siap kat opis..

If you could have one thing right now what would it be?
sama dgn jawapan kak ina ---- to go for a longgg nice vacation with my family

Who makes you happiest right now?
my family

What were you doing at midnight last night?
tidorr pastu terbangun semula..

Are you left handed?
nope

What was for dinner tonight?
da makan da...hubby da gorengkan nasi goreng..tq bang..

What is the last thing you thought about?
nak pi cari buahhhh dan kuah rojak buah..

When is your birthday?
7 august 1976

Do you want to get married & have children one day?
done...with 1 son.


Jemput melayan@cuci mata pictures di kg hubby....

Berhujan-hujanan masa nak pi mandi kat ' tables'

Kat tepi 'tambak' di bandar tawau.

Bersama ipar duai dan anak buah di Balong@Balung

Semesti nyer kena makan sayap@kepak ayam klu pi tawau.

Gorgos@pulut panggang...besar gila dan panjang menda nie...tp kenyang dan sedap..

Major and minor landslide at Bukit Putus on 4 march 09 - update 27 march

UPDATE ABOVE 22 MARCH 09 - SUNDAY

Selama yg aku ingat inilah pertama kali aku tgk teruk sungguh tanah runtuh di perjalanan balik ke kg aku di kuala pilah dr seremban. Boleh dikatakan setiap selekoh ada berlaku tanah runtuh samaada minor jea atau pun major. Masa ni mmg kenderaan berat nak ke kuala pilah kena ikut jalan seremban tampin. Cuma kenderaan ringan jea leh lalu masa tu.

Wednesday, March 18, 2009

panas dgn marking marking paper...

Panas..panas...hangat tul dalam office aku nie..bkan pasal aircond tak sejuk. Aircond baru kan...sejukkkk amat...aku sendiri pun dari pagi td pakai baju sejukk...x minat wehh nak pakai kot company tu...
Yang panasnyer ialah semua orang tgh 'pulunnn' menanda kertas exam. Pastu setiap exam paper hanya diberi masa 3 hari utk menanda dan memberi final mark selepas examination dijalankan. Itu mmg rules dari exam unit. Bayangkan lah bagaimana keadaan kami sekarang nie...klu student sikit ok lah. Tp klu student cecah 200 orang x 4 soalan = 800 jawapan nak di lihat. Bukan satu perkara nak buat dalam masa 3 hari tu. Ada yg kena invilating exam...ada yg sibuk tanda test atau assignment dan kerja2 office yg lain. Macam aku pulak..da lah tak berenti2 kerja dari minggu lepas. Satu paper aku tu da dijalan kan pada hari ahad lepas..tp aku langsung x dapat sentuh pun paper2 tu semua. Sebabnyer aku kena wat itu dan ini...la nie aku tgh tanda test utk fluis laboratory student seramai 50 orang + 9 reports x 6 laboratory testing = 54 reports testing.
Semalam aku da hantar da 2 final results di unit exam. Tinggal lagi 2 lagi final results lom siap. Satu da siap da tadi dan satu tengah buat la nie....ermmmm...

Nak citer lagi..semenjak aku sibuk nie aku tetiba asyik makan chocolate M&M jea..mcm tension gitu...padahal nak diikutkan aku ni bukanlah peminat coklat pung.......aduhhhh.
Lagi semenjak aku sibuk ni aku tgk Haziq mcm da 'jauh' je dari aku...ialah kan...balik2 jea aku da penat...pastu aku tido awal...amat kurang sungguh masa aku bersama dia...cian Haziq..
klu aku nak mesra2 ngan dia pun..nampak dia mcm tak nak jea..merajuk agaknyer..
"maafkan mama yea sayang"

story ahad lepas lepas..8 march 09

Antara aktiviti hari ahad 8 march lepas. Kitaorang pi sunway piramid. Makcik aku mencari sandal baru...dia nak sandal BATA gak...leh gitu. Kat s'pore katanyer sandal BATA lain dari kat malaysia..so...sesambil tu leh jejalan kat SP yg baru ni. Lepas jalan sampai sakit kaki..pakcik aku ajak makan SUBWAY...heheheh..mmg pun aku dan En Hendra x pernah sempatnyer makan kat situ. Pictures kat atas tu belah kanan aku nyer...dan sebelah tu ialah En Hendra nyer. So ada empat jenis semuanyer yg telah di order...iaitu beef, tuna, chicken and turker for me...sila ignore kan picture tangan makcik aku tu..diaorang mmg tak sabar nak makan SUBWAY kat malaysia nie sebab mmg diaorang peminat SUBWAY. Ialah kan...kat s'pore menda tu masih non halal. Bagi aku lah..setelah habis makan, ku fikir2...ermmm idak lah minat sgt aku makan menda ni..sebab makan byk2 da macam loya gitu...bagi aku lah..

Malam tu sebagai penutup utk makan malam, sebab esoknyer makcik pakcik aku nie da nak balik s'pore. Kitaorang pi makan di NAM KAU kg baru. Emrmrmmm i love this place...bg aku makanan nyer sedap....Dan fav aku semesti nyer NASI KAPAU..tu tgk picture kat atas tu. Nasi ni hanya nasi putih + telo mata + daging, kacang buncis (ntah apa campurannyer aku tak tahulah)..tp aku mmg suka lah nasi kapau nie. En Hendra hirup tomyam jea. Semua orang da penatttt sebab sehariannnnn berjalan menemankan makcik pakcik aku nie.
Diaorang ni aku da anggap macam mak abah aku sendiri..sebab masa aku study dulu kat JB mmg diaorang lah yg selalu hantar ambil aku dari skudai nun bawa balik s'pore klu ada cuti. Pastu mmg selalu gak hantar makanan...kekadang klu cuti aku mesti tidur rumah diaorang compare dengan pakcik makcik aku yg lain...so bg aku ini lah masa nyer pulak aku membalas budi mereka klu diaorang datang KL. Makcik aku ni adalah adik emak aku.

OKIESSSS...sambung kerjaaaa semula....

Tuesday, March 17, 2009

mara education fair - pwtc..jaga booth

Haaahhha...wlupun kerja manyak...aku tak kira pung...aku nak update blog gak. Lihat2 lah pictures semua itu...gelap kan..ialah spotlight di booth tu menghala keluar..so semesti nyer gambar semuanyer golap jo...Di tambah dgn muka aku yg da berkilat2 gitu...hik hik..Sempat gak jumpa member lama yg da kerja di tempat lain..En S tu...
Hari ahad lepas 15 march 09 bersamaan ulangtahun ke 8 TAHUN AKU BERKHIDMAT DI SINI...alhamdulilah...

Aku kena wat kerja jaga booth di education fair di PWTC dr jam 9am until 6pm. See...kan aku da kata..aku kerja tak da berenti nyer dari selasa lepas until hari nie...mau tak mengamuk2 da kaki aku ni...asik2 disuruh berdiriiiii jea. Punya lah ramai orang hari tu.tgk lah gambar kat atas tu....dan semesti nyer booth aku pung kena serbu gak. Tidak ku tahu ramai rupanyer da tahu pasal kolej ni..ialah kan...aku bkn biasa wat kerja marketing ni..so dunno lah kan.
Alhamdulilah aku amek LRT utk pi situ...klu tidak...conpem sakit hati jea klu nak parking kereta. Mmg tidak ketahuan pun yg MATTA fair tu buat di PWTC, aku ingat menda tu buat di tempat lain...so keampunan orang sana sini..penuh dalam PWTC tu.........Lagi dgn JEWELERY FAIR..lagi EDUCATION FAIR dan ada beberapa fair lagi....jenuhhhh sungguh...
Masa lunch time tu, aku pi makan di food court di MALL tu dgn member...ermmm...dah lah mahal...RM 6.50 utk sepinggan nasi putih + paprik sotong (alahai sotong dalam tin lah pulak..kecikkkkkk jea...pastu x pedas lah pulak...loya jea tekak aku layan lauk tu).
Nak round2 kat situ pun x sempat sebab x leh tinggalkan booth lelama...cian kat orang lain..diaorang nak makan gak. So sepanjang2 hari tu aku mmg jadi cam orang marketing...BERDIRI sesambil hulur pamplet pada orang lalu lalang...dah hulur lagi..dan terang kan pasal asrama, pinjaman, voucher today, 3 credits, diaorang isi borang dan ulang semula semua aktiviti hingga hampir jam 6pm.......sungguh sakit sakit sungguh kaki aku masa sampai rumah..sampai aku minta Haziq tolong bukakan stokin....ada da gunanyer anak bujang mama nie...

Monday, March 16, 2009

Alhamdulilah minggu ni layan kerja tanda menanda..

Burppp..alhamdulilah...baru habis lunch. Aku baru teringat nak makan sup kaki ayam malam td...alhamdulilah aku pi kantin td...ada rezeki aku. So aku layan kaki ayam dan daun selom dan sedikit gitu sambal ikan bilis+petai...sedappp..JUGAK air tin KACIP FATIMAH orang kampung <--- konon2 utk penambah tenaga yg mmg da kurang sangat da nie...tolongggggg!!!!! Punyalah bawa kamera hari ni pi opis..kononnyer nak upload picture picture an lah..tetapi nyer..kabel tertinggal dirumah. Itu lah pasal..kalut2 jea klu pagi2..saper suh bangun ikut suka hati..lepas tu da kelam kabut. So as a result..x de lah gambar leh masuk kan dalam blog hari nie. Emrmmm..Tapi itu lah kan...aku ni bukan ROBOT atau SUPERGIRL atau pun GABAN.
Dah lah since aku masuk office lepas MC 2 minggu (awal feb 09 - middle feb 09) hari tu aku terus menerus tiada rehat...kerja dan kerja. Klu cuti sabtu ahad pung..ada jea menda kena buat..paling last sabtu ahad baru ni pun aku kena kerja. Cuba2 lah bayangkan..mana lah aku nak cari tenaga nak masukkan dalam badan aku ni utk ganti tenaga yg banyak da hilang tu...Ya ALLAH permudahkan urusan aku ini dan berikan aku kekuatan utk dapat menyiapkan kerja2 aku nie Ya ALLah amin.
TERIMA KASIHHHHHHHHH so much to MY En Hendra sebab amat membantu dan memahami diri aku yg ditekan oleh kerja yg banyak sekarang nie.
Pictuce dibawah tiada kena mengena dgn entry ini..tppp nak letak jugakkk...

Hari ni dan until hari rabu aku leh lah menyiapkan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa kerja2 tanda menanda paper final exam juga paper test 1 juga assignments juga laboratory repoat yg tinggi nyer timbun menimbun disana sini atas meja aku, key in markah lepas tu dan klu rajin lah...klu rajin lah <--- kena taip 2 kali sebab amat jarang aku rajin lah---- aku leh siapkan sikit2 teaching file semester nie.
Wokey lah nak sambung kerja...

---cian kat kaki aku..meraung2 minta jgn lah aku berjalan2 atau berdiri2 lagi..sakit..sebab penat..---

Thursday, March 12, 2009

masih gelupuran dgn kerja office...

Bzzz dan bzzz...Semalam pun tak dapat update blog. Hari ni pulak..da macam apa ntah...wat kerja sampai 7.15pm kat office...punch out jam 7.30pm gitu. Alhamdulilah..aku mampu siapkan kerja utk hari ni..walaupun penin kepala aku dgn 'kerenah' officemate jugak students......pagi2 aku da tinggi suara dalam exam hall...tension aku dgn perangai si india nyer, si kulit hitam nyer, si China nyer jugak budak melayu sekali......degil ya ampun...meniru...bercakap kiri kanan...bawa toyol...berderet2 asik pi toilet jea....Nak atau x nak aku tabah kan diri jalan kan tanggungjawab aku dari jam 8.30am until 12.15noon. Rasa macam nak bergegar lutut aku ni dalam exam hall...ialah students ada dalam lebih kurang dekat 200 orang...yg jaganyer 5 orang termasuk akulah. Kena pulak chief hari ni..'orang lama'...so everything slow jea lah. Itu aku x kisah lahkan..tp sorang ni..dah lah baru...bawa2 lah ringan mulut bertanya aper nak buat dalam exam hall tu. Ini tak..dia leh layan kepala dia sendiri jea...ke buta ke mata dia tgk aku, mr K and ms AF mcm da x cukup kaki bagi kertas klu student sana sini angkat tangan minta extra paper. Belum lagi ktorang kena jadi 'statue' sebb budak2 yg x geti senyap...asik nak toleh kawan sebelah..asik nak usha kerta kawan sebelah...ALLAHUAKBAR...aku lelama naik berangin jugak dengan perempuan tu. Aku tahu lah dulu kat luar dia tu engineer...tp bila masuk jadi lecturer belajar2 lah rendahkan diri...jgn anggap ktorang yg ada kat situ mcm kerani kau jea!!!!!!!!!
Apa lah jadi kat opis aku nie sekarang nie...bertambah2 orang yg gitu gitu....hik hik..asik komplen jea aku ni...minta maaf lah yea perempuan tuuu..
Sepanjang petang mmg kerja aku layan schedule presentation utk sepanjang jumaat esok..
Wokeylah...nak sambung rehat...ponek amek da nie...
Da lah hari sabtu ni kerja...hari ahad kena pi education fair diPWTC jaga booth kliuc..hik hik..
kerjaaaaaaaaaa jea....

Tuesday, March 10, 2009

syokkk sungguh klu makan2 time..

Layan kedai mamak di seremban pada hari rabu lepas..punya lah lapar masa tu. Selesai urusan petang tu terus pi kedai yg ada dekat2 situ. Alhamdulilah..lovely makanan kat situ. Ada lagi lauk yg kuah-kuahan jea..tak sempat aku amek gambar sebab da lapar bangat masa tu..jam 4 lebih baru nak lunch...ermmm.. Nasi putih aku punyer dan nasi beriani utk En Hendra. Makan beralas daun pisang gitu. Kari dia pun semuanyer sedap2 belaka.
Yg syok nyer lagi leh pekerja kat situ amek Haziq dan bawa suh pilih maruku di kaunter depan. Maruku tu ada 4 jenis..kata diaorang Haziq pandai memilih pulak tu. Ditunjuk maruku pertama dia geleng kepala...sampai lah ditunjuk maruku keempat barulah Haziq nganguk kepala...So diaorang bg lah free sikit maruku letak dalam plastic kat Haziq.

Picture pi kenduri pada hari ahad lepas di pandan. Yg kawin ni kirenyer anak buah pakcik aku. Pastu mmg ramai lah orang s'pore masa kat kenduri tu. Tapi lauk2 nyer kureng sedap. Yang leh layan ialah ROJAK BUAH, KUIH LOPEZ, RENDANG DAGING dan BUBUR PULU HITAM. Lepas balik dr kenduri..terus pakcik aku suh pi layan ABC..sebab panas sungguh hari ahad tu. Ramai2 kami pi minum ABC di JJ Maluri. Pastu lepas bincang2...ktorang pi SUNWAY PYRAMID...utk jejalan. Pictures kat situ nenanti lah masukkan dalam blog....sakit kaki tul jalan2 kat situ..punyalah besar SP ni lepas renovated.

Malam sebelum pi kenduri dan lepas bermalasan di hotel...jugak lepas kaki sakit tul sebab layan pi Jalan TAR..teman kan makcik aku beli tudung pesen cam EKIN tu utk diri sendri dan utk makcik2 aku yg lain di s'pore tu. Berhujan2 betul petang dan malam ahad tu.
Kitaorang dinner di restoran BIG MAMA di kg baru. How i love makan kat situ..satu sebab portion makanan mmg saiz besar dan makanan nyer sedap..Pakcik aku layan fries jea. Makcik aku makan kew tiow hailam. Aku nyer nasi goreng dan sotong goreng tepung <----sedapppp...puas hati tul.. Dan En Hendra punya ialah mee kung fu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails