Followers

Tuesday, March 31, 2009

makmal tanah

Bosan sungguh aku hari nie. Seharian aku menunggu2 masa free boss department satu nie...tp boss tu bz pulak hari nie. Bukan apa nya...insyallah sepatutnya bermula esok aku sudah jadi warga makmal GEOTEKNIK selama sebulan. Kenapa aku kena ke situ?..Sebabnya aku perlu membuat latihan untuk penjadi pengajar kepada pelajar yang akan mengambil subjek makmal tanah. Lepas habis sebulan..insyallah pulak aku masuk ke makmal JALANRAYA. Memang sekarang ini boss department tu sudah dapat surat permohonan aku tu...dan kerani dia ada telefon aku untuk berjumpa boss tu semalam. Sedia maklum aku sedikit sibuk semalam juga sepanjang petang aku berada di PICC putrajaya. Aku cuba telefon kerani boss kak S pagi tadi, dia kata boss pi putrajaya. Aku cuba telefon lepas lunch, kak S cakap boss pi mesyuarat. Aduhai...nampaknya aku tak boleh lah masuk makmal esok. Kenalah duk dalam office ni lagi. Layan bosaannn...pastu aku bosan jugak dengan tudung merah yang keras yang aku pakai hari ni..sungguh tak suka..dan kalau rajin boleh aku cuba siapkan teaching file untuk semester yang baru habis ini. Insyallah semoga aku rajin.
Aku bukan nya bertukar kerja tapi aku ditukar tempat kerja. Memang aku tidak akan menjadi lecturer pada semester march ni yang akan berlangsung selama 7 minggu. Boss jabatan aku juga Dean school menghantar@menukarkan aku masuk 2 makmal untuk aku training effectively as a sorang-sorang nya lecturer yang boleh mengajar semua testing untuk geoteknik dan pavement. Kalau makmal CIVIL ENG yang lain tu..memang kebanyakkan lecturer boleh mengajar. Lagipun paling banyak testing ialah di makmal geoteknik@tanah. Manakala makmal pavement pula kalau tak silap aku yang biasa student buat dimakmal ialah softening point test, flash point test dan marshall mix design. Selalunya kan, testing ni hanya memerlukan equipment yang kecil sahaja. Oleh itu tidak ramai pelajar boleh membuat testing ini semasa di makmal. Aku teringat masa aku ambil subjek ni masa study dulu. Bila semua lelaki-lelaki (classmate) dah mengerumuni lecturer lab. sudah-sudah aku dan seorang lagi pelajar perempuan langsung tak nampak apa yang berlaku di sebalik diaorang. Terus terang aku cakap...aku memang tidak pernah langsung dapat memegang mana-mana equipment dalam makmal jalanraya ini masa aku study dulu. Alhamdulilah kali ini aku diberi peluang juga dapat jadi pengajar untuk subjek ini.

Aku suka lagu ni..

Bunkface - Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu

dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails