Followers

Monday, July 12, 2010

Pavillion again....nope.. I'm sorry

Hari ini aku masih layan batuk lagi. Allahuakbar. Tidaklah batuk sentiasa cuma sekala sekala tekak gatal..aku batuk sampai termuntah sekali.
Teringat zaman pregnant kalau part muntah ini.
So tadi aku tidak dapat mengajar sepenuh masa. Ialah asal 15 - 20 minit mesti aku ke toilet..batuk sungguh sampai muntah sikit..lepas itu sumbat gula dalam mulut.
Bayangkan bagaimana aku hendak bercakap dengan gula dalam mulut dan dengan batuk selang seli gitu. Terpaksa habis kelas awal.
Aduhai macamana aku hendak mengajar kelas jam 2pm nanti.

Sabtu 10 July 2010
As stated di post aku pada hari Sabtu lepas aku dan hubby menonton movie di Pavillion. Rupanya ramalan aku tidak benar belaka, seriusly aku tidak akan mahu lagi menonton wayang disitu. I dont like it.


Tengoklah punya pack macam sardin orang beratur beli tiket. Masa itu dalam jam 1pm aku rasa. Aku hendak menonton untuk jam 1.50pm. Tengok-tengok tempat masa dikaunter, semuanya sudah penuh. Hendak atau tidak terpaksa duduk row 3 dari depan belah tepi. Bayangkan...mengong kejap pandangan mata masa mula-mula layan movie layan-layan macam Predators itu. Aduhai..
Hendak tengok jam selepas itu pun sama juga packnya...until tayangan 4pm semuanya tinggal belah depan sahaja.
Lepas itu masa hendak beli pop corn pun pack gila orang beratur. Sudahnya kami menonton dengan telan air liur sahaja.
Tapi aku lepas dendam beli juga pop corn masa sudah habis menonton.
Erm..tiada indahnya aku hendak pergi Pavillion lagi. Bosan weh...lagipun aku bukan kaki hendak makan menda mahal-mahal itu. Beli pun tidak barang disitu. Dan tidak juga aku kaki Coach ke dan seangkatan dengannya.

Berdua-dua, rasa macam zaman cinta cinta pula. Tapi still cinta cinta lagi bezanya cuma anak sudah ada 2 orang.

Hubby mood swing sikit lepas habis tengok wayang, sebab kena rushing pergi ambil anak di Klang. Haifa asyik menangis sahaja.

Aku..sempoiii sahaja. 
Macam pelancong dari Kuala Pilah.

Bukit Bintang

8 comments:

Ina Hashim said...

ughh...ramainyaaa orggg...kalo akak kompem dah angkat kaki g tmpt lain...nyam2 sedap lak popcorn tuh

Ms Haslina said...

mmg ramai ramai sungguh..rimas rimas gitu..

tulah..lepas dendam makan caremel pop corn

leeds said...

tengok wayang kat pavilion ke, klcc ke, midvalley, semua sama je, kalau weekends memang ramai org, kalau saye selalu beli siap2 kat online, tak payah beratur, seat boleh pilih :)

Ms Haslina said...

hi leed..mesti seronok dgn sweet journey..

sebenarnyer da lama sungguh2 x tgk movie..dulu masa bcinta pun layan movie malam sahaja...
itulah mulanya mcm jadi tak jadi nak tgk wayang...mcm last minute gak lah...

anyway thank 4 the tips...

akuzle ayu said...

salam, tuan umah....

babs pelancong dr kuala pilah tuh mmg sy ske... klakau abeh...ehehehe

nk tgk movie tompek yg x der org? kt bkt raja or summit usj laa x packed...tp kureng glemerlah nk banding ngan pavilion or mid balley tuh.....

Ms Haslina said...

salam kembali...hikhik...sajo je tu..MBO ampang dekat umah nie pun mmg x de org..saja nak merasa tgk movie di situ..x sangka pack sungguh..cukup sekalilah pg situ....

hikhik..den mmg org pilah pun...dan mmg den jonis gitu....

El-Zaffril said...

Akak... muka senyum sikit

Ms Haslina said...

dik zaff - muka da penat dan muka akan penat fikir nak rushing ke klang lepas itu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails