Followers

Tuesday, July 27, 2010

Pos laju si oren

Bergaya hero aku ini

Citer hari tu kan. Aku jatuh cinta sekali lagi...dengan beglah pulak..kan. X pea...pelan pelan kayuh..insyallah ada rezeki mesti jadi milik aku juga nanti...amin.

Semalam aku ambil cuti emergency. Asalnya memang hendak berehat dirumah..then dalam tengahari aku pergi di Pejabat Pos berdekatan rumah sahaja.
Mungkin sebab sudah dapat gaji..maka ramai yang membayar duit order.
Alhamdulilah..syukur pada Allah.

Aku ingin bercerita mengenai pos laju. Rasanya tidak semua orang tahu mengenai hal ini. Aku pun asal-asal zero pasal hal ini.
Semalam itu, aku terpaksa mencari dan mencari pejabat pos mana yang ada service pos laju sampul surat plastic.
Bukan apa...kerana bukan semua pejabat pos menyediakan service itu.
Aku sudah beberapa kali terpaksa beli sampul surat yang ada plastic gelembung udara untuk masukkan barang yang aku hendak pos  kerana sampul surat oren tu tak ada.
Payah sungguh...
Then aku call pejabat pos dekat rumah aku bertanya perihal si oren ini. Baru aku tahu yang diaorang pun dapat si oren ini dengan ehsan gitu dari pejabat pos bhg pos laju. Cam gitulah yang aku faham masa talking talking dengan diaorang.
Pulakkk..kan...macamana jadi gitu?.
Dan diaorang suh aku pergi center pos laju di Shamelin.
Makanya aku pergi dengan berkobar..kerana katanya aku akan dapat semua oren oren yang aku perlukan.
Sampai disana, kerani tu story dengan aku yang mereka mereka yang berdaftar sebagai syarikat di SSM juga kemudian berdaftar dengan mereka..then baru dapat oren oren itu dengan sebanyak yang dikehendaki.
Memang pun si oren itu memang free pun.
Barulah aku faham...kenapa baru-baru ini di new paper ada kuar story ramaiiiiii peniaga online tidak berdaftar dengan SSM.
Antara sebabnya ialah...termasuk mengenai service di POS LAJU CENTRE. Saling kait mengait.
Ialah kan, sudahlah limited edition si oren pada selected pejabat pos untuk mereka yang menggunakan pos laju untuk hal peribadi.
Tetiba orang cam aku main langgar je...guna delimited edition untuk tujuan tidak peribadi.
Ermmm..terasa bersalah kejap.
Insyallah nanti aku hendak mendaftar business online aku ini. Banyak kelebihan yang akan dapat di POS LAJU CENTRE ini. Maksudnya kelebihan aku mendapat si oren dengan seberapa banyak mengikut permintaanlah.
Kalau tidak silap aku hanya RM70 pendaftaran lesen company di SSM untuk jangka masa 1 tahun.
Dan akhirnya aku tidak mengganggu hak orang lain dan hak SATU MALAYSIA.
Insyallah.

Pos Laju Centre di Shamelin. Location tempat ini dekat kawasan kilang gitu. 
service baek punya

Macam contoh picture diatas. 2 parcel bersaiz kecil...maka sampul surat plastic pos laju pun saiz comel.

Ini COD..pick up place depan office aku jea. Plastic main rembat jea. Tapi sekarang aku sudah beli beg plastic comel sikit untuk COD customer...hehehe

14 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah..makin berjaya! syabas! ^_^ tahniah..

ohho..begitu adanya,,,kite pun taktau gak hal2 tu..

maidatul said...

erm boleh la beli untuk raya nanti handbeg tu...^_^

oya said...

beli online ek...
teringin nk beli online

Ms Haslina said...

mamalieyna - alhamdulilah...syukurrr..
mmg pun byk sgt konsepnyer pos laju nie...

akma - itulah..klu ada rezeki...
semoga dipermudahkan...amin

Ms Haslina said...

mihara - mari lah membeli di FB akak...

Ms Haslina said...

thank travel....

Ayla Johan said...

Salam,

Mana nak dapat parcel bag yang besar lagi daripada apa yang Pos Laju provide?

Ms Haslina said...

salam juani - minta maaf..saya pun tak tahu..mmg guna yg ada di pejabat pos jea...

Anonymous said...

samalah kita pun duk cari sampul pos laju oren nih...tapi xtau plak mcm tu sbb masa kita di sandakan dulu, kerani pos siap tanya mahu guna sampul oren ke tidak...skrg sudah tukar cara ker?

Ms Haslina said...

anony - still guna lagi sampul oren lagi. cuma kalau barang@parcel besar perlu balut dengan kertas minyak sahaja.

PPL Enterprise said...

Salam, maaf mencelah.. Saya menjual plastik poslaju plain (tiada corak), mempunyai poket, dan mempunyai cellophane tape dengan harga paling murah.. untuk sebarang pertanyaan boleh like page saya di (http://www.facebook.com/pages/Plastik-Poslaju/184935751536717) atau emelkan sebarang pertanyaan di plastikposlaju@gmail.com

Terima kasih.. :)

Ms Haslina said...

tq dear for the info.

Unknown said...

Salam, nk tny, klu kite rgster, dpt sampul tu free kan? so postage caj lg murah or same je?

Ms Haslina said...

pipi lala,
a'ah. itulah yg pihak pos laju beritahu. hanya yg berdaftar dgn SSM dan POS LAJU CENTER mendapat sampul plastic oren percuma.
postage rate rasanya sama seperti biasa. tiada diskaun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails