Followers

Saturday, May 29, 2010

Iklan menghina agama Islam dipasang di bas New York

Kenapalah agama di jadikan sesuatu benda yang boleh dijual beli?

Di New York (27 Mei 2010-Utusan online) iklan-iklan tertera soalan anti-Islam yang dipasang di lebih 30 buah bas di bandar raya itu yang telah menimbulkan kekecohan dan kritikan di kalangan penganut Islam yang menyifatkannya sebagai menghina agama.

Soalan yang dipaparkan pada iklan itu adalah, 'Mahu meninggalkan Islam?', 'Fatwa di atas kepala anda?', 'Adakah keluarga mengancam anda?'.

Iklan tersebut merujuk kepada sebuah laman web dipanggil RefugefromIslam.com, yang menawarkan maklumat kepada mana-mana penganut Islam yang mahu meninggalkan agama itu tetapi segelintir umat Islam menyifatkan iklan itu sebagai agenda anti-Islam.

Pamela Geller, yang mengetuai organisasi dikenali sebagai Stop Islamization of America berkata, iklan tersebut dibuat bertujuan menyediakan sumber kepada penganut Islam yang takut meninggalkan kepercayaan mereka.
"Ia bukan satu tindakan menyakiti penganut Islam, ia adalah kebebasan beragama.
"Ia juga tidak menyasarkan golongan yang mengamalkan Islam. Iklan itu tidak mengatakan 'tinggalkan' tetapi 'meninggalkan' disusuli tanda soal." katanya.
Geller berkata, iklan itu dibeli pada harga AS$8,000 (RM28,000), yang mendapat sumbangan daripada pembaca blognya, Atlas Shrugs dan laman-laman web lain.

Iklan yang sama turut dipasang di beberapa buah bas di Miami dan menurut Gellar, pembelian iklan sedang dirancang untuk bandar-bandar lain.
Jurucakap Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) Kevin Ortiz berkata, iklan Geller telah diteliti dan tidak mencabul garis panduan agensinya.
Katanya, semua iklan yang dipasang telah menjalani proses saringan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails