Sekadar gambar hiasan
Pejam celik pejam celik sudah hari Jumaat kan. Seperti biasa aku terasa kepenatan 5 hari bekerja. Aduhai demi mencari rezeki...kan. Lagi 2 minggu semester March ini akan habis. Tapi kemunculan semester nanti menakutkan juga. Sebabnya mungkin aku kena mengajar berlebih-lebih gitu. Maknanya sampai terpaksa claim untuk extra subject itu. Semoga ALLAH sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan yang baik pada aku...amin.
Semalam semasa aku ke Serdang, aku terfikir satu perkara ini yang memang sudah lama aku berfikir dan belum dapat jawapannya lagi. Apakah warganegara seorang anak yang baru lahir di Malaysia sekiranya ibunya adalah warganegara asing?. Maksudnya ibunya bukan rakyat Malaysialah. Hatta aku bertanya begitu kerana, ada seorang kawan hubby orang Sabahlah. Dia berkawin dengan rakyat Indonesia. Dan perempuan itu masih mempunya IC merah lagi. Jadinya bila anak dia lahir di Hospital Sg. Buluh. Terus-terus budak itu juga jadi warganegara Indonesia. Ermmm...bagaimana itu ya?
Baru-baru ini aku perasan mengenai kerajaan Malaysia ada menyatakan sekiranya seseorang rakyat Malaysia itu yang melahirkan anak diluar negara. Maka anaknya itu masih boleh menjadi rakyat Malaysia dengan syarat dia mendaftarkan kelahiran anaknya disini dalam satu jangka masa yang ditetapkan.
Dulu-dulu pula, emak aku memang masih warganegara Singapura. Juga semasa melahirkan kami adik beradik aku yang lain until tahun 1983 emak masih rakyat Singapura. Setelah tahun 1984 barulah emak menukar kerakyatan. Walhal kami semua tetap diberi taraf rakyat Malaysia.Bukan emak tidak mahu jadi rakyat Malaysia. Cuma emak lebih selesa kekal as a Singaporean dengan alasan semua keluarga emak hatta sehingga kini masih dinegara seberang tambak itu. Manakala abang aku yang dua orang itu yang sah sah lahir di Singapore juga selamat menjadi rakyat Malaysia tanpa berbuat apa-apa masalah besar pun.
Cumanya abang nombor 2 aku memang ada masalah dalam membuat pasport antarabangsa ini. Since pasport Biru dimansuhkan. Abang Ngah aku langsung tidak dapat balik kesana. Semasa arwah nenek dan arwah makcik aku sakit tenat, abang dapat masuk ke sana dengan hanya menggunakan pasport kecemasan hatta cuma boleh penggunaan keluar masuk sekali sahaja. Itupun abang mendapat pasport itu setelah berkeras dengan pegawai di Imigresen itu. Ialah...dari Seremban, abang disuruh pergi ke Putrajaya. Disana pun tidak selesai masalahnya, balik semula abang ke Seremban. Last last abang benganglah sebab ditolak sana sini. Dan dan akhirnya barulah diberi membuat pasport, tapi cuma untuk tujuan kecemasan. Sebab masa itu memang kedua arwah kesayangan aku itu sedang sakit tenat. Punyalah payahkan.
In the end now..abang ngah aku itu tidak boleh membuat pasport langsung. Alasannya abang tidak dapat menunjukkan surat yang menyatakan bagaimana dia bolah menjadi rakyat Malaysia. Emak kata, surat itu memang ada...tapi, sudah lamakan. Surat itu entah letak di mana entah. Sudah 44 tahun abang aku itu lahir.
Manakala abang long aku pula memang tidak ada masalah. Sebabnya dia sedia ada pasport antarabangsa semasa pasport biru ada digunakan lagi. Pulak...kan. So macamana sebenarnya masalah ini. Kasihan pada Angah yang langsung tidak dapat balik S'pore lagi. Dia pun sekarang ini memang sudah malas untuk berurusan dengan pihak Imigresen.
So sekarang ini aku jadi keliru. Bagaimana taraf kerakyatan sebenarnya didapati..dari kerakyatan ibu atau dari bapa?
Ada siapa dapat memberi pandangan?
6 comments:
herm..permasaalahan yg besar kan..! ikut kerakyatan si ibu or si ayah?..herm..still thinking..
itulah kan...
emm peliknya. bukan ke kita kena ikut kerakyatan ayah? emmm.....
oo confirm ke begitu?
hmmm pening kepala gak...
sememangnyer..banyak condition byk problem..penyelesaian tiada...
Post a Comment