Followers

Friday, May 7, 2010

minggu ini melayan testing Marshall Mix Design di Makmal Pavement.

Gambar Marshall cakes yang telah siap. Juga mesin untuk ujian Marshall Stability and Flow.

Aduhai penat sungguh aku minggu ini melayan testing Marshall Mix Design di Makmal Pavement. Sepatutnya mula tahun lepas lagi aku perlu berada di Lab. sepanjang students membuat ujian, tapi itulah kan, aku pregnant kan masa itu. So memang aku serahkan bulat-bulat kerja di Lab. pada technician. Terima kasih pada En Hamidi, En Ibrahim, En Zawawi dan En X <-- aku lupa namanya. Sebab dia orang memang best. Mereka semua ini memang orang lama sudah dalam bidang ini...pakar gitu.

Aku ini memang malas hendak pakai proper entire kalau masuk Lab. Aku layan sahaja baju kurung dengan heel aku. Sungguh tidak sesuaikan. Memang sudah siap disediakan safety boot dan jacket untuk mereka yang mengajar subject Lab. ini. Tapi itulah, tidak kuasa rasanya hendak melayan boot yang berat itu.
Fikir-fikir next time aku rasa aku memang perlu pakai seluar slack bersama t-shirt company dan sport shoes yang santai gitu kalau aku perlu pergi Lab. Barulah rasa safety sikit kan. Ada juga alasan pakai sempoi pergi office. Best lah pula...kan.

Hari Rabu itu, aku kena stay 2 jam di Lab. dan pada hari Selasa sebelumnya ialah 2 jam lebih. Penat juga sebab perlu berdiri sepanjang masa dengan  kePANASan yang tinggi juga. Siap meleleh-leleh peluh lagi. Paling panas ialah semasa menggoreng aggregates until suhu 100 lebih kemudian di campur dengan bitumen until dan goreng lagi until suhu yang dikehendaki. Jangan tidak percaya ya, memang memang goreng menggunakan kuali dan sudip. Kiranya juga lagi untuk complete kan testing ini aku perlu masa selama 6 jam termasuk membuat pengiraan dan graf sekali. Pehhh..


Ini adalah picture complete marshall cakes sample dengan campuran aggregates bersaiz 20mm, 10mm,quarry dust, cement dan bitumen untuk WC20@wearing coarse sesuai dan lulus dengan semua ujian yang akan dijalankan. Juga in the end after completed calculation and graf maka akan mendapat value untuk optimum bitumen@asphalt binder content. Selepas itu semua values dari 6 graf tadi perlu di bandingkan dengan graf standard dari JKR. Sekiranya values yang ada berada di luar standard maka mixture design tadi perlu dibuat semula dengan menggunakan design yang lain.
Memang patut pun ramai member di department tidak mahu mengajar Lab. Tengok sendiri betapa bagaimananya kerja di Lab. Berzaman-zaman aku mengajar menda ini.

5 comments:

EEZOR said...

akum..

awk bleh tak saya nak tanya pasal marshall test?

Ms Haslina said...

boleh...insyallah saya boleh jawab..

Anonymous said...

salam...saya nak tanya pasal buat sampel untuk marshall test..boleh x?

Ms Haslina said...

salam kembali. in sha ALLAH. nak tanya pasal yang mana satu yea.

sitikhadijah said...

ehhh! terkejut nya ct tgk puan nye blog! ;D
ct pon de blog jugak ms :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails