Followers

Saturday, May 29, 2010

Makan makan time.


Pagi Jumaat semalam, aku memang tidak ada idea apa pun untuk masak breakfast. Bagi aku sesuatu yang simple dan mudah untuk dimakan. So aku masak nasi goreng dan mee hoon goreng. Lauknya ialah telor dadar sahaja. Memandangkan nasi lebih dari malam tadinya cukup untuk makan seorang sahaja, sebab itu aku top up dengan mee hoon goreng yang sedikit sahaja tinggalnya juga.

Lihatlah sempoi gila nasi goreng aku itu. 
Setakat tumis bawang merah putih, ikan bilis, kiub ayam, cili api potong, serbuk kunyit dan kicap. Sodap jo makan panas-panas.
Memangkan aku memang kurangkan makan gula. Maka aku bancuhkan teh o panas segelas untuk hubby sahaja. Bagi aku macam biasa milo o + susu tepung.
Burppp..alhamdulilah.

Spaghetti Bolognese (beef)

Kerana mengikut officemate untuk beli barang dapur di Mydin Putrajaya, hendak tidak hendak, aku layan makan itu. Walaupun azalinya aku tidak memang tidak makan heavy lunch selalunya. Sungguh tidak habis pun, banyak betul portion nya. RM 10 sahaja.
Sila-sila makan di Secret Recipe berdekatan Mydin itu, sebab layanan memang tip top. 


Hari Isnin lepas aku layan ice cream dengan roti. Ice cream biasa-biasa jual naik motor lalu depan rumah itu je. Kan aku tengah tension penat lepas layan siapkan order brecelet masa itu. So lepas geramlah makan manis-manis. ish ish ish...1st time makan gitu dan aku suka rotinya...tebal dan lemak. RM 1 sahaja.


Hari Khamis lepas cadang hendak lunch mee hoon sup.Tapi bila sampai di kedai di PKNS Bangi itu, seram pula aku tengok portion mee sup dan segala mee yang bersup semuanya besar-besar bagai. Takut aku hendak makan dibuatnya. Survey lain, aku pillih makan roti jala sahaja. Best gak, kuah karinya panas-panas gitu. Harga RM 1.60 sahaja.

2 comments:

El-Zaffril said...

Kak Haslina... terima kasih follow saya... saya follow kamu juga yer... anyway... ade certain entry memang takleh komen ye

Ms Haslina said...

ok dik...tq
saja pilih no komen pd post sharing knowledge...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails