Followers

Wednesday, May 12, 2010

Tidak faham sungguh aku dibuatnya dengan orang-orang yang berfikiran macam itu.

My precious juga.

Memang nampak sangat perubahan kehidupan kami sekeluarga semenjak Haifa Cassandra lahir. Sungguh dia pembawa rezeki yang ALLAH janjikan pada kami. Syukur alhamdulilah.
Contohnya..hikhik..sila lihat betapa suburnya pokok bunga aku itu. Siap batang serai yang di cucuk di situ pun sudah tumbuh tunasnya. Itu belum lagi tengok kayu yang dicucuk disebelah pokok bunga aku itu. Hatta asalnya memang guna untuk menggemburkan tanah. Kiranya kayu mati sahaja itu. Tapi aku tengok baru-baru ini, kayu itupun sudah bertunas..sudah..subur bagai semuanya. Rezeki ALLAH. Padahal nya memang asalnya aku ini tangan besi sungguh..tanam apa sahaja mesti mati. Walaupun hari-hari aku siram..gemburkan tanah bagai.
Oleh itu aku sungguh tidak boleh terima bila ada pasangan suami isteri yang sanggup gugurkan anak ataupun tidak mahu anak lagi dengan alasan finacial belum stabil. Allahuakbar...sudah tertulis bahawa anak yang lahir itu sudah tertulis rezekinya. Lepas itu apahal kau hendak buat undang-undang sendiri pula!!!!!
Belajarlah meredhai dengan segala ujian ALLAH...apa yang hendak ditakutkan lagi dengan duit yang kononnya tidak cukup itu.
Tidak faham sungguh aku dibuatnya dengan orang-orang yang berfikiran macam itu.

Anak bujang aku yang biasa sangat tidur sambil tv tengok dia.

8 comments:

Ina Hashim said...

betul lin...itulah namanya rezeki anak...

hemmm...tahun depan leh tambah sorang lagi ye

Ms Haslina said...

hikhikhik..alhamdulilah..insyallah klu ada rezeki kak..
;))

mamaarifakeemaisy said...

anak pembawa rezeki! stp kali dikurniakan anak baru..pasti ada rezeki yg datang! mmg mslh betul orng2 yang berfikiran sebaliknya tu!

*kita nak anak lg, tp lom ada rezeki ^_^

maidatul said...

betul3 rezeki Allah berada dimana-mana selagi kita memohon dariNYA...Akma kalau boleh nak anak berderet2...bahagia sekali tapi apapun semua ALLAH yg tentukan...

Ms Haslina said...

amin utk mamalieyna...moga dipermudahkan utk dapat baby lagi..

mmg kita pun x leh terima bila ada org berfikiran kolot begitu...

Ms Haslina said...

betul tu akma...akak pun berniat begitu..berkeinginan utk dapat anak ramai...

semoga allah perkenankan doa kita...amin

aliaaroslan said...

rezeki anak takde sapa yg boleh predict.

Ms Haslina said...

sungguh betul itu cik julie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails