Followers

Wednesday, May 19, 2010

I just fall in love with the SOUP!!!!

Sebelum kuah sup di curahkan

Selepas kuah merendam mee hoon.

Lately ini aku suka sangat makan mee hoon sup. Samada sup daging atau sup ayam. Kiranya hari-hari hendak makan menda itu. Mulanya malam sabtu lepaslah. Aku usha cakap pada hubby, minta belikan mee hoon sup dekat satu kedai ini. Memang tidak pernah mencuba pun makan sup-sup disitu. Kiranya pertama kalilah. Kali pertama beli itu sungguh sedap menjilat jarilah. Tapi kali kedua beli kureng sedaplah pula, sebab orang lain yang tukang mencampurkan kicap bagai pada mee hoon itu. So the next next day lagi, terus hubby tidak mahu belikan lagi. Errrmmmmm.
Murah sahaja mee hoon itu, RM4.00 ke RM4.50 sahaja. Boleh makan 3 orang lagi, aku, hubby dan Haziq sekali. Banyak sungguh portion nya.
Semalam pula aku cuba mee hoon sup daging di kantin office aku. Sedap dan portion banyak gilos juga. Daging tidak payah kiralah....banyak sekali. Harga RM 3 sahaja.
Hari itu aku cuba makan mee hoon sup daging di Ani Sup Utara itu. Errrmmm...sudahlah mee hoonnya sikit. Daging boleh kira...sayur langsung tiada ada.
Cukup sekalilah aku makan disitu...i dont like it.
Sekarang ini tengah tunggu tunggu hendak makan sup ekor atau sup tulang....ermmmmm mesti sedap. Cuma masa sahaja yang belum ada untuk pergi makan menda itu.
Or payah-payah mungkin cuba masak dirumah sahaja.


Frozen begedel ini kakak aku yang bagi hari itu. Memang besarlah sebiji begedelnya. Selalu aku cuma goreng 2 biji sahaja. Rasanya sedap dan isinya padat. Aku pun belek-beleklah, dari mana datangnya menda ini. Ooo rupanya product dari Singapore. Mungkin kakak aku beli masa balik S'pore baru-baru ini.

Hik hik, malam semalam, hubby yang sediakan semua itu. Dalam jam 9 pm lebih kot. Memandangkan rumah kami tiada coffee table so layan dengan meja belajar Haziq sahajalah. Aku masa itu sedang sibuk membuat blog baru untuk handmade yang aku buat iaitu gelang, brooch, handphone keychain and keychain. Jemput datang ya...jamu-jamu mata dan kalau berminat boleh beli sekalilah. Ada lagi beberapa handmade yang sudah siap, tapi tiada kesempatan untuk dipamerkan di situ.
myrainbowbeads.blogspot.com

Malam semalam itu, kebetulan anak-anak tidur awal. Dekat jam 8 pm, dua-dua sudah terlelap. So aku dan hubby berdinnerlah berdua sahaja didepan tv. Tapinya dalam jam 11 pm lebih gitu, diaorang bangun semulalah. Dan tidur kembali dalam jam 1 am.

7 comments:

maidatul said...

memang best pun akak mee hoon sup...akma selalu gi Jalan Duta cari mee hoon sup kat sana memang best ar...byk mee hoon dan dagingnya...rega pun cuma rm3.50 puas makan...

Ina Hashim said...

lin,

sebenarnya, sangatla elok makan sup2 nih compared to mkn nasik...mmg healthy

haslina said...

akma ~ ooo yea kea...leh cuba gak nie...harga pun murah ek...tq

kak ina ~ itulah kak...tgh ketagih sup lah la nie..moga dapat turunkan sikit2 kecomelan yg ada nie...

dayna said...

salam kenal kak, i folow nak add kawan..masih baru kak..TQ..anyway i like soup..

Ms Haslina said...

salam kenal pd dayna juga...samalah kita suka sup...

tq too

velasrizal said...

memang sedpa masakan ni..buat ku rasa lapar lak..

Sinopsis Filem Menculik Miyabi !

Ms Haslina said...

rizal...klu tgh lapar..dapat makan sup panas2 mmg sodap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails