Followers

Sunday, May 16, 2010

Khidmat ramah dan pantas celcom kajang...tahniah gitu.

Semestinya semua sedia maklum dengan kekecewaan negara dalam perlawanan untuk merebut Piala Thomas hari Jumaat lepas. Bak kata Dato' Chong Wei dia akui yang dia hilang tumpuan ketika perlawanan menentang Lin Dan malam itu. Tetapi lagi katanya, permainan Lin Dan sebenarnya hanya seperti biasa sahaja, tiada yang outstanding pun. Mungkin ramai beranggap yang kekalahan CW disebabkan LD nampak sangat menguasai permainan. Alasannya hanya dia yang bermasalah ketika bemain itu...terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya semasa itu dan ia membuatkan dia hilang fokus. Hatta juga dia meminta maaf pada seluruh rakyat Malaysia diatas kekalahan pasukan negara dan bersedia menanggung segala akibat dari kekalahan itu.
Tumpang simpati pada peminat di stadium yang memberi sepenuh tumpuan dalam menyokong misi negara. Tentu diaorang lebih kecewa...kan.
Aku sendiri, bila CW sudah kalah....aku terus tutup tv dan buat kerja lain. Memang sudah tidak sanggup melihat kekalahan negara malam itu.
Keempunan lagi negara untuk mendakap piala.


Cerita pagi Jumaat lepas, aku ke Celcom branch di Kajang. Yup itu sahaja yang terdekat dengan office aku. Driving dalam kurang 5 minit dari situ pula bolehlah pergi makan satay Kajang sekali. Tapi tidaklah aku makan satay pagi-pagi itu...kan.
Hatta ada 2 problem penyebab mengapa aku memaksa diri untuk ke situ. Bosan sungguh sebenarnya. Sampai di sana tidak sempat duduk terus nombor aku dipanggil. Tidak lama pun urusan berlangsung dan selesai.

Sudah masuk sebulan rasanya aku telah menukarkan plan celcom lama ke celcom CE 20. Semua berjalan lancar. Cuma aku ralat mengenai deposit RM150 aku yang tidak di transfer pun ke plan baru aku itu. Deposit ini kalau tidak silap aku sudah berusia 9 tahun. Ialah pertama kali aku apply guna celcom ialah pada tahun 2001. Sebenarnya lagilah, plan baru ini tidak mempunyi deposit...so aku anggap duit itu serta merta menjadi pembayar bil aku. Rupanya tidaklah pula. Bila masalah itu tidak selesai. hubby cuba menelefon operator celcom sekali lagi untuk bertanya mengenainyai. Sudah-sudah lain pula jawapan kali itu dari jawapan panggilan yang dibuat sebelum sebelum dulu. Asal katanya begitulah, deposit itu akan direct bertukar menjadi duit untuk membayar bil.
Hatta cerita sebelumnya bila aku mendapat bil, aku lihat deposit masih kekal begitu dan jumlah bil aku jadi tertunggak pula. Tidak pernah zaman bil aku jadi tertunggak sebelum ini.
Kali ini jawapannya katanya deposit itu cuma boleh diambil sekiranya aku terminate nombor aku itu. Gilo apo orang itu cakap suka-suka hati dalam phone gitu. Last last hubby malas hendak dengar rapekkan tidak munasabah itu. Diletakkan telefon terus.

Sebenarnya penyelesaiannya pendek sahaja, aku cuma perlu membuat request untuk mengambil deposit itu di kaunter celcom. Dan memang boleh deposit itu diambil tetapi tidaklah duit itu pergi ketangan aku. Cumanya aku boleh mohon menukarkan duit deposit itu untuk membayar bil. Alhamdulilah...done. Kan mudah kalau orang-orang yang menjadi service operator celcom ini baca betul-betul undang-undang yang digunakan pakai. Ini tidak....main sedap gigi jawap soalan customer. Last last aku juga yang kena pergi celcom 2, 3 kali. Padahal kalau diterangkan dengan betul pada mulanya. Masa aku menukar plan mungkin masalah ini sudah dapat diselesaikan.

Lepas selesai di kaunter celcom itu, aku baru tahu yang ada khidmat service@setting handphone free di celcom rupanya. Aku pun ambil kesempatan untuk setting kembali MMS aku yang bermasalah. Alhamdulilah..akhirnya semuanya okies. Aku cukup gembira lepas itu...ialahkan beban masalah celcom dan mms aku sudah selesai.
Apa-apa hal aku cukup puji technician dan kerani di kaunter yang bertugas pada hari itu. Sungguh friendly dan cekap dalam membuat kerja...tahniah beb..

4 comments:

Cikgu Yang said...

Salam!!! Kadang2 apa saja perkara memerlukan pengorbanan kita... itulah masalahnya.. kita nih sentiasa sibuk saja.. ramai orang kadang membiarkan saja perkara2 demikian.. jadi disitulah keuntungan yang mereka dapat..percuma saja..Tahniahlah dapat menyelesaikannya dengan baik.

Ms Haslina said...

salam kembali...itulah kak..wlu pun sibuk mana..kalau kita sentiasa displain...insyallah semua dpt diselesaikan...

Mia Liana said...

Salam... nak britau mia dah tag haslina... Cuba klik ni...http://mialianas.blogspot.com/2010/05/contest-senyuman-paling-menawan.html

Ms Haslina said...

Mia ~ okies...nanti saya ambil...thank you...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails