Followers

Thursday, May 13, 2010

Pedas gitu and new bangle.

Hari Isnin baru ini, hubby masak tomyam. Yup hubby yang masakkan. Tq so much to him. Asalnya memang hubby langsung tidak tahu masak....zero. Hatta semenjak aku pregnant kan Haziq dulu, aku memang mabuk sentiasa sahaja manalagi muntahnya. Maka dengan ikhlas rasanya lahkan, hubby pelan-pelan belajar masak. Setiap masa dia bersms dengan adiknya Dewi di Tawau semata-mata untuk tanya cara masak step by step gitu. Dari bahan-bahan masak until cara memasak. Alhamdulilah..sedap juga masakkan hubby. Itu cerita dulu, tapi sekarang ini kalau dia masak...terasa lebih sedap dari aku gitu. Terutama nasi beriani, nasi ayam, mee goreng mamak, sup ayam dan ada lagi 2, 3 masakan. Semua pakai rempah sendiri sahaja tiada guna rempah segera itu.

Mulanya masa makan malam itu aku makan nasi sikit sahaja. Tapi disebabkan sungguh kesedapan layan tomyam...maka aku layan sekali dengan mee hoon pula. Aduhai sedapnya. Masa makan nasi itu, layan sekali dengan telor dadar. Hatta macam rasa makan di kedai gitu. Patut pun ramai chef terkenal adalah orang lelaki....kan


Itu ialah bangle dan brooch yang telah siap hari itu lagi. Tiada kesempatan untuk mengambil gambar masa itu. Fikir-fikir aku lebih suka pakai bangle itu dari pakai bracelet. Sebab ia lebih terletak dan tidak bergerak-gerak. Bangle itu berwarna purple. Brooch itu juga memang untuk dijual. Masih juga belum sempat untuk dibawa ke office.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails