Followers

Monday, May 10, 2010

Seawal jam 8am, acara masak memasak sudah dimulakan

Aku dan Haziq melayan cendol petang Sabtu lepas di Kuala Pilah. Kongsi-kongsi minum.

Ketam masak cina. Goreng dahulu ketam bersama kunyit dan garam.

Burung puyuh masak lemak cili api bersama terung kg.

Sayur campur.

Udang masak sambal.

Kari kambing.

Rendang ayam kg.

Hari Sabtu lepas abah ada membuat makan-makan untuk 3 family yang menyewa di rumah sewa abah di Kuala Pilah. Kebetulan aku balik kg, so dapatlah membantu emak, kakak ipar dan anak buah aku yang sudah anak dara itu menyediakan juadah yang banyak bagai itu. Seawal jam 8am, acara masak memasak sudah dimulakan. Alhamdulilah, dalam jam 12 lebih semuanya sudah selamat dimasak. Itu belum lagi abah mengopek kelapa juga mesin kelapa sekali. Tidak pasti dari jam berapa operasi abah bersama kelapa-kelapa tersebut. Mungkin lebih 5 buah kelapa semuanya...rasanyalah. Tukang masak semestinya emak dan kakak ipar aku. Aku dan anak buah cuma pembantu dapur sahaja.
Habis sahaja family yang last balik, kami berempat pergi ke pekan, dengan agenda minum cendol..lovely.
Sila jangan terkejut dengan juadah yang banyak bagai itu. Memang abah aku begitu, kalau menjamu makan dirumah untuk orang..makan biar lebih...jangan terkurang...aka bersedekahlah juga.

Dalam jam 10 malamnya pula, hubby tiba dari KL untuk membawa kami balik keKL. Masukkan barang-barang dalam kereta dan kami terus gerak. Selalunya jarang singgah RnR, tapi malam tadi hubby macam lapar pula. So aku dan hubby pilih untuk makan mee sahaja. Ermm..terasa macam pelik pula bila orang pandang-pandang masa aku dan hubby duk tengok makanan disitu.
Apa agaknya dalam fikiran mereka melihat aku mendukung Haifa dan hubby pula sedang mendukung Haziq yang sedang enak tidur?.
Just wondering.
Sampai rumah sudah jam 12 lebih, anak-anak sudah lena tidur. Aku pula sibuk kemas barang-barang dan masukkan lauk dalam peti ais. Sempat juga layan movie diTV3 dengan hubby. Jam 2am aku sudah pengsan...ngantuk sungguh...kaki pula lenguh sebab sibuk sangat siangnya.
Gilos sungguh kan...malam Sabtu itu tidur jam 1am..manakala paginya bangun 6.30am ..tidur pula suka-suka jam 2am pada malam Ahadnya.
Hendak buat macamana..sudah begitu rutin aku since ada Haifa. Walaupun tidur tidak menentu...aku happy sahaja.



5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

uuui sedapnya semua makanan ituw! ^_^

Ms Haslina said...

sememangnyer...amek nasi sikit je masa makan tu...yg lain penuh dgn lauk jea...
puas hati...

aliaaroslan said...

sedapnya! nangis tengok

Ms Haslina said...

itulah kan tgk da nangis..kami yg makan tu menangis2 perut minta ampun...

;))

OneSue said...

sedap nyer ketam tu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails