Followers

Friday, May 28, 2010

Negara boleh bankrap jika teruskan subsidi - OMG

Memang aku terkejut baca berita hari ini di Utusan online. Aku rasa ramai orang lain yang membaca hal ini pun mesti terkejut. Bagi aku ini kali kedua aku dengar pasal hal ini. Kali pertama ialah dari ulasan seorang Prof. di TV1. Dia pun membangkitkan hal ini.

Dari pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa Malaysia mungkin menjadi sebuah negara bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi sekiranya dasar pemberian subsidi masa kini tidak dimansuhkan.

Ini kerana hutang negara katanya dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.
Sehubungan itu, Makmal Rasionalisasi Subsidi mencadangkan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan pemberian subsidi bagi mengukuhkan kedudukan ekonominya agar lebih berdaya saing.
"Kemajuan negara bergantung pada keupayaan mewujudkan inovasi dan pelaburan yang telus tanpa pemberian subsidi kepada rakyatnya.
"Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi adalah antara salah satu aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan. Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di sini hari ini.

Makmal Rasionalisasi Subsidi itu diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai langkah kerajaan untuk memansuhkan pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.
Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Ia melibatkan perbelanjaan subsidi untuk sosial (RM42.8 bilion), bahan api (RM23.5 bilion), infrastruktur (RM4.6 bilion) dan makanan (RM3.1 bilion).

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan berakhir 2009 melibatkan peningkatan 11 peratus.
"Ia hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD Switzerland.
''Pemberian subsidi kerajaan bermakna ia melibatkan defisit bajet dan peningkatan hutang kerajaan yang semakin meningkat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Idris berkata, pemberian subsidi juga mempunyai kesan negatif kerana ia turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi walaupun sasarannya untuk membantu orang miskin. 
Aku sokong part ini, sebab sebaiknya pembahagian hendaklah dibezakan mengikut taraf hidup. Sekiranya ini dapat dijalankan dengan adil, mungkin next time pemberian subsidi mungkin tidak akan membebnkan kerajaan Malaysia.


''Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia telah diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini meliputi soal pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak serta elaun kebajikan," katanya.
Menurut Idris, kerajaan dalam cadangan pelaksanaan pemansuhan subsidi itu, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails