Followers

Friday, May 28, 2010

Bala guna Internet cari duit cara mudah.

Pada sesiapa yang memang hobi menggunakan aplikasi LUCAH di internet, sila-silalah berhenti melakukannya. Memanglah dari segi ISLAM terang-terang sudah berdosa...kan.

Menurut Kosmo online hari ini di Klang, seorang kerani bank yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajul setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman web http://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.
Dia melakukan kesalahan itu di Aras 1, Jabatan Kawalselia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang pada pukul 5 petang, 10 Jun tahun lepas.

Tajul didakwa mengikut Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM, Badius Zaman Ahmad bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam berikutan kes itu telah menyumbang kepada statistik kesalahan jenayah seksual.
Beliau berkata, Tajul yang merupakan individu pertama didakwa mengikut akta itu telah mengaut keuntungan secara haram dengan menyalahgunakan Internet untuk membekalkan perisian lucah bagi tujuan komersial atau dijual.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails