Sabtu malam
Malam minggu lepas jam dalam jam 5 pm rasanya baru aku lunch + dinner sekali dengan nasi goreng free dari infoday di office aku. Kenyang lama juga until kemalam gitu perut aku penuh dengan nasi. Tetiba dalam jam 11 malam lebih kot, aku terasa teringin benar hendak makan telor dadar yang dicampur dengan daun sup, cili padi dan hirisan ketam ball. Memang biasa juga aku masak begitu. Disebabkan tension dengan kepenatan kerja 6 hari seminggu, aku layan makan dengan minum air nescafe yang sudah berzaman aku tidak minum since pregnant hari itu lagi. Alhamdulilah puas hati sungguh.
Tapi tidaklah habis pun semua dalam pinggan itu, pi simpan dalam peti ais sudahnya.
Ahad
Manakala hari Ahad, pagi-pagi lepas makan sarapan popia otak-otak, aku minta pada hubby...aku hendak cuti masak. Aku hendak balas tidur yang tidak pernahnya cukup lately ini. So aku minta hubby pergi beli lauk pauk juga nasi sekali di lori jual lauk berdekatan station Petronas Pandan Indah. Memang sedap makanan disitu. Dan seperti aku pernah cakap dulu, kalau orang lelaki yang beli disitu...confirm makcik-makcik Indon itu bagi murahnya. So lihatlah dibawah ini...5 jenis lauk dan 3 bungkus nasi...semuanya hanya RM19 sahaja....murah kan. Nasinya pula memang untuk 2 orang makan satu bungkus...banyak gila.
Semua lauk pauk itu siap makan until dinner sekali...banyakkkkkkkkkk.
Kalau akulah yang pergi beli...ntahlah berapa harganya.
Daging masak kicap..banyak dagingnya
Tempe sambal campur...aku punya
Daging goreng kunyit
Sayur kacang
Kegemaran hubby.
Menjelang petang, kami sekeluarga pergi ke Tesco pula untuk membeli sayur mayur dan ayam. Punyalah panas cuaca masa itu.
Hubby siap beli ayam 2 ekor terus. Selalunya memang beli seekor sahaja, sebab tahan seminggu untuk makan. Tapi lately ini sudah berkali-kali kami terlepas membeli ayam..asyik-asyik habis sahaja.
Hubby siap beli ayam 2 ekor terus. Selalunya memang beli seekor sahaja, sebab tahan seminggu untuk makan. Tapi lately ini sudah berkali-kali kami terlepas membeli ayam..asyik-asyik habis sahaja.
With my queen
Malam tadi, aku pulun buat gelang sebabnya, runner aku sms minta gelang banyak-banyak. Ada permintaan dari customer dia. Alhamdulilah alhamdulilah.
Aku sempat buat 11 gelang dari jam 8 malam until 1am gitu.
Insyallah petang ini kalau siap semuanya lagi aku perlu ke Pejabat Pos...perlu pos semua barang-barnag itu.
Aku MC hari ini...
Aku sempat buat 11 gelang dari jam 8 malam until 1am gitu.
Insyallah petang ini kalau siap semuanya lagi aku perlu ke Pejabat Pos...perlu pos semua barang-barnag itu.
Aku MC hari ini...
2 comments:
klik2..beware the flue..ada mastercards..wah2 syoknya kalu bole shopping selalu...takper cuti memasak sesekali..
itulah..tired sgt...semua kena cuti..
Post a Comment