Followers

Sunday, May 23, 2010

Shahir Juara AF8 Pilihan Selebriti!

Sabtu Mei 22, 2010
mSTAR online.

SHAHIR
RAMAI kalangan peminat Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) sudah mula berteka-teki tentang siapakah juara pilihan masing-masing.
Ada yang mahukan Adira sebagai juara mereka, tidak kurang juga Shahir. Bagaimana pula dengan Maulana, Daus atau Iwan?
ADIRA
Bagaimanapun pengetua AF8, Norman Abdul Halim menjangkakan Adira dan Shahir bakal memberikan saingan sengit untuk bergelar juara pada malam ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
MAULANA
Namun begitu, ketika soalan ..."Siapakah peserta AF8 yang bakal bergelar juara?" diajukan kepada pembaca-pembaca mStar Online, rata-rata memilih Daus yang mendapat 44.9 peratus, diikuti oleh Shahir 27, Adira 12.5, Iwan 12.1 dan Maulana 3.5.
DAUS
Apa pun, semuanya bergantung kepada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan keputusan berada di hujung jari penonton.
IWAN
Undian boleh berubah-ubah jika mengambil kira faktor peserta kegemaran di kalangan pengundi termasuk kelab peminat (FC) dan persembahan yang menonjol di kalangan peserta.
Mungkin juga soalannya kini, bukan siapa yang akan jadi Juara AF8, tapi lebih tepat rezeki siapa?

APA KATA SELEBRITI/PERSONALITI
Atilia:
“Saya jarang menonton AF8 tetapi saya rasa Adira akan bergelar juara.”
Farhan AF4:
“Saya pilih Maulana sebab dia ada kualiti, lain daripada yang lain, berbakat dan boleh menyanyi.”
Intan Ladyana:
“Saya pilih Daus sebagai juara AF8.”
Linda Jasmine:
“Mula-mula saya nampak Adira ada potensi untuk bergelar juara dan saya agak dia akan jadi pilihan orang ramai tetapi sekarang masing-masing menunjukkan peningkatan dan kekuatan masing-masing.”
Rozita Che Wan:
“Saya suka suara Shahir dan mestilah saya nak dia yang menjadi juara. Selain itu, dia mempunyai pakej yang lengkap. Dia juga bernasib baik sebab lagu baru yang dia akan nyanyikan semasa konsert akhir nanti sangat best.”
Akim AF7:
“Kalau dilihat dari segi semangat, persembahan dan peningkatan, saya rasa Daus layak untuk bergelar juara. Bukan sahaja menghiburkan malah dia juga sering memberikan idea kreatif dalam sesetengah persembahannya.”
Meet Uncle Hussain:
“Suara Maulana cukup bagus. Dia boleh pergi jauh kalau ada penyusun lagu atau produser yang boleh menolongnya.”
Edry KRU:
“Ikutkan kelima-limanya layak bergelar juara tetapi saya lihat Shahir ada suntikan untuk menarik perhatian masyarakat umum berdasarkan latar belakang. Dari segi bakat, saya rasa semuanya ada kelainan tersendiri.”
Edrie Hashim:
“Terus-terang, saya jarang menonton AF8. Bagaimanapun, saya rasa Shahir mempunyai ‘x-factor’ yang lain dari yang lain. Dia juga boleh menarik peminat dengan pakej dan cara penampilan.”
Azwan Ali:
“Saya tak pernah tengok AF8 tetapi saya tetap memerhatikan perkembangan semasa program itu. Saya dapat tahu Shahir mempunyai aura tersendiri dan mempunyai harapan untuk bergelar juara.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails