Start Ahad malam lepas aku ambil masa lebih kurang 5 jam dari lepas maghrib until 1am untuk siapkan 11 new bracelets. My runner sms minta gelang banyak-banyak sekali. Sebab ada permintaan tinggi untuk gelang aku buat masa inilah. Alhamdulilah rezeki ALLAH...walaupun I'm so tired, aku cuba sedaya yang mampu untuk siapkan new bracelet hingga habis semua beads yang aku ada.
Aku menambahkan lagi collection yang ada pada hari Isninnya pula. Dan aku telah mengambil masa until 6 hours lagi untuk menyiapkan semua yang ada.
Total up, kalau tidak silap aku telah berjaya menyiapkan 18 bracelets, 2 brooch dan 6 hand phone chain.
Lenguh sungguh jari jemari aku.
Tapi aku cukup puas melihat hasil kerja tangan aku itu.
Hubby pula menghulur bantuan dalam mengambil gambar semua handmade yang telah siap. Sungguh cantik gambar-gambar yang diambilnya. Hubby juga yang tolong wrapping semua barang-barang untuk di masukkan kedalam sampul surat. Tq so much sayang. Jangan tidak tahu..ok...hubby juga tolong letakkan harga barang. Aku sungguh penat hinggakan tidak dapat berfikir untuk meletakkan harga barang.
Bayangkan bagaimana keadaan kami membuat kerja dengan Haziq yang asyik sepak bolalah, main itu main ini di situ. Kejap-kejap Haifa menangis hendak susu. Berhenti sekejap bancuh susu. Begitulah kejap buat kerja kejap lagi kena layan anak-anak pula.
Syukur semuanya sudah selamat.
Siap-siap sahaja semuanya semalam lewat petang..terus aku ke Pejabat Pos di Tesco. Aku pos menggunakan pos laju dengan harga RM 5.80 semuanya. Insyallah sampai kedestinasi dalam hari Khamis nanti.
Sebenarnya duit hasil jualan gelang yang hari itu pun aku belum ambil lagi. Semuanya dalam RM 90 rasanya. Nenantilah ambil.
Diatas sebahagian dari gambar bracelet yang telah aku buat dan hand phone chain.
Banyak lagi bracelet yang aku telah buat itu akan aku letakkan gambarnya di blog shop aku nanti..insyallah.
Pada sesiapa yang berminat nanti, tetap boleh order lagi. Aku buat tetap yang sama dan yang baru.
Tengah banyak kerja di office sekarang ini.
2 comments:
rajinnya..aku memang x mampu dah bila duk umah..kalo buat kerja kat ofiz boleh la kot..curi tulang plak.hikss
penat mmg penat...tp aku minat..tu yg aku gagahkan juga membuatnyer..
esok2 anak da besar leh gak kau bt eliss..
puas hati tau bila tgk menda2 da siap..
x leh curi tulang...aku ni pun x pernah bw menda2 tu bt kat opis..lg pun meja aku ni di partion jea...terbuka..
;))
Post a Comment