Followers

Thursday, July 31, 2008

Haziq and tv also my keychains.

Sekarang ni Haziq da boleh di suruh2. HHEHHEHHehhh. Haziq mmg da di buatnyer button kat TV sebagai permainan nyer. Ditekan2 sesuka hati .Aku berdoa semoga TV aku nie tak rosak punat nyer tu. TV ni aku beli sendiri masa tu, kongsi sikit duit ngan adik aku. Aku beli tv tu with cash money. Mengulupur juga lah bulan tu makan tak tentu sebab duit da tinggal tak berapa banyak. Tapi amat seronok kan..beli duit guna duit sendiri.
Klu di marah pun sikenit tu tak de gunanyer. Sekali kita marah sekali tu jea dia ingat...lepas2 tu di buat lagi dan lagi. Lagipun mengikut umur dia skrg, ingatan dia masih belum boleh utk ingat sesuatu menda baru lama2. So ikut suka dia lah nak tutup atau buka tv. Kekadang tu dia pi buka tv dan terus duk atas sofa. Konon2 tgk tv lah. Tapi kejap je tu..mana boleh Haziq duk one place lelama. Ada juga kekedang aku suruh dia buka tv...ahah..ok lah dia da faham. Dia terus gi depan tv dan picit button kat situ. Ahhhahh..da boleh disuruh2 da tu.
;))
HEHeEHEHE..menda kat bawah tu adalah koleksi keychain aku. Ada banyak sebenarnyer keychains ni tapi aku suka simpan yg betul2 datang dr jauh. So dr kiri ialah -
  1. Eifel tower, paris from Hanani - officemate aku.
  2. Wau bulan, from miri sarawak by my sister.
  3. Dari sabah by my brother.
  4. from perth australia - masa emak and abah melancong pi sana.
  5. langkawi - baru dpt by officemate, Aleyaa
  6. burung kenyalang also from miri by my sister.
Esok aku tak de until ahad. Klu tak ada aper2 hal, im back on monday..kat opis lah baru update.

2 comments:

Wiween @ Awin said...

erkk..akak! biasa la tu dak laki..ehehe haziq ni bakal jadik electrical engineer kot nih kak..kekecit da pandai tu.ehehehhe


waaa byknye key chain! ;)

haslina said...

ween ~ amin...jadi engineer ek..boleh teruskan cita2 mama Haziq nie..study bagai nak rak civil engineering...last2 jadi 'cikgu' civil engineering jea...

ada sikit je tu..akak suka kumpul KC yg dari jauh je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails