Followers

Friday, July 18, 2008

uPdate about Haziq.

Lama tak update pasal Haziq since umur dia da masuk setahun satu bulan @ 13 bulan. Erm...Dekat2 hujung 12 bulan hari tu Haziq memang da tak mahu tidor sorang2 kat bawah macam dulu. Haziq nak tidor bersama2 emak bapak dia. Katil kat umah aku tu bukanyer katil KING, yg boleh tidur ramai2. So some one have to sacrifice tidur bawah. And as usual En Hendra tidor bawah lah sebab dia selalu tidor lewat..hehe. Dan aku with Haziq tidor berdua. Tapi aku still risau gak..ialah Haziq da lasak da. Takut weh dia golek2...last2 sampai ke lantai pulak. As a result..starting this week, kami bertiga tidor kat ruang tamu depan tv beramai2. Pastinyer Haziq tidor tengahlah...seronok dia tgk emak abah ada kiri kanan dia.

Haziq selamat JAB satu tahun lepas 3 - 4 hari umur dia masuk setahun. Berat dia masa tu ialah 8.6 kg dan tinggi dalam 74 cm. Haziq sekarang ni mmg kurang sangat nak makan nasi. Tapi alhamdulilah dia still kuat minum susu. So kami mmg mesti kan ada buah anggur dalm peti ais utk kunyahan Haziq. Dan juga kekadang bagi dia biskut...tapi jaranglah dia habiskan biskut tu. Sikit jea di makan..yg lainnyer dibuat mainan. Still amat sukaaa makan mee and ayam. Haziq suka rasa menda masam. Padahal masa aku pregnant dulu aku bukan nya makan asam pun..infact i dont like asam at all. Setiap kali aku buat air lemon. Lepas tu mesti aku letak buah lemon tu kat mulut dia..sungguh syok sekali dan maintain jea Haziq hisap2 buah lemon tu. Tapi aku tak bagi banyak lah. Cukup buat masam kat mulut dia jea. Pastu klu minum..aku ni pasti berulang2..tidak habis sekali secawan tu. And Haziq will keep returning kat cawan tu...minta2 kat aku nak rasa lagi air lemon tu.

Gigi Haziq nampak nya da start nak bertambah. Satu kat bawah belah kanan..dan satu kiri kanan gigi atas. Itu yg sekarang ni Haziq suka menggigit sana sini...aduhhhh..sakit tul.

Haziq belum pandai cakap sangat lagi. Ialah bak kata orang tua2..klu baby cepat jalan..dia lambat bercakap dan sebaliknya. Haziq start berjalan masa umur 9 bulan 3 minggu. Menda biasa di sebut ialah BABA, ABAH, MAMA..dan dia akan sebut DA klu da siap sesuatu benda. Hari tu masa habis ukur baju melayu dia di kedai...dan dan lepas tu Haziq sebut DA...habis satu kedai ketawa. Diaorang terkejut tgk Haziq tahu sesi ukur da habis. And he also knows if me or En Hendra angry for his wrongdoing. Lepas2 tu aku suka ajar dia minta maaf dgn En Hendra...terus dia hulur tangan nak minta maaf lah..then kiss pipi En Hendra sekali. Pandai pujuk tu. And Haziq mmg klu salam orang mesti cium tangan sekali. Hulur je tangan...confirm di salam nya.
Dan Haziq mmg da faham klu tgk parent dia da bersiap2..dia da tahu mesti nak keluar nya..dan dia da start tunggu kat pintu depan. Klu cakap nak mandi pun sama..dia terus tunggu depan pintu bilik air. Pandai da juga hulur kaki klu nak di pakai seluar, kasut dan stokin.
Haziq loves to sit in the kitchen with me klu aku tgh masak. Dia tgk je apa emak dia buat. Sampai satu masa dia minta dukung..sebab nak tgk apa yg emak dia tgk goreng. Erm..adakah Haziq nak jadi CHEF??
Alhamdulilah sekarang ni dalam kereta pun Haziq da boleh duduk baik2. Klu tidak before ni mesti duk pegang sana sini...tak nak duk diam. Car seat Haziq baru2 ni da dibuka dari dalam kereta sebab Haziq da tak nak duduk dalam tu...tapi klu ktorang ada long distance journey..aku rasa aku perlu guna semula kerusi baby tu nanti..ialah to make Haziq more comfortable.

Insyallah malam ni balik Pilah. Aku sendiri da rindu kat parent aku..sampai termimpi emak abah. Dan parent aku semesti nya rindu nak jumpa cucu kesayangan lah. Di samping tu abah nak bincang ngan aku and En Hendra pasal nak buat kenduri AQIQAH Haziq. Memandangkan nenek aku masih tak sihat di S'pore..so semua family tak akan dapat dtg Pilah klu nak wat kenduri. Hari tu pun anak cousin aku buat AQIQAH di masjid jea....sebab semua orang tak dapat nak beri commitment klu nak wat kenduri besar2. Sebab tu jugak..Haziq nya aqiqah ni lewat baru nak buat...dan rambut Haziq da 3 kali di potong sebelum ni...cepat panjang sungguh. Tapi rambut masa pertama kali potong dulu..aku simpan...En Hendra yg potong sendiri rambut Haziq masa tu.

6 comments:

nanonano said...

hensem boy !
eyh xterlambat lg nk wish,
hepi belated 1st besdey to haziq
hihi
:D

Ms Haslina said...

nano ~ hensem....tima kasih tima kasih..

Ina Hashim said...

mmg la lin..org tua2 ckp cepat jalan lambat cakap..tp syafiqah dulu cepat jalan cepat cakap..cuma tang tumbuh gigi je lambat..mmg lambat sungguh hehe

Ms Haslina said...

heheh tu lah kak ina...mesti ada satu yg lambat nya lah..

aryllia said...

wah...lihatlah dia semakin m'besar..syok kan...itu lah khalifah...

Ms Haslina said...

tu lah aryllia..melihat dia membesar mcm tak percaya pun..padahal dulu punya lah kecikk jea..
betul tu..khalifah allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails