Followers

Friday, July 18, 2008

hIGh fever and warDED - august 2007

Aku pernah story pasal hal ini kat sini dulu ---->
http://myredloves.blogspot.com/2008/04/follow-up-checking-at-hukm.html

Tapi aku still nak continue story pasal hal nie. Sebab baru2 nie anak officemate aku mengalami keadaan yg sama seperti Haziq dulu. Tapi Allah uji dia lebih teruk dari aku..anak dia da 2 minggu warded di Hospital Serdang. Baby boy tu umur 4 bulan lebih dan anak ketiga kawan aku ni. Situation baby dia sama dgn Haziq dulu asalnya. Tapi kerana demam baby masih belum 'kebah' betul dan pernah kena sawan lagi juga ada sedikit bengkak di bahagian ubun2 baby...baby masih di tahan di hospital. Sebenar nya atas fahaman aku lah dari penerangan Dr masa tu. Paling cepat baby akan discharge dari hospital sekiranya berlaku perkara begitu ialah 3 hari. Itu pun atas selepas baby di periksa oleh Dr Pakar. Dan sekiranya baby masih belum betul2 recover..baby kena stay for 7 days....and 14 days and so on...until ok.

Masa Haziq dulu, alhamdulilah 3 hari da discharge...then kena habis kan satu botol antibiotik dalam masa 7 days and then terus gi check-up kat hospital. Masa dihospital Haziq diperiksa oleh Dr Pakar dan lepas tu Haziq terus kena wat scan kat kepala right kat ubun2 dia. Masa nak menunggu di bilik scanning tu..ramai orang2 kat situ kecian kat Haziq. Ialah masa tu umur Haziq baru 2 bulan aku rasa..so semua keciankan dia...baby lagi da kena x-ray. Lepas scan tu ambil result terus. Aku dan En Hendra nekad tgk sendiri result Haziq tu wlu pun confirm kami tak faham. Yang penting aku tgk result semua nya GOOD...so ok lah semua nya..alhamdulilah. Pergi jumpa Dr lepas tu dan samalah apa yg Dr cakap pasal result x-ray Haziq seperti yg aku and En Hendra tgk tu.

Sebenar nya aku tak pernah bercerita pasal Haziq warded dulu pada sapa2 pun di office aku. Bukan apa..bg aku perkara2 macam ni bukan satu cerita yg aku boleh ulang sampai 100x supaya semua orang tahu. Ini perkara sedih dalam kehidupan awal aku sebagai seorang ibu. Hanya beberapa hari lepas aku habis berpantang perkara ni berlaku dan that is also the 1st time i have to drive kerana En Hendra medukung Haziq. Padahal aku ni punyalah penaku amat masa dalam berpantang...jalan pun perlahan je. Tapi demi anak...aku gagahkan juga. Semua tu berlaku terlalu pantas. Alhamdulilah sekarang ni Haziq da sihat.

Apa aku nak cerita sekarang ni ialah consequences yg berlaku selepas Haziq recover dari demam tu. Haziq menjadi sangat ACTIVE. Padahal sebelum Haziq sakit tu....Haziq mmg jenis senyap je...x de bunyi aper2. Mata pun betul2 buka lepas umur 2 minggu. Haziq byk tidor je. Tapi lepas Hazir recover tu umur belum 2 bulan dia da meniarap sendiri. Belajar duduk sendiri pun awal, start berjalan awal. Dan Haziq sangat ALERT orangnya...alhamdulilah.

Dan ada kisah benar. Cerita seorang student lelaki kat sini. Dia ni mmg nampak senyap je. Selalu pun sorang2 jea. Kawan dia selalu aku nampak ialah perempuan singh nie. Aku pernah ajar dia dulu. Dan dia mmg seorang student yg PANDAI. Bila dia tahu anak officemate aku masuk hospital, dia pun cerita kisah dia masa masih baby dulu. Dia pun pernah kena seperti apa yg anak aku dan anak officemate aku kena. Sama juga...semua perlu bergantung pada ANTIBIOTIK utk membunuh kuman. Dan dia pernah sampai satu stage antara kekal begitu atau dapat recover dgn antibiotik. Alhamdulilah...dia selamat dan sihat. Dan dia adalah BIJAK.

ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALA NYA...allahuakbar.

3 comments:

13may said...

awat font kecik sgt???

hehhe hehhe

Ms Haslina said...

saje suka2
:))

hehhee

Ms Haslina said...

wokey aku kasi bEsaR sikit...sikit jea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails