Followers

Thursday, July 31, 2008

aku MC hari ni and malam ni nak balik kg..leh mkn durian lagi..



Pagi tadi sebelum pergi klinik. Tgk tu Haziq punyalah payah nyer nak ambil gambar dia. Siap kena umpan dengan kunci rumah. Itu pun tak jalan jugak. So kena pegang barulah nak ambil gambar secara paksaan. Haziq ni sama ngan emak dia, amat kureng suka ambil2 gambar nie. Melecehkan jea sebenarnyer.
Erm aku MC lagi sekali pada minggu ini. Sorry to my students kerna aku kena cancel kelas lagi. Aku kena sakit -------, tu leh baca kat MC aku kat bawah tu. Total up aku cuma kerja 2 hari sahaja minggu nie. Dan hari2 yg aku cuti tu je lah aku ada kuliah. Heaven sungguh kan.



Esok aku mmg cuti..sebab nk balik kg da malam nie. Abah cakap esok lepas solat Jumaat kambing2 akan di sembelih and Haziq have to be there too. Atas sebab aper kena ada di sana..aku tak pasti lah pulak. Dan sekali lagi aku ingin menjemput sesapa saja yg KENAL aku dan SUDI, jemput datang yea kenduri pada 2 august / sabtu bertempat di no 66, kg terusan seberang, juasseh, n.sembilan.
Sebenarnyer kenduri ni dibuat dirumah mentua abang ngah aku. Kami sefamily dikg mmg da ibarat kan mentua angah sebagai family sendiri. Ialah angah da kawin ngan kak ipar aku ni da masuk 17 tahun rasanyer. La nie umur kakak ipar aku ialah 35 tahun dan abang ngah aku ialah 42 tahun. Diaorang mmg duduk kat umah tu sebab mentua abg aku nie cuma tinggal sorang je dah. Dan kebetulan ipar abg aku ni pun nak wat aqiqah utk anak dia..so abah and angah aku mcadangkan aku join sekali kenduri tu. Sebab sebelum tu pun mmg abah da rancang nak wat aqiqah Haziq, cuma tarikh belum di tentukan. Dan semestinyer klu kenduri di rumah kg aku ni selalunyer kak ipar aku lah antara org tukang INCHANGE nyer. Dah klu umah dia kenduri..pastu umah aku kenduri..SAH2 pitam akak ipar aku nie. Dia ni mmg part2 masak nie..amat lah WAALAH sungguh.
Dan abah, angah dan ipar dia setuju kenduri dibuat di rumah mereka di juasseh yg perjalanan nyer sejauh kurang 20 minit dr umah kg aku.
Jemputtttt yea datang..
Aku sekali lagi cuba menukarkan formula Haziq ke DUGRO 1. Tapi still sama mcm hari tu,Haziq tidak sesuai ngan formula tu. Since hari ahad hari tu formula da naik harga. Haziq nyer retail harga PROGRESS GOLD da naik dari rm44 ke rm 48 setin seberat 900 gram. Tadi pun aku tgk diapers HUGGIES L size da naik dari rm 35.90 before ke rm 40.90. Wehhhh..klu semua baby things naik harga..camna pulak orang yg ada anak ramai dan juga camna orang yg NAK anak ramai boleh survive. Sedih betul rasanyer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails