Followers

Wednesday, July 16, 2008

My common dish..







Aku suka masak Paprik seafood. Sebab aku adalah penggemar paprik. Dulu masa tak tahu masak..aku mesti order paprik klu makan di luar. Tapi secara tidak sengaja aku belajar sendiri utk masak paprik nie. Biasa jea..idaklah enak benar paprik aku. But i like its very much.
Satu lauk yg biasa sama ada aku atau En Hendra masak ialah masak lada hitam. Klu aku prefer ayam dan ayam tu potong kecil2 serta goreng dulu, manakala En Hendra suka masak dengan daging. Alah mudah jea...guna perencah serbuk lada hitam yg da siap tu. Tak payah nak tumbuk menumbuk lagi.

Sayur pulak biasa nyer klu aku suka wat masak air jea. So jadi lah sup..kekadang leh pecahkan telor sekali. Selalunyer kami suka makan sayur sawi putih..sedap. Haziq pulak suka hisap dan pastu makan bahagian batang sawi putih tu. Kekadang pulak goreng jea kobis + sawi atau goreng kacang buncis atau aper2 juga sayur yg boleh di makan.

Dan as usual aku mesti tambah telor mata or telor dadar. Tapi klu hari cuti..confirm aku goreng mee atau mee hoon. Itu mmg fav. ktorang. Mee goreng adalah antara makanan pertama yg aku pandai masak. Lepas tu baru aku tahu masak nasi dan lauk2 yg mudah.
Alhamdulilah aku pernah masak rendang kerisik daging juga masak lemak cili api ketam atau ayam.

Aku mmg bukan 'pakar' part masak nie. Tapi aku mencuba. Sebab aku nak suami merasai air tangan isteri dia. Walaupun kekadang aku rasa gak air tangan En Hendra. En Hendra suka klu goreng sayur ala2 cina style gitu...bubuh tepung jagung. Dan klu part menggoreng ayam aku suka serahkan kat dia dan juga part buat nasi ayam dan sup ayam.
Tapi itulah..takat makan kami anak beranak...boleh lah dan semestinyer juga family aku juga.



Yang tu..bukan aku buat lah...tapi kakak aku. Cheese cake blueberry dan cheese cake oreo. Dia tak sempat nak wat base cake tu. So masa aku ambil kat umah dia terpaksa guna sudu jea. Klu potong guna pisau cake tu tak padat sebab base x de. But wlu camna pun..still yummi. X yah ni pi secret recipe klu nak makan cheese cake atau coklat cake...minta kat kakak aku jea.

4 comments:

Our Dreams Of Life said...

sodapppppnye lin...br pasan akak pun ada mangkuk oat tu jugak..hehe

haslina said...

hehehe...biasa2 jea kak. tu lah mangkuk free gift kan..satu lagi tu piring...oat jugak..

Chika Chika said...

gulp.
chika suka sayur campur....

haslina said...

chika @ nurul ~ ooo iyea ka..
sama lah kita..suka makan sup sayur..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails