ERM..Penat weh dari td trying utk upload images...asik2 internal error jea. Erm nampaknyer nenantilah masukkan gambarlah...SO citer benda lainlah.
Sebenarnyer ini bukanlah HOT issue pun. Tapi aku rasa perkara2 macam ni tetap perlu di di perkatakan. Masalah JIRAN dirumah kediaman. Aku ni sesungguh nyer da lama duk rumah yg aku duduk sekarang. Since aku bujang lagi and since kakak aku bujang lagi. Dalam da tu masuk 10 tahun maybe da rumah ni. Memula kakak aku duduklah. Pastu aku dapat duk sekejap ngan dia lepas habis study...then kakak aku kawin. Dia beli rumah kat BK 5, Puchong. And aku duk lah umah tu ngan abang and adik lelaki aku. Tapi dalam tahun 2006 gitu, adik aku dapat kerja kat JB..so dia pindah duk sana da. Manakala abang aku pun da pindah duk umah lain since aku pulak da kawin. Umah yg aku duduk ni adalah umah yg abah aku beli purposely utk kami adik beradik yg masa tu start keja kat KL..so idaklah nak menyewa lah masa dapat keja dulu...syukur alhamdulilah dapat abah macam abah aku..semoga ALLAH sentiasa murahkan rezeki dan sihatkan kesihatan abah..AMIN ya rabbil alamin. Umah ni abah da selamat tukarkan nama kenama kakak aku. Itu kiranyer hadiah abah kat kakak aku. And since kakak da ada rumah sendiri...aku lah sefamily duduk kat umah nie. Rumah aku pulak..erm..da ada da abah bagi..rumah aku ada kat senawang..teres 2 tingkat. Mmg aku tak pernah duk situ pun...ntah lah..sekarang2 ni aku benar2 terfikir nak duduk sana. Sebab sesungguh nyer bosan dan tak tenteram nyer duk kat umah sekarang nie. Ialah klu aku pindah senawang..semestinyer jauh gak aku nak pi kerja kat kajang ni. Tapi at list rumah sana tu besar dan aku mmg da JELAK duk KL ni. Aku lebih suka tempat yg tenang. Ntah lah...aku dan suami masih membuat pertimbangan utk pindah rumah ke senawang.
Back to cerita aku td. Aku sekarang ni duk kat umah kategori rumah flat lah. Rumah flat 4 tingkat. Harga rumah tu masa 1st owner rm 35'000 aku rasa lah...tapi masa abah aku beli, owner tu jual kat abah aku twice dari actual price...boleh gitu. Disebabkan abah payah nak cari umah sana sini da..abah beli je rumah tu dalam tahun 1995 kot aku rasa. Umah aku ni ada 3 bilik, rumah tepi dan ground floor. Adalah tanah kat belakang umah aku nie dalam lebar more than 3 feet dan lenght selebar umah aku lah.
Kerana rata2 jiran aku ialah orang melayu dan sudah berumur dan berkeluarga. Diaorang pun fikir aku ni duk menyewa jea lah. Sebab kami golongan muda. Satu hal yg aku mmg bengang ialah kat jiran sebelah blok aku nie. Da lama aku ANGIN ngan makcik nie. Berlagak sungguh.!!!!oleh kerana umah kau jea yg belum buat extand sampai habis tanah tu so makcik ni sesenang dia jea buat belakang umah aku ni macam umah dia jea. Dah lah pernah pun tidak bercakap ngan aku...pastu suka2 dia jea nak buat aper dia nak. Yang dia selalu buat ialah letak lah kerusi or what ever belakang umah aku pastu pi jemur keropok. 2 - 3 dulang gitu. Pastu pernah dulu dia wat kenduri..dan dan jea belakang umah aku jadi tempat sidai kain dia..1 - 2 hari gitu suka2 dia jea letak tempat penyidai dia kat situ. Haram dia minta tanya kat aku..wlu aku ni mmg klu cuti aku sentiasa ada kat dapur masak2. So tingkap dapur aku tu direct leh nampak aku klu nak tanya. Tapi tidaknyer pun. Last2 malam tadi En Hendra pi angkat tempat jemur keropok tu dan pi buang kat tempat sampah. Masa da jam 11.30 pm. Aku yg bg idea tu..sebab since pagi Ahad until malam isnin dia buat belakang umah aku tu macam hak dia pulak. Mentang2 lah aku ni muda...kiranyer x payah lah nak tanya2 kan...main suka hati dia jea kan. Makcik ni mmg poyo pun..ari tu masa anak perempuan dia kawin buat kat dewan pandan indahlah. Boleh dia hanya jemput orang2 yg kirenyer kaya lah utk attend wedding anaknyer. Boleh gitu...perangai buruk punya orang tua tu. Laki dia aku tgk mmg x pernah miss solat jemaah kat masjid dekat umah aku tu...tp bini...haprak tul...langsung tak tahu ADAT2 ORANG BERJIRAN.
Tu belum cerita orang2 yg umah ground floor cam aku nie yg telah membuat lot parking kereta belakang rumah sebagai hak sendiri. Padahal kita ni cuma bayar duit utk beli umah jea. Bukan beli parking kereta. Tapi ada tuan2 rumah nie..yg pasti nyer da tua2 dan sepatutnyer lebih tahu hal hukum hakam agama nie tapi leh amek enteng jea kan. Dia orang SO PROUD pagarkan lot parking itu sebagai hak diaorang. So bila2 masa leh kuar masuk kereta ditempat yg sama. Dan tidak berfikir kah mereka bahawa orang tingkat 1 - 4 kena parking jauh2. Aku seriously menyampah tgk muka diaorang2 ni yg hanya tahu pentingkan diri sendiri. Tidakkah mereka tahu diakhirat kelak dgn aper diaorang nak bayar hak2 orang lain yg mereka telah ambil tu??
Mmg aku baik ngan jiran seblok aku ni. Kira betul2 sebelah umah aku. Diaorang ni family India...tapi punyalah baik berbudi bahasa. Uncle tu da bersara dan auntie pulak surirumah..anak2 diaorang da besar but masih lom kawin dan duk ngan diaorang. So aku and En Hendra mmg baik ngan diaorang je.
Aku bercerita bukan nak buka aib diaorang..tapi aku nak kita2 sama sentiasa sedar...JANGAN SESEKALI AMBIL BENDA YG BUKAN HAK KITA...berdosa..dan juga sama lah juga sekiranyer kita dapat sesuatu BENDA itu dengan cara yg mudah atau 'memijak orang lain'. Naper tak berusaha atas kemampuan sendiri....bila kita menerima sesuatu atas bukan kemampuan kita...boleh ke menanggungnyer nanti atau tenteramkan hati melakukan kerja tersebut..hahahah...terpesong pulak aku...okies..
APA2 HAL CUBA WAT SENDIRI..dan jgn lupa hak orang lain..sesama kita mengingati..
2 comments:
aduhhh...sabar lin...sabar...susah2,pindah jelah senawang...ramai gak yg ulang alik dari seremban ke kajang kan
tu lah cecadangan nyer kak ina..tp mmg banyak benda nak di fikirkan..terutama part duit lah..but insyallah nenanti nak wat perbincangan between saya, abah and hubby sekali..
lepas tu insyallah..semoga allah murahkan rezeki kami anak beranak..
mmg da lama da saya ni bersabar kak :))
Post a Comment