Followers

Wednesday, June 30, 2010

rendang betik..sodap

Beg untuk pliers aku. Begnya aku ambil dirumah kakak. Akhirnya berumah juga pliers aku semua itu.



Majalah Manja - ole ole dari cousin aku


Glamour lagi Hetty Sarlene ini di negara dia. Masih menyanyi lagi rupanya..ermmm rezeki


Artis kita apa kurangnya...satu page mereka sahaja di majalah Singapore ini....dasattt

Aha..alhamdulilah akhirnya daapt aku merasa makan rendang betik ini. Sebenarnya masa pregnantkan Haifa hari itu memang ada keinginan hendak merasa dan memang kakak ipar aku sudah green light hendak masakkan. Sudah-sudah sampai bersalin aku yang tidak sibuk dan tidak kesampaian untuk merasa. Ini pun kakak ipar aku yang masakkan. Sodapppp.

 Gambar dari internet..lebih jelas dan terang. Aku rasa cara masaknya sama sahaja dengan cara masak rendang N9 yang lain. Betik itu betik separuh masak gitu. Basic ingredients adalah serai, cili api, kunyit hidup, santan dan garam.

Kasihannya mereka...mana mereka hendak pergi?

Rumah Titian Kasih diarah kosongkan segera
KUALA LUMPUR 29 Jun - Dalam masa kurang 48 jam lagi, 45 orang anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang menghuni Rumah Titian Kasih di Persiaran Titiwangsa di sini terpaksa mengosongkan rumah itu.
Ini kerana pemilik rumah tersebut telah mendapat perintah mahkamah agar premis itu dikosongkan pada atau sebelum Khamis ini.
Pengasas rumah tersebut, Sharifah Adlan, 52, berkata, apa yang dibimbangkan ialah nasib penghuni rumah tersebut terutama ke mana mereka akan menetap selepas tarikh itu.
"Sebelum ini, kami telah menerima dua notis pada tahun lalu bagi mengosongkan kediaman ini. Bagaimanapun, notis kali ini benar-benar membimbangkan kerana ia adalah perintah mahkamah," katanya ketika ditemui di sini hari.
Sejak ditubuhkan kira-kira 12 tahun lalu, Rumah Titian Kasih yang mempunyai dua premis, kini dihuni kira-kira 120 penghuni dari bayi berusia dua bulan hingga warga emas berusia 82 tahun.
Beliau berkata, bukan pihaknya tidak berusaha untuk membeli rumah itu yang ditawarkan oleh pemiliknya pada harga RM2.7 juta tetapi sehingga hari ini, dana yang dikumpulkan masih belum mencukupi.
Katanya, beliau telah berusaha mempertahankan kediaman itu sejak tahun lalu termasuklah melancarkan tabung wakaf Rumah Titian Kasih, selain membuat kraf tangan dan kuih-muih untuk dijual.
Dalam tempoh itu juga, katanya, beliau cuba mendapatkan pinjaman daripada beberapa buah bank tetapi semuanya ditolak.
Katanya, seorang individu telah menyumbang sebanyak RM270,000 bagi membantu rumah itu selepas hasrat untuk membeli kediaman tersebut disiarkan Utusan Malaysia tidak lama dahulu.
"Tabung wakaf yang dilancarkan pula sudah berjaya mengumpulkan sebanyak RM400,000 tetapi ia masih tidak mencukupinya," katanya.
Sharifah berkata, beliau juga telah membawa perkara itu ke Baitulmal dan turut mengutarakan dua cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Cadangan pertama, katanya, pihak Baitulmal membeli kediaman tersebut sebagai aset dan pihaknya akan menyewa daripada Baitulmal sementara cadangan kedua ialah Baitulmal membeli rumah tersebut dan pihak Rumah Titian Kasih akan membelinya daripada Baitulmal dengan membayarnya secara ansuran.
Namun, tegasnya, kedua-dua cadangan itu tidak diterima.
Namun, keluhan Sharifah itu mendapat perhatian daripada Pergerakan Pemuda UMNO hari ini yang berjanji akan cuba membantu menyelesaikan masalah itu.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya sangat sedih apabila mendapat aduan yang rumah itu telah mendapat notis untuk dikosongkan.
"Kita hormati keputusan mahkamah tetapi berasa kesal kerana pemilik rumah tersebut telah menggunakan saluran yang terlalu ekstrem terhadap penghuni rumah terbabit," katanya.
Muhd. Khairun berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan mengambil tindakan dalam waktu terdesak ini untuk membela nasib penghuni rumah itu.
"Kita akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
"Apa yang penting kita akan mencari jalan untuk mendapatkan penempatan dan memberi perlindungan pada penghuni Rumah Titian Kasih ini," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan bertemu pihak berkuasa esok supaya penghuni rumah itu dapat lokasi sementara.
"Lebih baik jika kerajaan dapat menyediakan lokasi tetap untuk penghuni ini supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa," katanya.

Tuesday, June 29, 2010

Berkongsi kasih


Perasaan atau tidak picture itu. Satu skrin tapi ada dua lama web. Hehehehe. Hari tu, cik abang hendak tengok bola live di internet. Masa itu aku pula belum habis facebookwalking. Soooooooo kami sepakat kongsi skrin. Tapi tidak lamalah kan aku sudah selesai.
Luv it

the blue bear

Semalam aku masih tidak 'larat' untuk pergi bekerja. Demam memang sudah okies. Tapi tekak masih perit. Memang sakit tekak aku main 360 darjah keliling tekak. Baik belah kiri dia pergi belah kanan pula. Lepas itu yang last kali tengah sakit bahagian atas pula sekarang ini. Batuk pula masih ada lagi..tapi dalam keadaan terkawal..hehe.
Memandangkan cuti kira banyak lagi. Aku ambil lagi cuti sahaja semalam. Letihlah hendak pergi klinik sahaja.
Memang aku baru perasaan. Kira-kira dalam 3 minggu lepas aku memang asyik sakit-sakit badan sahaja. Lepas itu lutut pula tidak payah ceritalah. Sakit sungguh masa bangun pagi. Macam hendak menangis dibuatnya.
Rupa-rupanya aku hendak sakit demam bagai. Alhamdulilah sekarang ini semua sudah okies.
Risau juga aku dibuatnya sebelum ini.

Petang tadi dalam jam 2pm, cik abang berdua sahaja dengan Haifa pergi ke klinik. Haifa cucuk untuk 5 bulan hari ini dan memang Haifa genap 5 bulan hari ini. Aku memang malas hendak ke tempat orang ramai-ramai ini. Sebab itu aku tidak ikut. Alhamdulilah...Haifa okies dan tidak demam gitu.
Berat Haifa sekarang ini ialah 6.2kg, panjang 64cm dan lilit kepala ialah 43cm.


Habis selesai di klinik, cik abang mengambil aku dan Haziq. Kami ke rumah kakak di Puchong. Sabtu baru ini, Angah aku bawakan rendang daging untuk aku. Emak yang masakkanlah. So aku pergi ambil lauklah..kan.
Sebelum itu sempat refill gas aircond kereta...RM35.
Lepas ambil lauk..terus balik ke rumah semula. Cik abang singgah di Celcom untuk redeem blue bear..hehehe. Aku and Haifa duduk tunggu dalam kereta sahaja.

Haziq 'rembat' je buku kat umah kakak aku. Rajin sungguh tu...

Kami sedang menunggu. Haifa memang suka masukkan tangan dalam mulut

The blue bear - beargentina

P/S - alhamdulilah aku menang hadiah saguhati percutian 2D1N sempena quiz dipameran hartanah masa aku duty di mid valley baru-baru ini. tempat percutian aku belum pilih lagi. nanti leh story lepas aku pergi ambil voucher tu di Hotel Palace of the Golden Horses.

Monday, June 28, 2010

Carlos Teves the blastttttt.......

Tevez  menanduk masuk gol pertama penuh kontroversi Argentina menentang Mexico pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Soccer City, Soweto argentina mengatasi mexico dengan 3-1, kemenangan yang sudah di jangka(oleh my hubby la.)..  walaupun sudah terang lagi bersuluh memang offside apa nak dikata, penjaga garisan tak larat nak kejar teves untuk angkat bendera offside..  heheehe...humailoco white pantera to benity ( ni slogan anak bujang aku....) huhuhu....

Sunday, June 27, 2010

Enam kali isteri lari tinggalkan suami

Mari baca cerita dibawah yang aku copy dan paste dari news semalam. Yang buruk itu kita jadikan pengajaran.

KALAU cerita suami tinggalkan anak-anak kita dah biasa dengar, tapi kali ini isteri pulak lari tinggalkan anak-anak, bukan seorang tapi dua, bukan sekali tapi enam kali dia lari. Pelik tapi benar. Begitu cerita Khairi dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon yang terputus beberapa kali terhenti kerana tangisan anaknya.

‘‘Saya kenal dengan Shira 9 tahun lalu ketika sama-sama mengambil kursus jangka pendek dalam bidang ICT di sebuah institut latihan di bandar utara tanah air. Perkenalan itu membawa bibit-bibit percintaan. Namun saya terpaksa menjarakkan diri setelah tahu dia sudah bertunang dengan penjawat awam pasukan beruniform.

‘‘Habis kursus saya balik ke rumah tiba-tiba Shira datang cari saya seminggu kemudian. Keluarganya dapat tahu terus telefon suruh saya hantar Shira balik. Memikirkan dia anak dara orang, saya patuh dan hantar Shira balik nun dia utara. Apa lagi saya dimaki hamun dan dituduh larikan anak dara orang, walaupun anaknya yang lari ikut saya. Mereka tuduh saya mahu batalkan pernikahannya yang tak sampai dua bulan lagi.

‘‘Walaupun saya cuba menjelaskan keadaan, tetapi saya dituduh guna ilmu pikat Shira. Malangnya bila saya balik Shira tetap lari lagi tinggalkan keluarganya. Kena maki lagi. Tapi kali ini saya nekad menikahi Shira. Kami nikah di Songkhla.

‘‘Saya fikir masalah tamat setelah kami nikah, sebaliknya menjadi lebih teruk. Keluarga Shira tetap mahu kami bercerai. Untuk menyelamatkan keadaan saya daftarkan perkahwinan di Perlis, fikirkan senang, rupanya susah.

‘‘Lepas sebulan saya datang bertanya tentang pendaftaran nikah kami, malangnya semua pegawai dan petugas beritahu mereka tak terima permohonan saya, walaupun saya tunjukkan reset penerimaan dari mereka. Tapi semua geleng kepala kata tak tahu. Kata mereka tak ada rekod penerimaan. Pelik sungguh.

‘‘Lagi sakit hati bila mereka sindir saya katanya inilah padahnya larikan tunang orang. Kerana marah saya buat aduan di pejabat Pengaduan Awam. Peliknya di situ pun saya kena sindir. Banyak betul kontek keluarga Shira kat negeri ni.

‘‘Selepas siasat terbongkar rahsia, semua masalah ini rancangan keluarga Shira dan saudara terdekatnya yang bekerja di pejabat agama. Mereka mahu kami bercerai.

‘‘Saya ambil keputusan tinggalkan kampung pindah ke ibu kota, mungkin di sini rezeki kami. Tak sampai tiga bulan saya terima surat dari pejabat agama minta kami hadir ke mahkamah untuk tujuan perbicaran pengesahan perkahwinan kami. Lega!

‘‘Tapi sangkaan kami meleset, sebaliknya ustad ini suruh kami masuk ke pejabatnya bukan mahkamah syariah. Dalam bilik tersebut tersedia menuggu keluarga Shira. Ustad itu paksa saya lafazkan cerai sebanyak 3 kali. Katanya penting untuk pengesahan perkahwinan kami nanti. Tapi saya bukan bodoh. Saya keluar tinggalkan ustad dan keluarga Shira ternganga.

‘‘Hidup kami tambah bahagia bila dikurniakan anak sulung yang sihat. Tetapi masalah baru timbul, tiba-tiba aja Shira mendakwa dia berdosa tak ikut cakap keluarga kerana berkahwinan dengan saya. Belum pun anak berusia setahun dia lari tinggalkan anak dan saya balik ke kampungnya. Nasib ada ibu yang mahu membantu saya jaga anak.

Dihalau

‘‘Saya pergi kampung Shira pujuk dia balik, sebaliknya saya dihalau dan diherdik macam haiwan oleh keluarga Shira. Tak sampai seminggu Shira pulang ke pangkuan kami.

‘‘Namun episod sedih Shira lari tinggalkan saya terjadi lagi ketika anak kami berusia 2 tahun. Sekali lagi saya pujuk, berulang lagi maki hamun saya terima. Kali kedua Shira lari 3 minggu tinggalkan kami.

Sangkaan saya Shira akan berubah setelah usia meningkat, tetapi tetap buat kelakuan yang sama. Dia kembali kepada saya tiga minggu kemudian.

‘‘Kali keempat dia lari tinggalkan kami meninggalkan kesan cukup perit. Saya terkejut bila pulang rumah saya lihat perabut rumah Shira sudah jual kepada jiran tetangga. Lagi pelik kali ini dia tak lari balik kampung, tapi lari ke rumah keluarga angkatnya.

‘‘Ketika itu anak sulung kami berusia 5 tahun yang kedua tak sampai pun setahun. Dan dia baru hamil. Tetapi kemudiannya dia gugurkan kandungannya. Kerana menurut keluarganya kalau hamil menyulitkan proses perceraian. Kerana ketika itu anak kedua masih kecil, saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka.

‘‘Enam bulan kemudian Shira balik ke rumah. Saya benar-benar keciwa, tetapi kerana anak saya terima apa juga yang terjadi. Lagi pun Shira berterus terang kepada saya dia lari kerana tidak bernafsu kepada saya, walaupun ketika itu saya baru berusia 30 tahun. Dia cuma muda dua tahun sahaja daripada saya.

‘‘Shira mengajak saya pergi berubat. Demi keluarga saya ikutkan kehendaknya. Tukang ubat pulak kata keluarga Shira tetap mahu kami bercerai. Macam-macam. Tak lama kemudian dia lari lagi untuk kali kelima.

‘‘Saya cukup menderita bila tak ada pekerjaan. Hidup umpama kais pagi makan pagi, untung ada ibu dan saudara mara mahu membantu. Saya cuba pujuk Shira kembali tapi kali ini dia sudah banyak berubah. Laman Sembang Sosial menjadi kegemaran dan hobinya nombor satu. Kata orang dalam laman itu dia mengaku masih gadis, dengan meletakkan gambarnya untuk tatapan ramai. Nampaknya lebih suka hidup bebas.

‘‘Keluarga Shira gembira dengan perubahannya. Malah mereka menyediakan apa sahaja keperluannya, sama ada pakaiannya, makan minum dan wang ringgit semua sedia. Asalkan tidak bersama saya. Apakah hina sangat saya pada pandangan mereka?

‘‘Saya cuba pujuk Shira kembali. Tapi kakaknya suruh saya ceraikan Shira. Sejarah 9 tahun lalu diungkit kembali, menyalahkan saya 100 peratus membawa adiknya lari. Kini yang jelas Shira semakin ligat dan bebas ke mana sahaja. Makan angin ke KL jadi perkara biasa. Keluarga Shira menasihatkannya, jangan risau pasal anak-anak, bila besar nanti taulah mereka cari emaknya.

‘‘Saya sudah letih memujuk, namun bersyukur kini saya dapat pekerjaan yang baik, walaupun terpaksa mengejar waktu menjaga anak-anak. Kakak bantu saya menghantar anak-anak ke sekolah dan ke tadika. Yang sulung sudah bersekolah.

‘‘Baru-baru ini saya pujuk Shira sekali lagi, melalui telefon tetapi dia minta diceraikan. Saya minta dia supaya fikir masak-masak. Katanya dia sudah lama sedia diceraikan. Saya betul-betul hiba mendengar permintaannya ketika itu di sebelah saya anak sulung kami, sementara yang kecil duduk di riba saya. Hanya air mata menjadi teman saya.

‘‘Kini hancur sudah mahligai yang kami bina selama 9 tahun di atas dasar cinta dan terlalu banyak pengorbanan telah saya lakukan.

‘‘Saya dengar banyak cerita pasal Shira di kampungnya, maklum pekan kecil, semua orang kenal antara satu sama lain. Kerana itulah saya cuba memulihkan nama baiknya, saya mahu dia jadi isteri yang baik.

‘‘Tetapi keluarganya sentiasa menghalang, apakah saya ini begitu hina pada pandangan mereka? Hinggakan anak-anak saya juga tidak di terima? Apakah mereka terlalu agong?’’ demikian cerita Khairi panjang lebar tenang kehidupannya yang sentiasa dibenci oleh keluarga isterinya.

Hairan juga kerana biasanya setiap ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya setelah berumah tangga dan membantunya apabila menghadapi musibah, bukannya mendoakan mereka supaya bercerai berai. Apa lagi menjadi dalang dan penghasut.

Saturday, June 26, 2010

Lima pelajar MTD telah ditahan

What ever the reasons, the 5 students must be 'pay' back what ever they have done.  Who they think they are when they simply 'taking' other people 'life'.

Lima pelajar Tingkatan Lima Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini direman lima hari petang kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah itu, Muhammad Naim Mustakim Mohd Sobri, 16. Difahamkan, penahanan pelajar terbabit dilakukan sepasukan anggota polis tentera (MP) di asrama mereka kira-kira jam 6.30 petang kelmarin sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum menyerahkan mereka kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

Sumber memberitahu Berita Harian, mangsa dipercayai ditendang di perut ketika didenda melakukan tekan tubi bersama 28 pelajar junior lain kerana tidak menjaga kebersihan bilik asrama mereka.

Mereka dikatakan bertindak demikian selepas dipercayai tidak puas hati terhadap mangsa yang enggan mengikut arahan.

“Muhammad Naim kemudian dikatakan cuba bangun dari posisi itu tetapi tiba-tiba pengsan lalu terjatuh, dan kepalanya terhentak ke lantai. Allahyarham cuba diberikan bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) oleh jurulatih mereka sebaik dimaklumkan kejadian itu.
“Bagaimanapun, doktor bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan. Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Besi oleh pengurusan MTD berhubung kejadian berkenaan.

“Motif sebenar kejadian masih disiasat. Namun, maklumat awal yang diperoleh menyatakan kematian mangsa mungkin mempunyai kaitan dengan kecederaan di belakang kepalanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli sekumpulan pelajar senior di bilik asramanya dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di PPATM, Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras untuk bedah siasat.

Jenazah mangsa diterbangkan ke Pangkalan Udara Alor Setar menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C-130 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siung, Baling, kelmarin.

Siasatan awal mendapati kematian mangsa mempunyai unsur jenayah, namun siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengelak pertikaian dan meminta semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang dikhuatiri boleh merumitkan lagi keadaan.

Public transport - commuters

Picture di stesen Mid Valley 19 June

Stesen Komuter Salak Selatan. Hari sabtu itu, kami terpaksa melihat 2 trains berlepas begitu sahaja, sebab terlalu padat macam sardin. Akhirnya train ke 3 kami cuba juga naik..tetapi memang terpaksa tersepit juga. Orang terlalu ramai. Untuk sampai tempat yang hanya berjarak 6 minit kami terpaksa menunggu dekat 1 jam.

Stesen Salak Selatan yang langsung tiada pekerja masa itu. Maksudnya kalau naik train tanpa tiket pun boleh juga kot. My colleague yang tengah menolong warga tua membeli tiket. 

Bila baca cover story surat khabar the Sun semalam. Aku rasa sedikit gembira dengan tajuk berita 'winning back commuters'. At list mereka-mereka yang bertanggungjawab ini want to do something.
Bayangkan dari zaman PM yang dulu naik komuter kemudian PM sekarang pun pernah naik komuter, tetapi since aku naik 19 June hari ini, perkhidmatan masih begitu. Padat, sardin, tidak cukup koc, orang ramai, maka akhirnya orang yang tua tidak akan dapat naik.

Ada satu keluarga yang buta kedua-dua emak bapanya dengan anak-anak yang masih bersekolah rendah tetapi tidak buta. Akhirnya mereka terpaksa beralah dan keluar dari stesen komuter kerana komuter yang datang asyik penuh sahaja. Bayangkan, macamana mereka hendak naik.
Itu yang aku saksikan sendiri hari itu....kasihan sungguh.

Mana lagi dengan koc pink nya. Bila di stesen Mid Valley, okeylah ada security yang tukang marah lelaki-lelaki yang duk rempuh sekali di koc pink. Akhirnya lelaki kena kena keluar dari koc itu.
Tapi bila train dari seremban masa aku hendak ke MD, penuh sahaja orang lelaki dalam koc pink itu. Bila ada kakak-kakak dalam koc itu marah diaorang, dia bagi alasan yang dah tunggu train lama..semuanya asyik penuh sahaja.
Soooo..macamana itu?. Kasihan juga kan. Semua orang hendak cepat....

Pengerusi LPTC (Land Public Transport Commission dengan nama melayunya SPAD) yang baru ditubuhkan iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar berjanji mahu mengembalikan kepercayaan orang awam terhadap public transportation system.
Dulu penggunaan public transport adalah up to 34% tetapi telah turun begitu teruk kepada 12% sekarang. Biasalah semua orang sudah tidak mempunyai kepercayaan dan sistem itu sendiri adalah inefficient.
Lagi LPTC adalah diwujudkan untuk memastikan a public transport system had good connectivity, accessibility and integration...harap-harapnya lah kan.
1st target of 25% LPTC  was to raise the capacity of LRT and KTM Komuter while the Kelana Jaya LRT line was now operating with 4 coach trains.

Harap-harapnya masalah ini akan selesai. Walaupun aku memang tidak mungkin menaiki public transport..tetapi ramai lagi orang lain lebih memerlukannya.

Friday, June 25, 2010

Demam...tapi bukan demam BOLA.....

Hari ini masih ada batuk..tapi tidak teruklah

Sakit ditekak masih begitu

Dan aku dapat MC lagi hari ini. Doc bagi ubat version lain pula..sebab aku masih belum sihat lagi. Alhamdulilah demam sudah tiada. Hatta begitu badan masih lemah lagi..itu yang tidak larat juga hendak bekerja.
Semalam aku malas hendak pergi klinik..so claim cuti sahajalah.
Semoga aku kembali sihat seperti biasa...amin.
Mungkin malam ini ke Concorde Hotel. Makcik aku sefamily bercuti disitu dari hari ini sampai hari Isnin. Wowww...kalau sihat mahu join sekali tidur sana.
Hendak rasa...best ke breakfast di situ...ermmmm...

Kenapa BULI masih wujud lagi?..relevan ke?


Pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi ini.
Dia merupakan pelajar baru yang memasuki maktab tersebut awal Februari ini.
Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Dia diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit di PPAT sebelum disahkan meninggal dunia.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum tidak sedarkan diri iaitu pada pukul 10.45 malam tadi telah dikenakan hukuman tekan tubi.
Seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil.
Mangsa itu kemudian terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri

Kematian terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sungguh aku tidak faham, mengapa BULI ini masih wujud lagi. Zaman teknologi canggih ini perlu ke DERA diwujudkan lagi. Untuk apa sebenarnya?. Adakah ia memberi MANFAAT yang besar ketika habis belajar nanti?. Sungguh jadi orang sangat ke mereka nanti?
Kita masuk asrama untuk belajar menjadi insan yang lebih berguna dan untuk berdikari. Tapi lain pula fikiran mereka-mereka yang kaki buli ini.
Aku dulu pun masa jadi senior..tidaknya suka membuli orang. Sebab aku pernah jadi junior dan aku tahu apa perasaan mereka.

New creation


Three of my new creations. 2 brooch dan 1 charm. Brooch yang hitam menawan itu ambil masa juga aku hendak siapkan. Ialah kena fikir juga design yang menarik dan sesuai juga yang aku boleh buat. Bila sudah siap rasa sungguh happy sangat.
Brooch yang kedua..memang simple sahaja. Tidak lama untuk siapkan brooch ini.
Charm yang akhir itu pun makan masa tidak lama untuk buat web itu. Rasa sungguh teruja bila dapat buat sendiri dengan pertolongan gambar sahaja. Sukaaaa sangat.

Black beauty brooch  is open for sale.

Thursday, June 24, 2010

Aku DEMAM 'bola'?

Bangunan pun demam bola..ermm

The country - South Africa

The mascot

Aku demam. Semenjak malam hari itu. Semalam pagi itu memang tidak larat sungguh. Minta cik abang hantarkan ke klinik. Dapat MC sehari je lah. Tapi hari ini masih belum larat. So aku cuti kan diri lagi. Alhamdulilah di office masih tidak banyak kerja. Maka dapatlah aku bercuti berehat dengan senang hati dan tenteram.
Demam aku tidak high mana sangat. Tapi badan rasa macam lemah gitu. Tekak pun perit dan ada batuk sikit. Aku memang gitu tidak tahan sakit.......
Aku berdoa semoga anak-anak tidak berjangkit dari aku ini...amin

The medicine

Wednesday, June 23, 2010

Apabila lelaki gila talak

DALAM Islam perkara halal yang paling dibenci di sisi Allah SWT adalah talak. Mengikut syarak talak merupakan milik mutlak kaum lelaki. Namun ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan disebut bahawa salah satu perkara yang disebut secara main-main pun jadi ialah menjatuhkan talak
Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud 'menceraikan' atau 'melepaskan'. Mengikut istilah syarak ia bermaksud 'melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian'.

Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan idah.
Talak memang mudah dijatuhkan. Namun kesan dan bahana selepas ia diungkapkan kadang kala tidak tersangka malah oleh 'pelontar' talak itu sendiri. Adakalanya ia boleh menjadi mimpi ngeri kepada kedua-dua belah pihak.
Sebab itu dalam masyarakat Melayu wujud istilah 'gila talak' - biasanya dikaitkan dengan suami yang tergila-gilakan bekas isteri.

Akibatnya bermacam-macam perkara dilakukan untuk mengembalikan bekas isteri ke pangkuan. Ada yang berlembut ada pula yang kasar dan ganas hingga membabitkan perbuatan yang tidak pernah terlintas di fikiran kita.
Bukan sahaja fikiran tidak keruan malah hidup tunggang-terbalik gara-gara tidak dapat melupakan bekas isteri apatah lagi apabila mendapat tahu wanita tersebut sudah ada pengganti.
''Gila talak ini bermacam-macam. Ada yang setelah melepaskan (menceraikan) isteri, baru timbul perasaan sayang semula kepada isteri.
"Masa itu si suami mulalah membuat pelbagai alasan untuk berjumpa bekas isteri.
''Ada juga sebelum bercerai perasaan marah terhadap isteri meluap-luap tetapi selepas bercerai diburu pula dengan perasaan cemburu terhadap bekas isteri yang bukan lagi menjadi miliknya.
''Ada suami yang hilang perasaan malu, setiap hari menunggu di depan rumah, bawah pokok dan sebagainya. Kata rindukan anak tetapi sebenarnya rindukan emak.
"Ada yang sanggup menyuruh orang lain supaya memujuk bekas isterinya kembali kepadanya,'' demikian cerita kaunselor perkahwinan dan rumah tangga berdaftar, Hushim Salleh ketika dihubungi baru-baru ini.
Ujar Hushim, ramai lelaki berjumpanya untuk mendapat khidmat nasihat kerana gagal melupakan bekas isteri selepas bercerai.

Menariknya ada di antara mereka ini terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, juruterbang, pensyarah dan jurutera yang rata-rata berumur 40 tahun ke atas.
"Wanita atau isteri zaman sekarang rata-rata berpendidikan dan berkerja. Jika mereka mengetahui suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, mereka berani bersemuka dengan suami.
"Suami pula yang marah kerana rahsianya diketahui isteri mudah melatah dan dengan mudah melafazkan talak tanpa berfikir panjang.
"Memang talak dibenarkan sebagai cara membubarkan perkahwinan secara baik tetapi ia boleh juga dianggap tempoh tinggal berasingan antara suami dan isteri," katanya.
Hikmahnya adalah supaya ketika tempoh itu suami isteri boleh berfikir semula tentang kebaikan pasangan masing-masing di samping membuat perbandingan daripada segi layanan, kasih sayang, seksual dan kewangan.
''Sebab itu ada talak satu dan dua di mana pasangan boleh rujuk semula, tetapi jika talak tiga masalah besar akan timbul.
''Itulah sebabnya kita dengar ada lelaki yang sanggup membakar masjid kerana tidak mahu isterinya bernikah dengan lelaki lain di masjid itu.
"Mungkin lelaki ini menghadapi tekanan yang melampau, memendam rasa, fikiran pun buntu dan sanggup membuat sesuatu yang di luar kewarasan.
"Mungkin juga kerana dia terlalu sayangkan isterinya namun kerana sudah terlepas kata, tidak boleh ditarik balik,'' katanya.

Pengajaran yang boleh diambil katanya, ialah sebelum suami hendak melafazkan talak dapatkan khidmat kaunseling dahulu agar tidak timbul penyesalan.
"Jangan salah guna kuasa talak. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasangan suami isteri muda sekarang apabila ada masalah, mudah sangat hendak bercerai.
''Saya mencadangkan agar masjid-masjid mengadakan khidmat kaunseling bagi membantu pasangan yang menghadapai masalah.
" Masjid kita masih belum ada khidmat ini sedangkan gereja sudah lama menyediakan khidmat tersebut dan mempunyai pusat kaunseling sendiri.
"Saya sendiri ada mengajar para paderi mengenai kaunseling rumah tangga semasa menjadi pensyarah di Universiti Malaya dahulu,'' ujar Hushim mengakhiri perbualan.

Malam tadi makan Ayam masak pedas dan Sayur goreng.

Ayam masak pedas by cik abang

Sayur goreng by me

Selalunya memang itulah rupa makan makan kami berdua. Satu lauk dan satu lagi mesti ada sayur. Lauk ayam itu memang simple sahaja resepinya. Boleh cari-cari di label cooking, memang aku sudah tuliskan resepinya. Kalau hendak masak masakan yang simple dan pedas, resepi ini memang sesuai.
Sempoi je kan...tapi sedap.
Haziq pula memang jarang hendak makan sekali. Dia memang jenis memilih sungguh sungguh. Payah hendak suruh dia makan sesama selalunya.

Haziq suka makan telur rebus tapi telur bahagian putih sahajalah dan juga telur dadar. Ayam goreng pun memang kesukaan dia. Sometime dia hendak juga makan sup sayur dengan nasi.
Lagi Haziq memang sukaaaaaaa makan kacang. Sebabnya masa aku pregnant kan dia dulu, aku memang asyik kunyah kacang sahaja.


Tapi yang paling banyak Haziq hendak hari-hari ialah SUSU. Itu memang tidak boleh di renggangkan lagi. Tetap setiap masa dan waktu..susu dan susu lagi.
Sebab itulah Haziq maintain gitu sahaja badannya. Terlalu memilih kalau hendak makan.

Kalau pergi playground memang tidak mahu balik...aduhai..

Memang copycat dari baba dia....mat smart

Tuesday, June 22, 2010

Jangan pandang remeh sakit perut

TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.
Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.

Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.
Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.
Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.
‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.
‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.

‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.
Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.
Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.
‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.

Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.
Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.
‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.
‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.
Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.
Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

Mohon sedekahkan Al - Fatihah

Al - Fatihah pada arwah datuk saudara dan nenek saudara belah emak yang telah kembali ke ramahtullah semalam dan khamis lepas. Semoga roh mereka di letakkan di dalam golongan yang dirahmati dan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum ini...amin.

Memang sebelah abah, semua sudah tiada (datuk atau nenek)...sedih. Lagipun adik beradik abah pun tinggal abah dan abang dia. Abah pun sudah umur 71 tahun. Belah emak pula cuma sekarang ini tinggal 3 orang nenek saudara (adik arwah nenek) dan seorang datuk saudara.

Mengembalikan Martabat Bunga Kebangsaan


Tanggal 28 Julai ini genap 50 tahun status Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia.
Namun di sebalik kedudukannya yang gah itu, populariti Bunga Raya dilihat semakin menurun jika dibandingkan dengan apresiasi rakyat terhadap bunga kebangsaan itu sekitar 20 tahun lepas.

Suatu ketika dulu, Bunga Raya amat popular dalam segenap aktiviti rakyat di negara ini malah secara fizikalnya ia mudah didapati di landskap taman di sekolah, pejabat kerajaan dan swasta dan selain menjadi penyeri hiasan dalaman.
Ia juga sering menjadi penghias bagi kain rentang, buku cendera mata selain menjadi pilihan penggiat seni yang menjadikan bunga raya sebagai simbolik patriotisme kepada negara.
Malah Bunga Raya turut diabadikan pada duit syiling dan wang kertas.

BUNGA RAYA
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) dan merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga ini yang mengandungi 200-220 spesies ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

WARISAN NEGARA
Bunga Raya juga diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara sejak 2007.
Di bawah kategori objek warisan ketara, Bunga Raya diletakkan sebaris dengan objek warisan kebangsaan lain seperti Jalur Gemilang, Jata Negara, Manuskrip Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Watikah Perisytiharan Kemerdekaan.

"Bunga Raya dipilih sebagai warisan kebangsaan kerana ia mempunyai nilai warisan yang tinggi kepada negara," kata Pesuruhjaya Warisan Negara Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid mengulas kedudukan bunga kebangsaan itu.
Siti Zuraina juga mengakui apresiasi rakyat, terutama generasi muda kepada bunga kebangsaan itu semakin luntur ekoran faktor tertentu antaranya kehadiran spesis bunga komersil lain seperti orked yang menjadi pilihan umum.

Faktor lain, kurangnya kesedaran mengenai kedudukan bunga kebangsaan itu.
"Sesuatu harus dibuat untuk ubah keadaan ini. Rakyat perlu memahami kenapa Bunga Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan dan bagaimana kita sepatutnya bangga dengan warisan ini," kata pesuruhjaya warisan itu.

Mengikut fakta sejarah terdapat tujuh jenis bunga yang dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan sejurus negara merdeka pada 1957 iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya.
Namun setelah melalui proses pemilihan ketat, Bunga Raya atau nama santifiknya Hibiscus Rosa-Sinensis diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

SIMBOL KEMEGAHAN
Selain warna merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi negara serta sifat keberanian dalam menempuh pelbagai cabaran, Bunga Raya dipilih sebagai lambang kebanggaan negara kerana beberapa sifatnya yang unik.

Sifatnya yang mempunyai lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan tunjang utama dalam penyatuan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa di negara ini.
Sejak itu Bunga Raya menjadi simbol kemegahan rakyat Malaysia digunakan sebagai simbol logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan syiling Malaysia.

Ia menjadi perhiasan di bangunan Parlimen dan menjadi simbol Filem Negara.
Bagi menyemarakkan dan mengembalikan semula martabat bunga raya sebagai bunga kebangsaan, Siti Zuraina berkata beberapa program diatur Jabatan Warisan dan beberapa agensi kerajaan lain untuk tempoh setahun bermula Julai ini.

Antara lain, Jabatan Warisan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah dan kampung untuk menanam semula Bunga Raya bertujuan mengembalikan semula kesedaran rakyat tentang bunga warisan kebangsaan itu.
"Sepanjang tahun ini, kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Landskap Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menghidupkan semula kecintaan masyarakat kepada Bunga Raya.

"Caranya amat ringkas, kita kembali seperti dulu di mana Bunga Rraya dimuatkan pada kain rentang, buku aturcara majlis, menggunakan Bunga Raya sebagai hiasan dalam pejabat, menanam semua Bunga Raya dan lain-lain," kata pesuruhjaya Warisan itu optimis.
Beliau berkata majlis khas sempena ulang tahun ke-50 Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan akan diadakan di Kompleks Kraftangan di ibu negara pada 22 Julai ini dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual melancarkan majlis itu.

Siti Zuraina berkata terdapat dua pengisian dalam majlis ulang tahun itu, iaitu pelancaran syiling khas Bunga Raya yang dikeluarkan Bank Negara dan setem istimewa yang dikeluarkan Pos Malaysia.
Katanya beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kraftangan, Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan menjalankan beberapa aktiviti menarik bagi menyemarakkan lagi apresiasi rakyat kepada bunga kebangsaan itu.

DOKUMENTARI
Difahamkan RTM juga akan menyiarkan dokumentari pendek yang diterbitkan Arkib Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seminggu sebelum majlis ulang tahun ke-50 Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan itu.

"Kita harap aktiviti dianjurkan ini akan mengembalikan nostalgia masyarakat umum kepada bunga raya, bunga kebangsaan iaitu kemegahan setiap rakyat Malaysia yang lahir di negara ini," kata Siti Zuraina.
Ia juga bagi memastikan Bunga Raya diwarisi secara fizikal di masa depan.

-- BERNAMA

Monday, June 21, 2010

My hat-trick last Satuday


I dream of sea for two days night. From what I known if we dream about water..it mean 'REZEKI'. And I'm so happy and can't wait what is the 'hikmah' for that wonderful dream.
And I got it last Saturday...syukur...alhamdulilah.

When Real Madrid striker Gonzalo Higuain scored a hat-trick as Argentina saw off South Korea at Soccer City for World Cup 2010.



I'm also doing my hat-trick.
I got 3 in the rows Fun Quiz prizes last Saturday at Education Fair. For the 1pm and 4pm winner I got a hampers. And for the final one at 5.30pm selection I got the grand prize winner...alhamdulilah.
They selected 7 winners for each time. Ermm I wonder why my lucky numbers always announced as a 7th winners each time.

There are 2 simple questions, that I bet everyone can answers it. The other part is to write in a creative sketching the word CAREER.

The prizes galore. Full of 21 prizes

My 1st winner hamper at 1pm. 

My second winner hamper

The 3 prizes that I won (The black spot, are my colleague winner prizes)

Happy Fathers Day

Sunday, June 20, 2010

Congrats to Awie

mn
Puteri Qasseh Antasha kini berusia 2 bulan merupakan cahayamata hasil perkongsian hidup Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 42, dan Rozana Misbun, 31.
Dua anak lelaki mereka sebelum Qasseh ialah Putra Ahmad Merrah, 3, dan Putra Ahmad Rezzki, 2. Sunnguh murah rezeki Awie untuk mendapat anak. Selang setahun gitu.
Bayi comel itu dilahirkan pada 19 April lalu.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Arni Nazira, Awie mempunyai dua anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 10 dan Puteri Aleefa Antasha, 8.

Rozana sebenarnya pernah mengalami keguguran dua kali sebelum kelahiran anak pertama dahulu.

Dilema dakwa pelawak, rakan - metro

“Polis dalam dilema sama ada mahu mendakwa pelawak terkenal dan lima lagi rakannya atas kesalahan memiliki dadah ataupun menghisap dadah,” kata Mohd Fadly Hashim, peguam yang mewakili semua tertuduh.
Menurut Mohd Fadly, polis membenarkan semua anak guamannya dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin kerana belum dapat memutuskan dakwaan yang akan dikenakan terhadap keenam-enam mereka.
“Anak guam saya agak sukar untuk didakwa berhubung kes memiliki dadah, kerana semua mereka ditahan di rumah yang boleh diakses ramai orang dan saya nak maklumkan di sini, rumah yang diserbu sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daerah Subang Jaya Sabtu lalu bukan milik pelawak terbabit, tetapi adalah milik salah seorang daripada lima rakannya yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, disebabkan faktor itulah tempoh dua minggu diberikan polis bagi menentukan sama ada akan mendakwa pelawak dan rakan-rakannya ataupun tidak.
“Pihak polis berkemungkinan mendakwa mereka kerana positif dadah dan jika sabit kesalahan, atas pengalaman saya sebagai peguam, semua mereka hanya akan didenda.

“Mereka juga mungkin akan menjalani tempoh pemerhatian saja kerana ia adalah kesalahan pertama. Itupun jika ujian air kencing kali kedua dijalankan makmal membuktikan mereka positif dadah,” katanya.
Mohd Fadly berkata, disebabkan menunggu keputusan ujian berkenaan jugalah semua anak guamannya dibebaskan dan pihaknya akan dimaklumkan pihak polis berhubung perkembangan kes itu kelak.

Akhbar ini Isnin lalu melaporkan seorang pelawak bersama lima rakannya termasuk seorang wanita ditahan di sebuah apartmen di PJS, Subang Jaya ketika sedang sedang melepas gian. Serbuan itu turut menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti dadah terbabit ia untuk kegunaan sendiri. Semua suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing. Hasil ujian mendapati semua mereka positif ganja serta mereka ditahan reman selama empat hari dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis. Difahamkan, pelawak terbabit pernah dikaitkan dengan kes sama sebelum ini apabila penyebaran gambarnya menghisap dadah melalui Internet dan telefon bimbit, bagaimanapun perbuatan itu dinafikan.

The Back-up Plan de movie


Hari itu sempat layan movie ini. Dirumah sahajalah kan. Harap maklum, kalau kami yang ada anak-anak masih kecil ini, tidak digalakkan ke panggung untuk menonton. Bukan apa, sungguh tidak sampai hati untuk meninggalkan sicomel berdua itu.

Bagi aku cerita ini, level komedi cerita ini ringan sahaja. Tapi memang kelakarlah. Ada part yang memang aku ketawa kuat gitu...lawak.

Asalnya J.Lo cuba untuk mengandung menggunakan kaedah masukkan benih ke tut. Dia ingin pregnant tanpa bantuan lelaki. Dia mahu jadi single mother. Secara tidak sengaja dia berjumpa dengan Alex yang akhirnya mereka jatuh cinta. Movie terus berjalan dengan mengisahkan bagaimana pasangan yang baru jatuh cinta tetapi Alex pula terpaksa menjadi bakal bapa dan bakal suami bidan terjun begitu cepat sekali. Dia terpaksa melayan kerenah J.Lo yang mabuk pregnant dan kerenah luar jangkaan perempuan prenant.

Ishhh..memang terimbau kembali sungguh kenangan masa aku pregnant tahun lepas. Sana sini dengan muntahnya. Kalu diikutkan time tidur memang adalah masa yang sukar kerana terpaksa mencari posisi tidur yang selesa dengan keadaan perut yang boyot.
Baru aku tahu ada bantal khas untuk orang pregnant bila aku tengok movie ini yang di pakai oleh J.Lo.....wah wah wah cam best je bantal itu.
Bila agaknya bila rasa guna bantal ni?hikhikhik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails