Followers

Wednesday, June 23, 2010

Malam tadi makan Ayam masak pedas dan Sayur goreng.

Ayam masak pedas by cik abang

Sayur goreng by me

Selalunya memang itulah rupa makan makan kami berdua. Satu lauk dan satu lagi mesti ada sayur. Lauk ayam itu memang simple sahaja resepinya. Boleh cari-cari di label cooking, memang aku sudah tuliskan resepinya. Kalau hendak masak masakan yang simple dan pedas, resepi ini memang sesuai.
Sempoi je kan...tapi sedap.
Haziq pula memang jarang hendak makan sekali. Dia memang jenis memilih sungguh sungguh. Payah hendak suruh dia makan sesama selalunya.

Haziq suka makan telur rebus tapi telur bahagian putih sahajalah dan juga telur dadar. Ayam goreng pun memang kesukaan dia. Sometime dia hendak juga makan sup sayur dengan nasi.
Lagi Haziq memang sukaaaaaaa makan kacang. Sebabnya masa aku pregnant kan dia dulu, aku memang asyik kunyah kacang sahaja.


Tapi yang paling banyak Haziq hendak hari-hari ialah SUSU. Itu memang tidak boleh di renggangkan lagi. Tetap setiap masa dan waktu..susu dan susu lagi.
Sebab itulah Haziq maintain gitu sahaja badannya. Terlalu memilih kalau hendak makan.

Kalau pergi playground memang tidak mahu balik...aduhai..

Memang copycat dari baba dia....mat smart

5 comments:

oya said...

rutin hari2 ek..
kalu time keje..tu jer la yg mampu nk masak..

Ina Hashim said...

lin,

ayam pedas ke tu?memula td igtkan ayam kicap...bagusla haziq suka susu....good for him

Ms Haslina said...

mahira - mmg pun...mn yg mudah..kan

kak ina - yg nampak cam kicap tu ialah kicap tiram campur dgn cili padi...
;))

ciek niena said...

wah, sedap3..
kenap yea, arini tengok makanan, semua nya sedap.. huhu

Ms Haslina said...

hehehe....tgh berselera lah tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails