Followers

Monday, June 14, 2010

Puding Instant Nona dan Mee Hoon Kari with resepi.

Lately ini aku suka sangat makan makanan ini. 
So yummy. Tapi baru dua kali makan jea.


Jumaat malam aku buat menda ini. 
Senang sahaja..kan. 
Masak air..dan masukkan bahan yang ada dan sejukkan.

Dan pagi Ahadnya, aku hendak pula tetiba makan mee tuuuu. Alahai mee yang aku makan baru-baru ini. Sila roll the pictures. Apa sahaja yang ada dalam peti ais..itulah bahan-bahan yang aku guna. Tidak sangka, 1st time buat...menjadi..alhamdulilah.




Hanya itu-itu sahaja bahan yang ada. Jadilah kan.

Masih belum letak santan.

Dannnn tadaaaaaa...aku masak MEE HOON KARI. Aku puji diri sendiri...memang sodap...hikhik.. Pedas dan rasa kari gitu.



Mari aku kongsi resipi mudah mee kari ini. Aku mula-mula search di internetlah. Lepas itu aku ubah ikut suka akulah resepinya.


RESEPI MEE HOON KARI
Semua ini ditumbuk
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
serai
halia

4 sudu besar serbuk kari ayam
2 sudu besar cili boh
1 kotak santan

Ayam dipotong kecil dan direbus
4 biji telur direbus
Aku cuma ada sayur kobis dan kacang buncis (dicelur)
Cili padi dihiris dan dicampur kicap (bagi yang suka makan pedas)
Mee hoon dicelur atau direbus sebentar hingga lembut

Cara memasak.
Tumis bahan yang di tumbuk
Tambah sekali kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang.
Setelah naik bau wangi bawang, masukkan pula campuran pes cili boh dan serbuk kari ayam
Masukkan juga ayam yang telah direbus

Kemudian setelah semua mendidih cantik gitu..masukkan air rebusan mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki.
Mendidih lagi..masukkan santan ikut kepekatan yang disukai
Sedia dimakan.
Rasanya dalam 1 jam semuanya siap.


3 comments:

mamaarifakeemaisy said...

menarik menu masakan ni..^_^..sesekali nak try buatlah! ada resepi tu...

El-Zaffril said...

Akak... akak telah membuat saya terliur di pagi isnin...

Ms Haslina said...

a'ah mama, mudah sahaja..kita pun klu ada brg rasa nak buat lagi nie...

dik zaf - hehehe...akak pun terliur juga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails