Followers

Thursday, June 17, 2010

ARGENTINA berpesta gol...


Argentina menang  4-1 dalam perlawanan Kumpulan B keatas Korea Selatan yang baru tamat sebentar tadi.

Tapi cuba baca ulasan di Utusan hari ini mengenai CITA-CITA BESAR Korea Selatan...aduhaiiii. Terlalu bercakap besar gitu.
Macam-macam gitu...

Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33. 
Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun, Higuain mengembalikan kelebihan dua gol untuk Argentina menerusi jaringan pada minit ke-76.
Empat minit kemudian, Higuain melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa.

Korea Selatan mampu sekat Argentina - Park Ji-Sung






JOHANNESBURG - Pemain tengah Manchester United, Park Ji-Sung bertegas bahawa pasukan Korea Selatan mampu menewaskan Argentina dalam perlawanan Khamis ini.

Ji-Sung menjadi pemain terbaik ketika menentang Greece dan menjaringkan gol kedua di separuh masa kedua selepas jaringan Lee Jung-Song.
Menurutnya, tiada benda yang perlu dikhuatirkan jika mereka bermain sama seperti yang dilakukan ketika menentang Greece.
"Argentina adalah pasukan terbaik dalam kumpulan, tetapi jika kami bermain seperti sebelum ini, kami mampu menewaskan mereka," katanya.

Jurulatinya, Huh Jung-Moo berkata, mereka bertambah yakin sejak kemenangan itu dan mampu mengecewakan pasukan bintang Argentina.
"Kami akan mempamerkan aksi terbaik kami kerana pemain saya hanya akan berkembang ke tahap tinggi ketika menentang pasukan berkaliber.
"Argentina adalah skuad pilihan, tetapi kami mempunyai pemain yang bagus.
"Dalam dunia bola sepak, pasukan yang kurang menyerlah selalunya berjaya menewaskan pasukan besar," jelas Jung-Moo.

3 comments:

ciek niena said...

tahniah to argentina.. sonok tengok pemainan mereka tadi.,. senang je diorang sumbat gol.. huhu..

Ms Haslina said...

itulah pasal kan...tp at the 1st place...korea ckp besar..kan...

El-Zaffril said...

Go Argentina

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails