Kan aku sudah mengidam sesangat hendak makan sup yang dimasak dirumah. Tapi bukan aku yang mengidam seorang, hubby pun tumpang sekaki sama.
So malam Jumaat lalu, lepas juga kami membeli tulang dan daging sekali di pasar malam. Kalau hendak tunggu ada tulang di Tesco asyik out of stock sahaja.
Lepas geram, hubby beli 1/2 kilo terus. Cukup untuk makan kami berdua rancangannya lah.
Tapi sedang-sedang hubby masak pada tengahari Ahad lepas (hubby yang request memasak untuk isteri tersayangnya - tq bang), datang 2 orang tetamu kawan hubby kerumah. Sudah rezeki dia orang, walau pun nasi belum masak, mereka hirup sup dan makan daging sahaja. Boleh masa dia orang sampai dirumah, member hubby cakap
"kuatnya bau kari jiran sebelah kau ni masak. dari jauh da bau"
Lepas itu terus aku cakap
"itu bau sup daging yang tengah masak kat dapurlah"..
hik hik.
Cara masaknya, seperti biasa sahaja.
Tumbuk separuh hancur isi sup bunjut tulang adabi.
Kemudian tumis bersama bawang merah dan bawang putih.
Hasilnya...sungguh lovely.
Puas hati aku makan. Siap aku goreng telur dadar sekali...konon-konon sama macam masa makan di kedai pada Jumaat lepas.
4 comments:
Tak jemput saya makan ke?
makan anak beranak je niea...
lain kali klu kenduri br leh jemput..hhehehe
;))
sedapnya sup nie. terus jadi lapo plak lah.
cik lily tq for coming...sup biasa2 je tu..1st time buat tu..
Post a Comment