Followers

Wednesday, April 21, 2010

The Next iPhone UNCOVERED

SEATTLE 20 April - Para penulis blog teknologi memaparkan gambar-gambar alat yang dipercayai versi terbaru iPhone keluaran Apple Inc. di laman web masing-masing.
Jika imej tersebut terbukti benar, iPhone versi akan datang bakal dilengkapi paparan lebih jelas, jangka hayat bateri lebih lama dan sebuah kamera di hadapan yang boleh digunakan untuk persidangan video.
Blog Engadget AOL Inc. pada Sabtu lalu menyiarkan gambar-gambar yang diambil oleh seorang yang tidak dikenali, menunjukkan sejenis alat menyerupai iPhone.
Semalam, blog gajet Gizmodo kendalian Gawker Media Inc memperolehi telefon berkenaan dan menyiarkan gambar dan videonya sekali.
Kedua-dua laman web yang bersaing itu mendakwa, iPhone berkenaan tercicir daripada pemiliknya di sebuah kelab malam.
Gizmodo menyifatkan alat tersebut sebagai 'model sebenar' dan menyiarkan keterangan terperinci untuk menyokong dakwaannya.
Apple tidak membalas mesej yang meminta ulasan mengenai laporan itu.
Seperti iPhone yang ada sekarang, muka alat dalam gambar-gambar itu berwarna hitam dan dilengkapi satu butang.
Namun, alat itu lebih nipis dan sisi-sisinya bersegi, bukan melengkung. Bahagian belakangnya pula hitam berkilat, berlainan dengan sarung aluminium yang digunakan sekarang oleh Apple.
Blog Engadget melaporkan telefon itu 'ditemui di lantai sebuah kelab malam di San Jose (California)'. Pada satu ketika, alat itu menjalankan perisian operasi yang berlainan dengan perisian dalam model iPhone sekarang, sebelum ia terpadam. - AP

P/S: Versi sedia ada pun orang x habis xplore lagi...tup-tup da keluar versi yg baru pulak..... 

4 comments:

mamalieyna said...

huhu..makin canggih manggih..tak reti nk guna kang canggih terlampau..hehe..

haslina said...

itulah pasalnyer mama..yang sedia ada ni pun..x pernah guna..apatah lagi beli...mahal...

hehehehe..

Mr mama said...

iPhone yg baru tu nampak lagi teguh dan bentuk yang menarik dari iPhone yang ader di pasaran sekarang....

P/S: Nak yg *****berry...leh layan Worlcup2010 atas katil..heheehe...

haslina said...

masalah nyer yg ****berry tu takut quality x bgs...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails