Followers

Saturday, April 10, 2010

Jangan buat lawaklah.

Aku berfikir untuk menu masak hari ini start dari semalam semasa di office lagi. Ada juga perancangan itu ini yang simple untuk dimasak. Sampai dirumah malam tadi aku beritahulah pada hubby rancangan molek aku itu. Sungguh syok sahaja bila bercerita niat ikhlas dihati. Dan tetiba bila hubby memotong cakap aku,

'tak pasan ke yang ayam dalam peti ais da habis dimasak.'

Ermmm..fail rancangan aku.

Oleh itu pagi ini aku tidak keharuan lagilah, apa hendak dimasak untuk makan hari ini?. Dalam peti ais cuma ada hotdog ayam dan semestinya sayur mayur banyak lagi. Telur pun banyak lagi hatta kentang pun ada. Apa kata aku masak sambal hotdog campur kentang, sayur campur digoreng atau buat sup sayur dan telur dadar. Kalau sengaja pagi-pagi ini hendak keluar semata-mata hendak beli barang dapur. Jangan buat lawaklah..ini kan hari cuti, memang bangun pagi seperti biasa, tapi untuk keluar beli barang....nope..aku malas.
Bekpas aku seperti biasa, mee hoon goreng..ahak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails