Followers

Tuesday, April 20, 2010

Jangan tidak percaya yea. Kereta naik lif di plaza ini.

Ayam masak sambal..1st time masak sambal tambah cilisos..sedaplah pulak..hehehe

Sup sayur mesti ada seperti biasa. Kami sefamily memang kuat makan sayur.
Hari sabtu lepas pagi-pagi aku sudah masak nasi dan lauk. Punca-puncanya ialah kami bercadang untuk keluar ke KL. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Maka pada jam 11am kalau tidak silap, hubby dan aku sudah makan lunch bersama.
Sememangnya aku cuma bercadang untuk ke dua locations sahaja. Alih-alih hubby mengajak ke Mid Valley. Alasannya hendak membeli baju anak-anak. Aku ini pula..erm..memang bukan kaki berjalan dan memang malas hendak berjalan. So kami beranggapan yang MD itu kurang oranglah sebab jauh dari KL lah kan.
Cadangan aku lagi ialah meninggalkan anak-anak dirumah kakak...ermm hubby tidak setuju. So kami keluar berempat bershopping buat pertama kalinya.
Sangkaan sungguh meleset. MD penuh sana sini dengan orang sebab ada Education Fair. Peningnya kepala aku masa itu. Kasihan pada anak-anak yang nampak rimas dan keletihan akibat ramai sangat orang.
In the end cuma beli dua pasang baju Haifa dan untuk Haziq ialah seluar jeans juga sehelai baju sahaja.
Lepas itu aku minta hubby keluar dari MD. Tidak larat aku rasanya..rimas.

Sebenarnya aku sedih pada hari sabtu itu. Bukan apa, aku memang looking foward untuk pergi Gatby Deodorant Street Fair by Nuffnang. Tapi bukan rezeki aku walaupun aku sudah mencubanya. Memang rasa down sangat kalau fikir hal itu. Lama-lama aku let go sahaja feeling tersebut. Aku redha bukan rezeki aku kesana.
Tapi hikmak ALLAH memang kita tidak tahu dan tidak nampak. Aku ada rezeki lain dari ALLAH. rezeki yang aku tidak jangkakan.
See cek dibawah, RM 900 lebih dekat hendak RM1000 milik aku..abadi...ALHAMDULILAH. Dari mana duit itu..tidak perlu di terangkan. Yang penting hati aku terubat.



Keluar dari MD, kami terus ke Plaza GM yang terletak di Jalan Chow Kit. Aku bercadang hendak melihat dan survey sekali barangan wire jewelry disana. Khabarnya murah. Ialah namanya pun wholesale plaza..
Jangan tidak percaya yea. Kereta naik lif di plaza ini. Tidak percaya sila tengok picture dibawah ini. Totalnya ada 3 lif disitu untuk kereta dan juga van. Dan dalam lif cuma ada button untuk tingkat 8 dan G untuk groundfloor.
Memang masa naik aku cukup ngeri dan rasa macam takut sangat. Aku memang fobia dengan tempat kecil-kecil ini. Rasa macam tidak boleh bernafas.
Tapi masa turun itu aku sudah ok. Tapi lagi..tidak akannya aku hendak naik lif dengan aku didalam kereta lagi. Hatta lain kali kalau hendak kesana, aku ingin jalan kaki sahaja dan naik lif biasa sahaja.

Apa cerita didalam plaza GM tersebut.
Betul ke barang-barang di situ murah dari tempat lain?.
Apakah jenis barang yang dijual disitu?
Berbaloi ke pergi kesana?
Nanti aku sambung lagi...tunggu.

6 comments:

Eliss said...

kereta naik lif..wowiey..mcm mana nak tekan butang.

Ms Haslina said...

buka tingkap keta jea..tapi button cuma ada tingkat 8 and groundfloor..

Mr mama said...

Mr mama suka tang ayam tu...

p/s: cam makan kat kenduri rasanya....

Ms Haslina said...

hikhik..tq bang..tp itulah seperti i ckp..bila letak sos cili sikit..rasa lebih sedap...

maidatul said...

erm akma x penah pula masak sambal ayam letak sos cili slalu masak merah jea akma letak sos cili...
boleh try nanti...;)

Ms Haslina said...

hehehe..akak ni bkn pandai masak pun akma..try and error jea..

tapi alhamdulilah okies gitu rasanyer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails