Followers

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri - Al Fatihah



Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.


KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.
Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.
Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.murai.com.my


credit to this blog - http://www.klubbkidd.com/
I found out later, kisahnya, sekitar jam 11.30 malam, arwah flatlined. Maksudnya heart beat dia turun sampai tahap takde degupan jantung. Meka administer CPR dan revive dia balik. Masa tu yang family semua dibawa masuk.

Meka work hard to stabilize heartbeat dia... tapi selepas sejam, abang Din telahpun menghembuskan nafas terakhir.
They tried to revive him but it didn't work... he left us for good.

Kita semua terpinga-pinga. Aku hanya mampu hantar satu Tweet dengan harapan itu sudahpun cukup untuk memberitahu kawan-kawan lain mengenai apa baru terjadi.
Tak putus panggilan telefon, mesej dan sebagainya.

Aku dah pun menangis masa berpeluang masuk bersama Akim jumpa abang Din less than 24 hours before he left us.
Masa itu, penderitaan dia memang ketara. He was on life support, but you could see he was fighting for his life. Tiap pelawat yang hadirkan diri, tiap suara yang berbunyi... there was a small sign. Either movement of his eyelids, a slight move or even a skip in his heartbeat which showed he was aware of the presence of visitors.
Tapi dia heavily sedated (bukan koma, tapi diberi ubat to relax and relieve him of pain) and there was nothing else apart from that.

48 jam da berlalu. Abang Din pon tak recover.. and mungkin ini yang terbaik.

Aku da nangis masa jumpa dia. Masa dia disahkan pergi. Aku tak mampu lagi nangis. Aku last sembang ngan abang Din masa konsert Akademi Fantasia yang final, kalao tak silap aku.
I didn't know him as well as a lot of people. But he was one of those people, like arwah Yasmin Ahmad yang senang didekati. He appreciated life, and people like them ni, memang impacts you.
I knew him enough to see the gift of laughter he shared so willingly.
And I miss him for that, as I know a lot of people will. I won't cry.
I only cried masa Afdlin dan si Bulat sampai. Aku da call Afdlin dari pukul 8 malam ajak dia mai jenguk. Dia sampai lambat... dalam setengah jam lepas abang Din da takde. He was devastated. And bila dia sampai, aku peluk Bulat, and then dia and finally it came out... what was left.

Seb baik Afdlin da sempat jenguk beberapa kali. Most of my friends sempat tengok.

So I won't cry now... I was lucky to be near him in his final hours. I have seen the fighting spirit from him to live on, but also the pain he was in. Maybe this is for the best. Tuhan lebih tahu... Tuhan lebih menyayangi.

The time may not seem right to us. Tapi Tuhan Maha Mengetahui.
So with that, I say goodbye to someone, who made the whole country laugh.
Selamat tinggal Shasha. Selamat tinggal Din Beramboi.
Mior Ahmad Fuad Mior Badri - you will be missed. We all love you, but God loves you more. God bless... and until we meet again.

PS - Kepada kak Ana and family... abang Shariffudin and all, my prayers are with you through these tough times. God bless.
Pada sesiapa yang nak offer their condolences, jenazah telahpun dibawa sekitar 3 pagi tadi ke rumah keluar ipar arwah di 2079, Jalan E5/12, Taman Ehsan, Kepong.

Pengkebumian sebelum sembahyang Jumaat, so if you want to go, try kumpul sekali di alamat atas tu sebelom jam 10 pagi. The funeral will take place di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan yang tak silap juga dikenal sebagai Tanah Perkuburan Islam FRIM.

PPS - Arwah passed away from Dengue Shock Syndrome. Ini beza dengam demam denggi berdarah sebab dikira denggi tahap kritikal. Combined ngan Leptospirosis (jangkitan darah dari kuman air kencing binatang contoh tikus), it was deadly. From what I know, arwah's heart, lungs and kidney were severely affected.
credit to this blog - http://www.klubbkidd.com/
 


Sememangnya setiap pagi aku cuba mendengar ERA. Aku mesti hendak tahu upadate mengenai Din Beramboi. Bila tahu keadaannya kritikal sangat, apa lagi dijangkiti demam dengki berdarah. Pagi tadi naik-naik sahaja kereta terus tekan ERA Bila dengar DJ lain sahaja yang membebel. Aku terus terfikir, Din Beramboi telah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.
Selepas itu aku terus off kan radio. Rasa tidak sanggup mendengar lagi cerita mengenai arwah....sedihhh rasanya.
Semoga arwah diletakkan didalam golongan yang diredhai ALLAH dan diampun kan segala dosa yang telah dilakukannya..amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails