Followers
Friday, April 16, 2010
WorldCup 2010....
SEPANG: Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 Jun hingga 12 Julai ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, menerusi hak itu RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda.RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2. Hampir semua penjadualan siaran langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
p/s: - berita gembira buat mereka-mereka yang tidak melanggan Astro... hidup RTM (ooops...terlebih sudah ) hahaha....
Tahun ni riuh gamat nya rumah aku pepagi buta dengan Hubby yg akan berkampung depan tv .Dan lebih seronok WorldCup kali ini Hubby tidak bersorak bersorangan dan sudah pasti akan ditemani anak bujang kami yg sudah mengerti apa itu bola (kononnya la) walaupun umur tak sampai.3 tahun...Goalllllllllllllllll tu la sorakan anak bujang aku walaupun bola belum pun menerpa masuk kejaring......hahahaha..Dan yang pasti juga (dalam diam) WorldCup kali ni my hubby beralih menyokong Argentina ..(cam ada komplot plak kt sini) tetapi aku tau jauh dihatinya masih menyokong ENGLAND dr dulu kini dan selamanya.... aku tahu itu dan memang sentiasa aku tahu yg ENGLAND tetap dihatinya.....hehehe....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
yeay world cup..sukeee...
hehehe...world cup fever...
;))
Aslmkm.
Peminat bolasepak & World Cup la ni ya? :)
w'salam kak G...ikut2 hubby je tu kak..
;))
Post a Comment