Followers

Saturday, April 24, 2010

Yang pasti aku cuba kurangkan pengambilan GULA

Motif gambar ialah untuk tunjukkan pipi aku yang kurang tembam..ahak.

Gelang hijau...suka gitu..

Picture aku hari khamis lepas. Sorrylah kegelapan sikit. Ambil guna handphone sahaja. Syukur tidak terhingga sangat bila lihat ada perubahan pada diri aku. Ialahkan, aku kini sedang-sedang pelahan-lahan untuk turunkan berat badan. Hendak pergi tempat slimming slimming itu aku tidak mampu...dan kalau ada duit pun tidak mungkin rasanya buang ribu-ribu semata-mata untuk kuruskan badan. Hatta juga kalau membeli korset yang mahal-mahal itu pun aku tidak berminat. Memang semestinya kurus...kan. Tapi bagi akulah...buang duit juga. Sudahlah duit bukan datang bergolek-golek. Aku usaha untuk rezeki aku itu.
Kalau minum slimming tea pula, masalahnya aku tidak sesuai pula.

Akhirnya aku cuba cara biasa pelahan-lahan. Iaitu sapu cream yang aku beli itu dan ubah cara pemakanan juga aku kurangkan waktu tidur aku. Itu cara akulah mungkin pada orang lain lainlah caranya. Memang ada perubahannya. Yang jelas ialah muka aku itu..ketembaman sudah hilang. Suka sangat hasilnya itu. Kalau waktu tidur pula aku kini selepas beranak dua ini, memang sudah biasa bangun seawal 5.30 am atau 6 am. Walaupun aku tidur selewat jam 2 am. Syukur alhamdulilah..mata kurang mengantuk sepanjang hari walaupun tidur aku sudah kurang.

Tapi untuk elak aku bertambah mengantuk, aku tidak langsung makan lunch. Sebab kalau aku makan nasi tengahari itu, memang mata aku macam pulut panggang lepas itu..ngantuk bangat. Sebelum itu paginya aku makan breakfast mee hoon goreng dan minum air limau panas. Untuk lunch aku makan roti dan minum air milo + susu tepung.
Selalunya before 8 pm, kami sefamily sudah selesai makan dinner. Makan malam selalunya cuma satu lauk + sayur dan nasi. Yang pasti aku cuba kurangkan pengambilan GULA. Banyakkan minum air suam.
Kalau hari sabtu dan ahad semuanya terbabas juga dari segi makanan. Tapi aku still cuba juga tahan pelan-pelan.


Penting lagilah, aku langsung tidak makan nasi lemak, roti canai dan teh tarik atau air yang berunsurkan susu manis since lepas habis berpantang. Memang banyak dugaannya..tapi hendak buat macam mana kan...demi untuk mencapai cita-cita...kan.

Yang paling seronok semestinya pagi semalam, aku cuba sehelai seluar yang pernah aku pakai masa bujang dahulu. Walhal masa sudah ada Haziq memang aku langsung tidak muat untuk memakai seluar itu. Hatta pagi semalam, aku mencuba........terkejut juga bila aku boleh pakai sudah. Tapi still kena usaha lagi part itu dan ini..haruslah kan.
Aku cukup gembira dengan apa yang aku lakukan sekarang ini. Tiada rasa paksaan pun dalam hati.

7 comments:

PCL said...

saya sokong tu...tapi da kurang gula, badan rasa cepat letih la pulak...makan buah2an yg manis ok kot.

Ms Haslina said...

erm...takat ni alhamdulilah...x de lah bdn rasa letih sgt...rs lebih semangat utk bekerja lagi..

Unknown said...

amboi ketatnya diet..pas ni bolehlah slim mlim balik ek

ciek niena said...

owh,diet.. bagus3.. sya pom ngah on diet. hehe..

Ms Haslina said...

kak ina ~ tidaklah ketat sgt tu..cm da bosan byk sgt baju lawa2 x leh pakai..terbiar gitu jea...
nk beli jus mate5...mahal..nak beli koret beautiful..mahal..kenalah wat gitu kak....

ciek Niena ~ diet...gitulah..sama yea..selamat berusaha..moga kita slim mcm dulu..kan...amin

maidatul said...

semangat sungguh akak aku sorang ini...selamat berjaya c",)

Ms Haslina said...

jom lah semangat sama2 sekali...hikhik...
semoga berjaya hendaknya...amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails